Followers

‎18 Sebab Jin Suka Merasuk Manusia

Friday, March 30, 2012
Salam sejahtera semua. Di sini nak dikongsikan sedikit tentang sebab mengapa jin ni suka sangat merasuk manusia nie. Rajin sungguh nak rasuk, macam tak dak benda lain nak rasuk. Tapi kan, cuba bayangkan kalau dia rasuk GAJAH, tak ke haru kan? =)

Apa pun, ALLAH dah beri ilmu dalam menangani makhluk halus ini. Semoga bermanfaat. Di bawah sedikit artikel mengapa jin suka rasuk manusia sangat.


*********************************

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

"Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya," tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah S.W.T.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan di dalam rumah.

3. Meninggikan suara dalam bilik air.

4. Menangis dan merintih sebelum tidur.

5. Membuang air panas ke dalam bilik air.

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.

9. Selalu bertengkar antara suami isteri.

10. Terlampau marah.

11. Mengikut hawa nafsu.

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah S.W.T.

15. Perempuan suka bersolek.

16. Berlaku perjanjian sihir antara jin dan tukang sihir.

17. Jin jatuh cinta pada manusia.

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin :

1. Sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

2. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

3. "Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat," katanya.

4. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

5. Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Bacalah Quran dan hayatinya..................



READ MORE ...

10 Fakta Tentang Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Thursday, March 29, 2012
Salam. Seronok tak ada bayi? Tambah-tambah lagi yang dah kahwin, mesti nak bayi. Itulah pelengkap sebuah keluarga kan? Ini sedikit perkongsian tentang bayi untuk sahabat-sahabat. =)

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel 

SWEETTTT KANN???? =)




READ MORE ...

7 Khasiat Surah Al-Kauthar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
READ MORE ...

9 Jenis Anak Syaitan

Wednesday, March 28, 2012
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? Semoga bermanfaat.



READ MORE ...

1 Muqaddimah Tazkiyatun Nafs



Alhamdulillah,

Asyraf selesai juga mendengar kuliah ini. Muqaddimah kepada kitab Tazkiyatun Nafs, banyak intipati yang dapat didapati dalam video ni. InsyaALLAH, Asyraf akan lihat semula video ni kali ke dua sambil menaip apa intipati yang ada dalam video ini. Semoga ALLAH memberi ruang dan peluang untuk kita sama-sama berkongsi ilmu


***********************

1 ) Kitab ini dinamakan Induk Penyucian Jiwa oleh penterjemah kepada kitab asal Tazkiyatun Nafs, karangan As-Syahid Syeikh Sa'id Hawa. Terjemahan ini dilihat lebih tepat dari kitab asal. Kebanyakan kitab-kitab yang lain hanya membuat ringkasan, ini merugikan maksud asal yang ingin disampaikan oleh pengarang asalnya.

2 ) Tazkiyatun Nafs bermaksud penyucian jiwa. Inilah tugas para Rasul.

3 ) Muqaddimah menggambarkan apa yang kita nak pelajari. Segala perkara memerlukan muqaddimah. Ianya permulaan kepada sesuatu perkara. Nak meminang pun kena ada muqaddimah. Nak hujan pun ada  muqaddimahnya, iaitu mendung.

3 ) Tujuan Nabi dihantar untuk memberi peringatan kepada manusia dengan ayat-ayat ALLAH. Terbahagi kepada 2 iaitu ayat makruk dan ayat manzhur. Ayat makruk, ayat yang kita baca. Ayat manzhur, ayat yang kita lihat. Mendung, itu ayat nak hujan.

4 ) Nak tahu kita jiwa kotor atau tidak, lihat pada ibadat. Kita solat, puasa, tengok orang susah dan sebagainya, tiada terkesan pada dirinya. Baca Qur'an, solat, sedekah tapi dah mula rasa boring. Segala perkara tidak terkesan pada hatinya. Ini jiwa kotor.

5 ) Doa oleh Nabi Ibrahim. Lihat minit 10. ALLAH jawab doa Nabi Ibrahim. Minit 23.

6 ) Panggil PAK CIK tapi tak suka. Sebut kematian tapi tak suka. Sebab rasa tua. Ini jiwa kotor.

7 ) Ulama tafsir kata Rasul ni selain Rasul yang 25 itu, ada juga Rasul yang lain. Contoh, seorang suami yang jahat, kerana ALLAH sayangkan suami itu, ALLAH hantar seorang Isteri yang baik untuk mengingatkannya.  Isteri itu ialah Rasul. Tapi lepas ni jangan Isteri duk mengaku dia Rasul. (Ada lagi pelbagai contoh lain dari ustaz)

8 ) Orang paling bijak ianya orang yang mengimpikan syurga yang indah. Nabi pesan untuk mengimpikan syurga ALLAH. Nabi suruh berkhayal. Khayal yang sebegini dibenarkan. Buka khayal benda sia-sia. Rugi khayal benda-benda dunia seperti kereta besar, rumah besar dan sebagainya.

9 ) Kalau ada orang masuk minang, bapa tanya ke mana dia nak "bawa" anaknya. Jika dia kata nak bawa anaknya ke syurga ALLAH, jangan tolak pinangannya.

10 ) Manusia paling berjaya dan cerdik ialah yang mampu ke syurga.

11 ) Jangan hormati dan tunduk kepada orang lain kerana kekuasaan dan kekayaannya, tapi tunduk kerana ketaqwaannya. Nabi dah menghapuskan batasan bangsa, puak dan lain-lain. Semua itu jangan dibanggakan.
(Kisah puak Muhajirin & Ansar)

12 ) Nabi Musa pernah tanya kepada Firaun sama ada suka untuk diajar untuk bersih jiwa atau tidak. Firaun ni sombong, sehingga 400 hidup panjang tak pernah menguap, tak pernah bersin, tak pernah selesema, Nabi Musa tanya nak bersih jiwa atau tidak supaya bila Nabi ajar nanti, Firaun akan takut dan gerun kepada ALLAH.

13 ) Hidup kita senang jadi kotor. Bangun pagi duk fikir nak mengumpat siapa. Pergi kedai makan mula tamak nak memilih lauk. Datang kuliah untuk bersih jiwa. Itu pun bila dengar kuliah mata tunduk takut kepada ALLAH, keluar kuliah mata celik pulak.

14 ) Cara nak selamat dari neraka antaranya ialah beri harta kamu kepada orang lain. Jiwa akan terkesan kerana kamu dah buang rasa tamak. Amalkan sedekah, zakat, belanja makan.

15 ) Ada ibadat cuma guna tenaga, ada yang cuma guna harta. Puasa kena guna tenaga, zakat kena guna harta.

16 ) Ada perbezaan cara zakat di Malaysia dan Arab. Minit 35.

17 ) Beruntunglah orang yang sentiasa berulang menyucikan jiwanya. Semalam bersihkan jiwa. Hari ini bersihkan jiwa. Esok bersihkan jiwa lagi. Lihat Masjidil Haram, kereta sendiri juga sentiasa berulang dibersihkan. Begitu juga kita. Selagi kita hidup, kita berdepan kekotoran. Rugilah orang sentiasa biar jiwanya kotor.

18 ) Siapa nak bertaqwa, kena bersihkan jiwa. Jiwa tak bersih, confirm tak bertaqwa. Jiwa bersih adalah pra-syarat kepada ketaqwaan.

19 ) Bersambung akan datang....


*************

Best dan terkesan mendengar sendiri ceramah ustaz ini. Semasa Asyraf mendengar semula untuk update entry ini, ustaz beritahu dia nak ke Dublin selama seminggu. Bertolak pada 3hb April, maknanya esoklah. Hehe. Nampaknya ustaz tiada minggu nie. Ustaz lain akan mengganti. Ada juga beberapa soalan yang dikemukakan kepada ustaz, boleh lihat sendiri. Semoga bermanfaat.....

READ MORE ...

Fakta Kaabah Yang Jarang Diketahui

Sedikit maklumat berkaitan Kaabah…

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. 

Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. 

Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. 

Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. 

Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. 

Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. 

Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. 

Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. 

Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. 

Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. 

Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. 

Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui..




READ MORE ...

Jadi MC di Majlis Pelancaran Nuqaba

Saturday, March 24, 2012
Baru-baru ini, Asyraf diminta oleh sahabat untuk menjadi MC bagi Majlis Pelancaran Usrah Perdana anjuran JHEP dan Majlis Nuqaba. Mula-mula sedikit yang hadir, lelaki tiada langsung, Biasalah style lelaki, lepas isyak baru nak datang. Bila majlis dah sekerat, barulah muslimin berduyun-duyun datang masuk dewan, sampai kena masuk dewan atas. Malas nak taip banyak, beberapa pic sepanjang program.



Muslimat ramai

Laptop untuk soundtrack

Semakin bertambah muslimat

Ikhram, Pengerusi Biro Kepimpinan dan Kerohanian

Ustaz Ahmad Ubaidillah Bin Abdullah, Timbalan Dekan 2, HEP

View dari rostroom MC

Prof Dr Wan Sulaiman Wan Yusoff, 
Timbalan Rektor HEP, Pengantarabangsaan & Alumni

Sedutan video yang dipaparkan. 

READ MORE ...

Makan-Makan Nasi Arab Mekah

Baru-baru ini, kami ke kedai nasi arab Mekah berhampiran Tesco Mergong. walaupun lokasi Abu Amir di Shahab lebih dekat, tetapi lokasi di sini lebih murah dan nasinya memang cukup-cukup perut sendiri. Tak macam Abu Amir, mahal sedikit ja tetapi nasinya berlambak-lambak. 

Jika diikutkan, memang di Abu Amir lebih menguntungkan tetapi memangdangkan pembaziran itu pasti berlaku, disyorkan ke Mekah je lah. Ini adalah pada hari Khamis malam jumaat, esoknya kami amal sanah madah Falsafah Islamiah. Sempat lagi yer makan dulu =)

 Syafik tak tahu nak pilih makan apa.

Syafik pening dah.... 

Depa tanya Pak Teh, nak makan apa? Pak Teh kata "makan free....."

Teh pudina. Memang sedap.

Sedap nasi arab

Minum dulu. Pak Teh sedang minum teh....

Mulut Irsyad penuh dengan makanan....

READ MORE ...

Ziarah Ayah Syamsul Amri Meninggal

Baru-baru ni, ayah Syamsul Amri meninggal setelah sekian lama sakit menyerang dirinya. Lama juga ayahnya berada di ICU sebelum meninggal pada awal paginya. Lokasi jenazah disimpan di kampung halaman ayahnya, terlupa nama tempat ini. Takziah buat Syamsul sekeluarga. Tahniah dapat menjadi imam buat jenazah ayahnya juga. Semoga roh ayahnya dicucuri rahmat.







READ MORE ...

Si Comel

Salam. Baru-baru ni ke Baling, ada sedikit urusan. Berhenti sat kat pasaraya, lepak-lepak dalam keta, tiba-tiba kucing mai duk kat kaki. Tak comey pun, tapi manisnya ada. Duk mai merengek tang nie, kita dengan kemudahan handset Sony C90 kamera, candid jea la kucing nie. Lihatlah galaknya =)








READ MORE ...

7 Sahabat Paling Banyak Meriwayatkan Hadith

Monday, March 19, 2012


Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah mentakrifkan sahabat sebagai

"Ash-Shahabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah SAW, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam”

Di dalam ilmu rijal hadith, sahabat Nabi s.a.w semuanya diiktiraf sebagai thiqah (dipercayai). Secara tidak langsung, sahabat adalah antara golongan pertama yang menerima hadith dari Nabi s.a.w secara terus dan meriwayatkannya kepada generasi seterusnya iaitu tabiin.

Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit maklumat tentang perawi/sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith Nabi s.a.w. Didalam buku Tadrib ar-Rawi fi Syarh Taqrib an-Nawawi karya Imam As-Suyuti (911H), disebutkan 7 orang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith:

1) Abu Hurairah r.a

Beliau meriwayatkan 5374 hadith. Abu Hurairah seorang perawi hadith yang terkenal dan antara sahabat yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. Sebanyak 325 hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah disepakati oleh Imam Bukhari (256H) dan Imam Muslim (261H). Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari sendiri sebanyak 93 hadith dan Imam Muslim 189 hadith.

2) Ibnu Umar r.a

Beliau meriwayatkan 2630 hadith, iaitu kedua terbanyak selepas Abu Hurairah. Ibnu Umar atau nama sebenarnya Abdullah bin Umar adalah anak kepada Khalifah yang kedua iaitu Umar bin al-Khattab. Ibnu Umar adalah seorang yang sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadith. Antara periwayat di kalangan tabiin yang paling banyak mengambil hadith daripadanya ialah Salim dan Nafi’.

3) Anas bin Malik r.a

Anas bin Malik r.a telah meriwayatkan 2286 hadith Nabi saw. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaym. Sebanyak 168 hadith yang dari Anas bin Malik diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

4) Aisyah r.a

Aisyah r.a, isteri Rasulullah saw yang digelar Ummul Mu’minin. Aisyah r.a telah meriwayatkan sebanyak 2210 hadith.

5) Ibnu Abbas r.a

Ibnu Abbas atau Abdullah bin Abbas telah meriwayatkan sebanyak 1660 hadith. Ketika Rasulullah saw wafat, Ibnu Abbas berumur 16 tahun. Rasulullah saw pernah mendoakan beliau agar diberi pemahaman terhadap Al-Quran. Banyak riwayat tentang tafsir diambil dari Ibnu Abbas, selain daripada Ibnu Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab. Antara murid-murid beliau yang yang terkenal di Mekah ialah Sa'id bin Jubair, Mujahid, 'Ikrimah bekas sahaya ( maula ) Ibnu Abbas, Tawus bin Kisan al-Yamani dan 'Ata' bin Abu Rabah.

6) Jabir bin Abdullah r.a

Jabir bin Abdullah r.a adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw yang tinggal di Madinah dan wafat pada 78H ketika umurnya 94 tahun. Tercatat sebanyak 1540 hadith yang telah diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a.

7) Abu Sa’id al-Khudri r.a

Abu Sa’id al-Khudri adalah orang ketujuh paling banyak meriwayatkan hadith Rasulullah saw. Beliau telah meriwayatkan 1170 hadith. Nama sebenar beliau ialah Sa’ad bin Malik bin Sinan. Antara orang-orang yang banyak mengambil hadith daripadanya ialah anaknya sendiri Aburahman, isterinya Zainab bin Ka’ab bin Ajrad, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abu Thufail, Nafi’ dan Ikrimah.
READ MORE ...

Kursus Grafik Bersama Maheez Photoshop Malaya

Friday, March 16, 2012








READ MORE ...

Sambutan Maulidur Rasul KUIN










READ MORE ...