Salam.
Baru-baru ini JHEP melalui Biro Kepimpinan dan Kerohanian mengadakan program Sehati Berukhwah yang dikelolakan sepenuhnya oleh mahasiswa tahun akhir. Kiranya program ini dianjurkan oleh HEP sebagai ganti usrah, dirancang oleh mahasiswa tahun akhir untuk tahun akhir juga.
Banyak juga aktiviti yang menarik, antara yang best ialah Motovasi Perdana bersama UNIC yang dikelolakan oleh Fadzly UNIC. Kena dengan bidang dia dalam pengajian dulu, dia manfaatkan ilmunya lah.
Suasana pagi boleh kata ramai juga yang hadir, kemudian tinggal sedikit ja di waktu lepas Jumaat. Lepas asar ada balik sebab ramai nak dengar kuliah Ust Ahmad Bin Yahya. Mai Maghrib ramai yang hilang. Itulah macam ragam budak-budak KUIN nie.
Apa pun, tahniah dan terima kasih buat semua ya. Program yang baik, pengisian yang menarik dan sokongan yang tidak terbelah bahagi sesama kita. Di akhir program, kami dapat mengimbau kembali kenangan selama 4 tahun di INSANIAH.
We Are The Best!!
Suasana pagi yang ramai. Boleh la ramai ni pun.
Muslimat lagi la ramai. Penuh sampai ke belakang. Tu pun kira sikit la tu.
Muslimin selepas maghrib. Amboi pakat lari balik rumah sewa dulu gaya nie.
Pak Teh sedang jaga kawan-kawan supaya tak lari balik. Hehe.
0 orang mengarut:
Post a Comment