Sebuah kisah untuk dikongsikan bersama di sini.
********************************************
Fasa kehidupan kita bermula dari bayi lagi. Sedikit demi sedikit, fasa kehidupan kita berubah. Dari bayi, menjadi kanak-kanak. Kemudian menjadi budak-budak. Menjadi remaja dan dewasa dan akhirnya mencapai satu peringkat umur yang tidak dapat tidak, kita akan laluinya. Itupun jika kita tidak syahid awal!
Baik.
Dunia remaja dan dewasa (baca: orang muda) merupakan fasa yang terbaik dalam kehidupan. Mengapa saya berkata demikian? Kerana disitulah kita mula mempelajari hampir kebanyakan hukum-hakam dan adat dunia.
Jika dulu ibu bapa kita pergi mengunjung sahabatnya yang meninggal, sekarang kita juga kadang-kadang pergi mengunjung sahabat kita sendiri. Kalo dulu kita ikut ibu ayah bermusafir dari negeri sendiri ke negeri yang lain, bayar tol, makan di RnR, drive dan sebagainya, sekarang kita juga dah buat apa yang ayah kita lakukan dulu.
Baik.
Itulah proses kehidupan. Ada satu bahagian yang cukup menarik untuk dikongsikan juga. Fasa ke alam perkahwinan. Ya, kahwin. Hidup berdua. Susah senang bersama. Makan sama-sama. Kita ambil berat urusannya, dia juga sedemikian. Kita risaukan dia, dia juga begitu.
Itulah dua hati menjadi satu.
Berada di dunia sedemikian, sangat-sangat memerlukan motivasi. Motivasi ketahanan contohnya. Si lelaki tertekan dengan adat dunia, dengan kos sara hidup yang tinggi, banyak tuntutan dunia perlu dipenuhi, maka datanglah si wanita memberi kata semangat. Itulah motivasi untuk dirinya. Itu fitrah manusia sebenarnya. Minda lelaki hanya memikirkan keperluan hidup untuk pasangannya. Tetapi bagi wanita, minda mereka hanya memikirkan tempat bergantung hidupnya (baca: suami) dan kehidupan mereka sendiri.
Lelaki akan memikirkan rumah sendiri yang masih belum ada. Memikirkan kereta untuk ke mana-mana. Memikirkan sebidang tanah sebagai aset keluarga untuk masa depan. Memikirkan wang yang banyak dalam bank untuk survival hidup dan kecemasan. Segala macam miterial, itulah yang difikirkan.
Bagi wanita, mereka akan memikirkan kehidupan. Kehidupan yang ada pada mereka sekarang dan bagaimana untuk terus menikmati kehidupan itu dengan lebih menarik. Mereka tidak memikirkan langsung miterial yang disebutkan di atas. Yang mereka mahukan cumanya ialah tempat kebergantungan hidup mereka walaupun mereka cuma tinggal di sebuah pondok kecil sahaja. Yang penting, suami mereka menghargai mereka, cukup!
Biarlah kereta kecil ala Mr Bean, rumah kecil ala reban ayam, motor kapcai ala Hj Samad yang tayarnya licin bagai piring ayaq hangat, yang penting kemanisan dan kebahagiaan untuk mereka. Pernah ditanya kenapa orang miskin anak ramai tetapi orang kaya anak sedikit? Kenapa ya? Jika seorang yang berilmu agama, mereka akan menjawab, itulah sifat adil bagi ALLAH. Seorang yang miskin harta mendapat kekayaan zuriat dan begitulah sebaliknya.
Tapi guru kami kata apa. Ini secara logik akal lah. Orang miskin ramai anak kerana mereka tidak banyak perkara yang mereka gembirakan. Yang mereka gembira adalah bersama pasangan dan kerja mereka. Itulah kegembiraan mereka. Jadi sesuatu yang menggembirakan, pasti akan dilakukan banyak kali. Dah nama pun gembira kan?
Tetapi bagi orang kaya, mereka ada banyak kegembiraan. Melancong, itu satu kegembiraan. Shopping dari pagi sampai malam, itu satu kegembiraan. Pergi bersosial, berparty, meeting kerja demi wang sara hidup yang banyak, pergi bercuti, macam-macam lagilah, boleh kata sampai tak duduk rumah kerana kegembiraan itu berada di luar rumah sendiri.
Ni faham ke tak ni? Kesimpulannya mudah ja, orang miskin ni ada satu kegembiraan ja, jadi kegembiraan itulah yang mereka nikmati. Ha, faham ke tak lagi????
Ok lah, nanti kita sambung lain ya.
0 orang mengarut:
Post a Comment