Followers

Showing posts with label my biz. Show all posts
Showing posts with label my biz. Show all posts

Ilmu Perniagaan Restoran Mamak

Tuesday, February 4, 2014
Tentang Ilmu perniagaan Restoran MAMAK: 

Apa yang anda boleh lakukan untuk pelangan mengunjungi tempat anda?. Cari jawapan ini sebelum saudara membuka restoren. Tulis apa saja perancangan anda. Ini di panggil strategi pemasaran dalam Ilmu perniagaan. Strategi anda perlu ada. Tanpa strategi yang baik dan solid anda akan kalah dalam pertempuran nanti. Makna pertempuran di sini cuma “persaingan perniagaan”. jika anda mengatakan pelangan anda ramai dari golongan pelajar. Maka apa kehendak pelajar ini?. Makanan murah, sedap dan suasana?. Suasana???…apa yang pelajar suka?..FB?..buat wifi percuma mcm kedai mamak. Pertandingan bola?…perlu big screen?..inilah suasana pelajar kehendaki; mereka nak tempat lepak atau mereka gelar pot. 

Trend pelanggan perlu dikaji. Ramai pengusaha restoren kata, pelajar ini cuma minum air saja…tak untung, tapi minuman adalah keuntungan besar bukan makanan. Makanan cuma profit margin sekarang 30% saja kalau tolak yang tak laku?. Minuman untungnya 200%. satu tin susu boleh bancuh 10 gelas teh tarik. Roti canai untungnya 120% . Menakjubkan bukan. Kenapa perlu naikan harga roti canai sekiranya sekilo tepung cuma naik 0.20 sen. kilo tepung boleh buat 20 – 25 keping roti ..hahahaha. Marah perstaun restoren Mamak, rungkai keuntungan. Kita harus memahami kebanyakan pelajar ini adalah dari golongan tidak ada sumber pendapatan dan bergantung kepada biasiswa untuk menjamu makanan yang mahal dantidak mampu. Resepi-resepi dan menu perlu disesuaikan. 

Tentang Nasi campur ini masalahnya cuma satu. Cara buffet meal. Pelajar–pelajar yang mengambil makanan tidak tahu kuantiti makanan yang mereka ambil dan biasanya bayaran bergantung kepada kuantiti. Maka mereka akan kecewa bila berhadapan dengan juruwang…pengusaha Nasi kandar seperti mamak haji faham keadaan ini. Kadangkala kuantiti makanan ini merugikan kita dan juga akan kehilangan pelanggan. Maka dengan sebab itulah kedai mamak biasanya letak seorang tukang cedok lauk. Walau pun kita perlu membayar upahnya tetapi apabila kita kira kembali ia amat menguntungkan dan kontravasi di counter pembayaran tidak akan berlaku. Cuba gabungkan Idea restoran nasi kandar dengan restoren Melayu nasi campur. 

Nasi kandar lauknya mahal seperti seketul ayam dikira RM3.00. Nasi RM1.00 dan Sayur RM1.00. Jumlah keseluruhan RM5.00. Mahal harganya. Ok…cuba kurang menu asas ini kepada Ayam RM2.00 Nasi 0.80 dan sayur 0.70. Maka makanan ini cuma kosnya RM3.50. Ok bagaimana kita boleh lakukan ini. Ayam nasi kandar dipotong ayam berat 1.8kg kepada 10 bahagian. Saudara perlu beli ayam beratnya 1.6kg – 1.5kg dan potong 12 bahagian. Berat ayam ini perlu dijaga semasa membeli. kalau kecil akan seperti anak ayam.jadinya.hahaha!. Orang yang jual ayam ini kalau boleh cari yang berat saja dan potong mengikut cara dia..peduli apa penjual ayam itu dgn kita. Berniaga perlu rajin. Beli ayam di pasar raya seperti econsale yang jual harga borong. Pasar raya lain cuma boleh beli masa jualan murah je. 

Penolong tukang masak perlu tahu cara potong ayam. Maka dengan ini saudara boleh elakan penipuan timbang oleh penjual ayam. Ikan pun begitu juga beli dan potong sendiri. Nasi jangan risau anggarkan 1 kg Nasi boleh tampung 12 orang pelangan. Maka kalau dibahagi RM22.00 10kg. cuma kosnya sepinggan 0.22 sen + gas dan air = 0.25 sen. Teknik memasak nasi perlu betul dan tidak berkerak tebal. Mamak tentang ini pandai sebab itu Mamak nasi buang kanji…hehehe. Pernah mamak audit sebuah restoran Melayu..di Tong sampah penuh dgn kerak nasi. Katanya rice Cooker Rosak. Sayur perlu pilih jenis dan musim murah. Kalau beli kacang bunci 5kg…anda perlukan potong sayur buncis 5 jam. Itulah sebab Mamak niaga cuma dua jenis sayur..kacang panjang atau kobis. Pendek kata saudara kena ke pasar dan teliti semua harga. Ok.

Nanti saya nak tulis atikal bagaimana nak jimatkan elektrik, gas dan air. dan penipuan dalam tong gas yang dibekalkan. Tentang modal anda perlu sediakan kos overhead dan kira untung permulaan selama 90 hari di bawah sifar. kerana bila mula perniagaan sukar kita menentukan keuntungan kadang meletup kadangkala merundum. Kalau boleh jangan sekali-kali beli barangan stainless steel secara tunai. Yang baik sewa bulanan atau minguan. Kerana permulaan niaga anda perlukan wang tunai. Bagi nasihat saya… jangan berhutang beli barangan keperluan harian selagi anda tak pandai rolling account. Cuma orang ada kemahiran boleh lakukan ini. Bila kita berhutang kita tidak boleh kawal stok dan kualitti barangan. Kita beli dan jual. Jangan beli stok banyak..kerana stok yang ada itu tidak ada nilai wang. Bila jual baru bertkar kepada nilai wang.

Yang paling elok anda soal apa jua kemusykilan dlm pemikiran insyallah..kita kongsi pendapat. Yang penting mulakan perniagaan dengan pemikiran positif. Fixed cost kedai mamak depa turunkan dgn membuka operasi 24 jam..maka sewa 15 hari save. Restoran perlu ada starting up cost…ini masalah sedikit. kita tak mahu niaga kita mati lepas dua bulan. Maka sumber kewangan perlu ada. Cari rakan kongsi kalu tak ada jumlah besar. Apa kata kos sekarang mencecah 150K???. Itu belum renovation cost. Elok buat syarikat sendirian berhad dan cari invester untuk permulaan. Jangan terlalu dengar nasihat pelangan atau kawan-kawan. nanti mcm-mcm ada…keliru kepala otak kita dibuat.Tak jadi benda ini. Berfikiran positif dan jangan sekali-kali luntuh semangat. Guru perniagaan saya di London dulu selalu berkata, ” In order to succed in Restaurant business you must fail, so that you know what NOT to do the next time”….ok.

Yang baik di ambil pengajaran yang tidak di tinggalkan. 

Coach Bahar
READ MORE ...

Buku Himpunan Kertas Kerja Tarbiah : Dapatkan Segera!

Friday, April 20, 2012
Berminat untuk mendapatkan buku Himpunan Kertas Kerja Tarbiyyah? Boleh hubungi saya yea. Buku ini adalah himpunan kertas kerja tarbiyyah oleh Murabbi Ustaz Dato' Yahya Bin Othman, bekas exco kerajaan Negeri Kelantan, sekarang merupakan mudir maahad tahfiznya sendiri dan juga AJK Lajnah Tarbiah Pusat. 

Sangat bermanfaat, diguna pakai dalam ceramah dan usrah.






READ MORE ...

Seminar Online Bersama Irfan Khairi

Saturday, August 13, 2011

Salam.

Pagi ni Asyraf mengikuti Online Seminar Formula Facebook bersama Jutawan Internet iaitu Irfan Khairi. Best seminar web ini, rasa macam dia berada di depan kita ja. Perkongsian ilmunya memang best ditambah dengan gaya penyampaiannya yang bersahaja.

Nampaknya dakwah pun kena lakukan transformasi sebegini. Berdakwah melalui online.


Irfan Khairi mempromosikan programnya dalam Seminar Web ini


Berkongsi beberapa petua dan teknik perniagaan yang memang menarik


Youtube juga merupakan sebahagian media pemasaran terbaik secara percuma


Gambar diatas menunjukkan seorang individu yang menjadi Salesman terbaik dunia kerana berjaya menjual sebanyak 13 000 buah kereta dalam masa 10 tahun. menarik kan?


Inilah sahaja perkongsian Asyraf untuk hari ini. Jika nak dapatkan maklumat lagi Web Seminar ini, boleh like FB Irfan Khairi dan dapatkan seberapa banyak maklumat dan informasi tentang motivasi, perniagaan dan kewangan. Ok, wassalam
READ MORE ...

JUTAWAN ANTARABANGSA : Warrent Buffet dari Arab! - Al-Waleed bin Talal

Thursday, November 25, 2010



Majalah Forbesyang tersohor dengan senaraian jutawan-jutawan dunia telah mengiktiraf dan meletakkan nama Putera al Waleed Talal yang berusia 52 tahun (7 March 1955) adalah sebagai individu ketiga belas terkaya dunia dengan nilai aset melebihi USDS20.3 bilion pada tahun 2007. Berdasarkan harta kekayaan yang dimilikinya, Putera al Waleed digelar 'Arabian Warrent Buffet' oleh Majalah Time

Sejarah perniagaan

Putera al Waleed memulakan aktiviti perniagaannya sebaik saja tamat belajar dari Kolej Menlo, California. Peringkat awainya beliau banyak terlibat sebagai broker kepada entiti perniagaan antarabangsa yang mahu menjaring perniagaan dengan syarikat-syarikat di bumi Arab Saudi. Selepas itu beliau mula melabur dalam sektor hartanah dan menjadi pelabur utama dalam industri perbankan Arab Saudi. Kebanyakan pelaburannya dibuat ke atas syarikat-syarikat yang mengalami masalah kewangan dan sememangnya Putera al Waleed memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam melihat syarikatyang dilaburnya kembali pulih. Malah ada yang menjangkau lebih satu dekad untuk membuat keuntungan.

Ini termasuklah konglomerat tersohor dunia, Citicorp di mana beliau merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu. Putera al Waleed turut memegang sejumlah besar saham dalam syarikat AOL, Apple Computer, Worldcom, Motorola dan News Corporation Ltd. Demikian juga dalam sektor perhotelan di mana beliau memiliki beberapa ragkaian hotel terkemuka termasuk Hotel Four Seasons, Hotel Plaza (New York), Savoy Hotel (London), Monte Carlo Grand Hotel dan banyak lagi.

Liberalisme

Kejayaan perniagaannya boleh dilihat kepada sikapnya yang begitu liberal sebagaimana ideologinya terhadap dunia politik. Misalnya beliau antara kerabat di Raja Arab Saudi yang begitu lantang menyaran diadakan pilihanraya di negaranya. Beliau turut terkenal dengan kelantangan memperjuangkan hak-hak wanita di Arab Saudi. Dalam perniagaan, beliau tidak melihat agama atau bangsa sebagai halangan. Misalnya dalam syarikat Citicorp. Meskipun beliau merupakan pemegang terbesar saham syarikat itu, namun presidennya beragama Yahudi. Demikian juga pelaburan pembangunan yang dilakukan di bumi Palestin dan Tebing Barat.


Kemasyarakatan


Peristiwa 11 September 2001 tidak sedikit pun menjejaskan hubungannya dengan Amerika Syarikat. Meskipun pihak rejim Bush melancarkan kempen besar-besaran menentang keganasan yang katanya dimulakan oleh umat Islam. Malah Putera al Waleed melakukan lebih banyak kegiatan murni dalam membebaskan tanggapan Barat terhadap masyarakat Islam khususnya Timur Tengah.

Dermawan

Putera al Waleed juga terkenal sebagai seorang yang dermawan. Ini terbukti melalui aktiviti pendermaan yang dilakukan di serata dunia termasuk Timur Tengah, Asia dan Afrika. Pada bulan Disember 2005, beliau telah menderma sebanyak USDS20 juta kepada Universiti Harvard bagi membiayai pengajian Islam di sana.

Meskipun Arab Saudi mengamalkan sistem pentadbiran bermonarki, namun Putera al Waleed tidak tergolong dalam barisan eksekutif pemerintahan 'House of Saud'. Hal ini dilakukan kerana minatnya lebih mendalam terhadap dunia perniagaan.



p/s : Tak lama, Asyraf pun akan kaya macam dia plak. huhu.
READ MORE ...

5 Sebab Mengapa Gagal Dalam Bisnes Internet

Monday, November 15, 2010

Terdapat banyak sebab mengapa gagal dalam bisnes internet. Di sini saya kongsikan 5 sebab.

1. TIDAK ADA MATLAMAT

Tidak mempunyai matlamat yang jelas yang hendak dicapai dalam binsnes internet. Apakah tahap kepakaran atau keuntungan yang ingin dicapai dalam 1,2 atau 5 tahun dari sekarang ?. Jika belum, mulakan untuk letakkan matlamat, contohnya kita letakkan matlamat untuk mendapat keuntungan RM600 sebulan dalam 6 bulan yang akan datang. Pastikan kita TULIS matlamat kita di tempat yang sesuai dan boleh dilihat selalu kerana menulis matlamat mempunyai kesan pada minda separa sedar kita.
“Lagi besar matlamat kita, lagi besar hasilnya..”

2. TIDAK SABAR

Memang lumrah manusia untuk mendapatkan keuntungan yang besar dalam jangka masa yang cepat. Biasalah, orang melayu macam saya pun mcm ni. Sebenarnya perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukannya semata-mata mendapatkan keuntunga
n maksima pada jangka waktu singkat. Memang ada manusia yang hebat yang mampu menjana pendapatan besar dalam masa singkat tapi amat jarang. Secara umumnya keuntungan besar mengambil masa untuk dicapai. Cuba buang mentaliti CEPAT KAYA dalam minda kita. Nak KAYA mesti USAHA KENA POWER!

3. TIDAK MENUNTUT ILMU

Jangan kita kedekut untuk melaburkan wang untuk mempelajari teknik-teknik bisnes internet yang betul. Jangan hanya bergantung kepada sumber-sumber percuma. Tapi dalam kita mencari ilmu pastikan kita mendapatkan produk-produk dari pakar-pakar internet yang telah terbukti. Biasanya rahsia yang berkesan tidak dikongsikan secara umum.Jadi Apalah salah jika berkomunikasi DUA hala,Tiga Hala bertujuan Menambah Ilmu,mencari jalan keluar yg baik.Bukan Berdiam diri – Tip saya mudah ‘Belajar dengan Orang yang betul,mahu belajar dan di tunjuk ajar’

4. TIDAK FOKUS DENGAN KERJA

Bisnes internet mengandungi banyak bidang-bidangnya. Contohnya jual produk digital (ebook), produk fizikal, google adsense, ebay, program affiliate dan bermacam-macam lagi. Pilihlah bidang yang kita rasa sesuai dan fokus. Jangan kita nak buat semua benda nanti semua tak jadi. Elakkan juga suka MELOMPAT-LOMPAT dari satu bisnes ke bisnes yang lain. Fokus pada bisnes yang kita mampu buat. Dan yang sangat penting dalam perniagaan adalah “Residual Income”

5. TIDAK BERTINDAK

Tanpa bertindak kita tak akan ke mana. Laksanakan peranca
ngan yang kita buat, dan luangkan masa setiap hari untuk lakukan bisnes internet dan jangan kita cepat give-up. Lihat bisnes kita dari segi keuntungan jangka masa yang panjang. Insyaallah, kita akan mula mendapat hasil jika kita ISTIQAMAH atau KONSISTEN dalam tindakan.

“Jutawan yang lahir semuanya adalah BERTINDAK TEPAT PADA WAKTUNYA, WALAUPUN TIADA MODAL..”

Adakah kita termasuk dalam mana-mana perkara diatas? Renung-renungkan dan selamat beramal...

READ MORE ...