Followers

Pelajar IPTS Tuntut Hak Berpolitik

Tuesday, December 6, 2011
KUALA LUMPUR, 5 DIS: Wakil mahasiswa dan penaja universiti dan kolej universiti swasta harus mencari persefahaman mengenai undang-undang kampus yang melarang mereka berpolitik, susulan persetujuan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya bersedia mengatur dialog untuk mengkaji kesesuaian meminda Akta Institusi-Institusi Pelajaran Tata Tertib (AIPT) 1976 dan Akta Pendidikan Swasta (APS) 1996.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum Gabungan Mahasiswa Insaniah (GMI) bagi mendesak pemansuhan dua akta itu yang melarang mahasiswa berpolitik.

GMI mahukan hak berpolitik di IPTS diselaraskan dengan keputusan Putrajaya meminda Seksyen 15, AUKU.

AUKU meliputi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) manakala institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) adalah terikat kepada AIPT dan APS.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meminda AUKU bagi membolehkan mahasiswa berusia 21 tahun ke atas menyertai parti politik dan menyertai proses demokrasi negara.

Presiden Majlis Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah Kedah, Mohd Faiz Mohd Arshad berkata pemansuhan dua akta itu adalah perlu bagi membolehkan mahasiswa IPTS mempunyai hak sama dengan rakan-rakan mereka dalam IPTA.

“Parlimen hanya meminda Akta AUKU untuk mahasiswa yang belajar di IPTA, jadi wujud satu ketidakadilan di situ di mana jika AUKU dipinda hanya untuk IPTA, jadi di mana bahagian dan hak untuk IPTS?,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Saifuddin.

Faiz berkata kedua-dua akta berkenaan harus dimansuhkan kerana tidak selari dengan amalan dekmorasi berparlimen di negara ini.

Saifuddin berkata, pindaan yang dituntut oleh GMI adalah lebih rumit kerana kebanyakkan IPTS terikat kepada kerajaan negeri atau pihak swasta sebagai penaja.

Justeru beliau akan menganjurkan dialog dengan kerajaan, gerakan mahasiswa dan badan bukan kerajaan yang berkenaan.

“Isu ini adalah mengenai pemilik, saya bagi contoh IPTA, punca kuasanya AUKU, jadi AUKU punca kuasanya yang bertanggungjawap sebarang isu adalah Menteri, jadi apa-apa pun dia akan pergi kepada Menteri,” katanya.

“Bagi IPTS, punca kuasanya adalah IPTS, jadi segala masalah akan dirujuk kepada penajanya sendiri, seperti UNISEL (Universiti Selangor), masalahnya akan pergi ke kerajaan negeri jadi saya rasa KUIN pun sama. Dia akan pergi ke kerajaan negeri Kedah,” katanya.

Pada 25 Mei lalu, seramai lima mahasiswa KUIN telah digantung pengajian kerana terlibat dalam bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.

Lima daripada enam pelajar yang dibicarakan oleh barisan jawatankuasa tatatertib KUIN digantung pengajian mereka serta-merta manakala seorang pelajar lagi didenda.

Mereka membantah pembinaan sekolah itu di kawasan yang dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz di situ.

Faiz berkata penggantungan pengajian mereka itu sekali gus ternyata adalah satu pencabulan terhadap demokrasi kampus tambahan Perdana Menteri sendiri sudah bersedia untuk meminda AUKU

0 orang mengarut:

Post a Comment