Followers

Dari Blog Presiden MPM

Friday, August 13, 2010

Bismillahirahman nir Rahim,Assalamualaikum W.B.T

Cukup lama ana x menjenguk laman blog sendiri,x sangka ramai yang memohon respon keadaan semasa di kampus Insaniah,Pertama nya masih belum terlambat untuk ana ucapkan “selamat mengharugi Ramadhan Karem” dan rebutlah peluang yang masih ada..hanya Berbaki 28 hari lagi Ramdhan..2 Hari telah berlalu,entah apa yang kita isi didalam ramadhan pertama dan ke2..

Sedikit perkongsian,Sebenar nya Ramdhan ini Allah berikan 1 bulan dari 12 bulan ada hikmah sebalik nya..Ramadhan merupakan Bulan “ReCharge” ruhiah kita untuk 11 bulan kedepan sebelum menempuhi ramadhan yang satu lagi.(jika masih ada di dunia),sebab itu lah Allah gandakan dari 1 ke beberapa darjat ibadah kita..bertapa hebat nya ramadhan.Juga Ia mendidik sikap dan keperibadian kita.sebagai contoh..Jika pada tengahari bulan ramadhan kita mandi di dalam bilik air,dan sewaktu kita mandi ada air yang TERmasuk ke dalam mulut kita,pada waktu yang sama x da orang yang Nampak dan tahu kita buat(melainkan jika kita mandi di khalayak ramai) dan kita boleh telan air tu jika kita nak,Sbb nya TER,nak bercakap soal rezeki air itu dah berada dalam mulut kita..tetapi jika dia meludah air itu keluar dan mengangap itu bukan rezki nya walaupun tiada orang yang akan tahu walaupun dia minum air itu.dan percaya lah..perkara itu akan menterjemahkan dia yang 11 bulan akan datang..Kalau lah pada bulan2 berikut nya ada orang menghulur “ Rasuah” dia akan tolak mentah2 kerana dia faham,dan ramadhan telah mendidik dia.dan Jika dia telan air dalam mulut nya atas lfactor TER dan DAH REZKI AKU maka ia akan mewarnai beberapa bulan yang akan datang..erm..mungkin agak sulit untuk memahami tertapi inilah hakikat sebenar nya RAMADHAN KAREM

Beberapa minggu yang lepas,di dalam Minggu penghayatan ISLAM,anjuran MPM.satu slot oleh pesta buku iaitu pelancaran buku novel mahasiswa insaniah sendiri,Sewaktu ucapan ana,secara tidak rasmi pihak MPMKUIN telah melancarkan “kita Bersaudara”Program Ziarah Ramadhan ke selatan pattani..di mana kita menggunakan satu method yang cukup mudah..setiap pelajar Insaniah hanya perlu menderma rm5 seorang dan ia mampu memberikan sinar gembira kepada saudara kita yang telah dianiaya di selatan patan,bayangkan jika hanya 5ooo pelajar insaniah menyumbang..Kita mampu membawa rm25,000.00 ke selatan pattani hanya dari poket mahasiswa insaniah..Mungkin telah dirancang oleh allah s.w.t ,kertas kerja hanya disediakan dalam 2 hari dan hanya 1 sesi perbincgn dbuat..dengan mudah kertas kerja diluluskan oleh HEP..Alhamdulillah..satu gambaran,laluan Mudah untuk projek ni..insyallah..dan sememang prog ini amat bergantung kepada sokongan semua warga insaniah untuk terus menderma kearah yang baik..insyallah.

Seingat saya pada 3 ogos.Ana telah berucap didalam majlis pelancaran GAMIM(gabungan Mahasiswa IPTIM Semalaysia) di Kisdar,perak..diselangi dengan perbincngan bersama dengan pimpinan kampus keesokan hari nya..dan satu alamat mudah yang menunjukan mahasiswa Islam IPTIM telah menunjukan satu perubahan yang baik dan telah memberikan harapan kepada peranan GAMIM.Dan ana rasa cukup terpanggil untuk merancang bersama semua sahabat-sahabat pimpinan untuk menganjurkan satu program dibawah GAMIM iaitau “Kovensyen Mahasiswa islam Se Malaysia” sebagai satu Imej dan Sumbangan Awal GAMIM dalam menyuntik semangat dan DOS-DOS positif dalam kelenjar tenaga semua mahasiswa ISLAM..INSYALLAH

MEMBINA MAHASISWA INSANIAH BERANI..2 bulan kebelakangan ini ramai melihat MPM agak cenderung kearah memberi ruang kepada semua mahasiswa dan mahasiswi member pandangan,bercakap berkenaan isu-isu semasa..dengan penubuhan Speaker Corner(sudut pidato),let discuss dan sebagai nya tidak lain tidak bukan untuk membuka mata dan minda semua diantara kita..

Dibawah portfolio Presiden MPM,satu jawatan kuasa telah dibina..iaitu Majlis Mesyuarat Presiden yang mengumpul kan semua pimpinan pelajar diperingkat kampus insaniah untuk bersama2 mendukung dasar2 yang dibawa,dan menjadi pendegar setia kepada masalah2 kelab dan persatuan juga membina jambatan ikatan antara pimpinan.

Hanya Beberpa minggu berbaki untuk MPM sesi ini,dan saya yakin ramai yang masih belum berpuas hati dengan apa yang dibawa,tetapi yakinlah sahabat sekalian..INSANIAH kearah Status Universiti penuh.dan kita akan menghadapi banyak lagi cabaran,ancaman dan halangan dari semasa ke semasa dan perkara ini akan menjadi lebih bermasalah jika diantara kita masih lagi ada penyakit HATI dan membesarkan perkara yang remeh.

Justeru saya menyeru kepada semua mahasiswa untuk bersama2 dengan Moto yang dibawa agar kita dapat memberikan sedikit sumbangan kepada insaniah dan kedah Insyallah.ayuh sma2 kita buktikan dalam program Jom Derma!!!

HIDUP MAHASISWA!!!!



p/s : asyraf amik dari blog peribadi Presiden MPM. Klik THIS
READ MORE ...

JABATAN NUQABA, Kolej Universiti INSANIAH

Wednesday, August 11, 2010



Salam.

Ini adalah video yang Asyraf uploadkan untuk tatapan kawan-kawan. Video korporat Jabatan Nuqaba.
READ MORE ...

Makan Sahur (^_^)


Salam.

Pagi Ramadhan nie, Asyraf sahur makan roti Triple T dan nasi goreng telur mata pemberian umah sebelah. Thanks banyak2 kepada Farahin, sedap dia masak. Dia memang suka masak pun. Umah mereka ada dapur, kami ada sinki jer.


p/s : nak makan apa la plak untuk buka posa...
READ MORE ...

INSANIAH SPEAKER CORNER

Tuesday, August 10, 2010

InsyaALLAH, BAKA akan menganjurkan program-program untuk pelajar INSANIAH. Moga-moga program mereka akan mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada mahasiswa kita.
READ MORE ...

APAKAH ITU TRIPLE ’T’ TRAINING???


Triple T

adalah Simbol Kekuatan Tarbiyyah

Triple T

adalah Latihan Cintakan Allah

Triple T

adalah Wacana Kehidupan Ummah

Triple T

adalah Medan Muhasabah Diri

Triple T

adalah Pencetus Generasi Rabbani

Triple T adalah .......

TUNJANG KEKUATAN USROH YANG DI REALISASIKAN DALAM 3 RUKUNNYA IAITU :

Taaruf

- Tafahum

- Takaful

Apakah itu Taaruf

  • Mengenali, memahami dan menyelami setiap sudut tingkahlaku dan latar hidup sesama ahli.
  • Sentiasa bersangka baik dan menangkis dengan bijaksana dalam menjamin kemurnian ikatan ukhuwwah.
  • Ukhuwwah yang yang lahir daripada hati dan diterjemah dengan pengorbanan dan kasih sayang .

Apakah itu Tafahum

  • Ukhuwwah yang konsisten atas paksi istiqamah, saling nasihat menasihati,muhasabah, saling mempercayai dan saling mendoakan sahabat.
  • Berlapang dada dalam menerima teguran dan anjakan perubahan diri
  • Tidak pernah putus asa dan rasa iri hati dalam persahabatan
  • Sentiasa menghormati dan punya keyakinan tinggi dalam persahabatan.

Apakah itu Takaful

  • Berkorban apa sahaja untuk menanggung beban sahabat dengan semangat ’al ithar’ dalam merealisasikan semangat ukhuwwah.
  • Merasai dan menjiwai persahabatan yang dibina adalah seperti anggota badan kita yang saling toleransi dan merasai kemanisan dan kepahitan hidup bersama.
  • Hidup mati dan pertemuan perpisahan kerana Allah.


Mari bersama jayakan Usroh ke arah keredhoaan Allah menjalinkan kasih sayang Fillah


Selamat mengikuti Triple T Training



Daripada :


Muhammad Azki Hafizi Ibrahim

Moderator Triple T Training


http://triplettraining.blogspot.com/

READ MORE ...