Salam.
Semalam dan hari ini, MSR bermula dan saya masih sempat online FB saya. Itulah dunia saya. FB sentiasa. bahkan kawan-kawan saya tahu saya suka buka FB. Ah, terlupa juga nak beritahu, saya sempat ke kenduri sahabat baik saya yang dah mendirikan rumah tangga hampir sebulan yang lalu. Afiq Najhan namanya. Dah berpasangan dia kali ini. Syukur....
Kendurinya berlangsung serentak dengan abangnya yang telah akad lebih awal. Cuma kendurinya kelmarin. Seronok nak bercerita tentang mereka sedikit. Kedua-dua mempelai ini, pasangannya dari Kedah juga. Bukan kenal dia Kedah pun, tetapi kenal di kampus mereka. Isteri Najhan orang Yan. Isteri abangnya orang Kola Nerang kot. Terlupa dah. Kiranya, mereka mendapat jodoh dengan pasangan senegeri sendiri.
Baik.
Kemudian, saya dapat khabar berita yang baik juga. Baik untuk orang lain, baik untuk saya jugalah. Beberapa kenalan saya juga bakal mendirikan rumah tangga, ada yang dah kahwin , juga sudah ada pilihan hati masing-masing.
Saudara lelaki terdekat saya, satu kampung, dah mendirikan rumahtangga. Dia menjemput semua rakan-rakannya ke kendurinya nanti. Terkejut juga sebenarnya, diam tak diam, dah nak kenduri. Ayah di rumah tak cerita pun. Ha, dah kawin. Dia linkkan FB isterinya. Owh, orang Perlis rupanya. Bertuah badan. Dapat jodoh dekat. Perlis ni bukan besar mana. Nak ke rumah mak ayah masing-masing, dalam masa sejam pun dah selesai. Dulu semasa saya sekolah rendah di darjah 1, pagi-pagi saya dihantar ke rumahnya untuk ke sekolah bersama-samanya. Kereta Proton Saga merah. Masih cantik ketika itu. Balik juga dengannya. Dipandu oleh ayahnya. Selama setahun saya sebegitu. Kemudian semasa darjah dua, saya dah berpindah rumah. Eh, sebelum terlupa. Kami semua 3 orang. Saya, dia, dan rakan kami yang sebaya dengannya. Rakan kami itu dah kahwin pun. Dalam setahun dah.
Kemudian saya main FB lagi. Ternampak pula kenalan saya yang saya kenal di sekolah rendah dulu. Muslimat. Juga akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Belajar di UKM rasanya. Saya pernah lihat gambarnya, antara aktivis mahasiswa. Bagus. Saya lihat alamat yang diberikan. Gambar scan kenduri kahwinnya. Cuba cari siapa pasangannya. Hah, rupanya bakal suaminya juga orang Perlis juga, sekampung pulak tu! Ahha, itulah jodoh mereka. Senang sekampung. Nak balik rumah mak, jalan kaki ja. Kan senang. Tak tahulah kalau pasangannya itu jiran sebelah rumahnya, lagilah tak kalut mereka. Berdiri di beranda rumah mak, loncat 1 meter ke depan, masuk rumah mak mertua. Hehe.
Di malamnya, seorang rakan saya membalas status saya. Rakan karib dari sekolah rendah. Kami sama-sama belajar di sekolah menengah. Kemudian dia sambung ke Kedah dan akhirnya berkelana ke luar negara. Seberang laut pun. Dia kata InsyaALLAH 2016, jawapan kepada soalan saya dalam status itu. terkejut saya.
"Eh, dah ada calon ke dia ni?" Saya bermonolog.
Saya segera membalas komen tersebut. Saya bertanya kepadanya, "Dah ada calon ke?"
Dia membalas "Aku pilih saudara jauh hg Asyraf"
Ah, terus saya memahami bahawa seorang muslimat yang saya kenali itu adalah pilihannya.
Saya sebenarnya cuba menduga siapa sebenarnya kerana pada siang hari itu, sepupunya menyatakan dia sudah ada pilihan , juga adiknya pun ada. Huh, adiknya pun ada? memang bertuah si badan.
Saya kenal pilihan hati rakan saya itu. Dah dirisik, cuma tak diikat. Mereka berhubung melalui FB sahaja. Berkomunikasi antara dua negara luar. Di Malaysia, hanya ibu bapa sahaja yang ada. Saya bertanyakan tentang adiknya. Adiknya dah dirisik. Sebaya saya lelaki itu. Dia sendiri tak pernah lihat, Mungkin rombongan merisik itu datang ketika rakan saya itu berada di kampusnya. Bertuah kedua-dua adik beradik ini. Bakal jodoh mereka juga orang sini juga. Orang senegeri. Senang. Tak kalut.
Saya juga sebenarnya memang mahukan yang senegeri. Saya tak suka berjalan jauh. Drive lama-lama pulang ke kampung. Saya malas. Saya bukan ada BMW yang tak terasa 5-6 jam pun kalau memandu walaupun memang BMW itu sebahagian dari minat saya. Mak ayah saya senegeri. kampung sebelah ja. Dekat. Sekarang pun saya dah berada di rumah lama saya di kampung walaupun masih ada rumah di pekan. Abang saya, juga jodohnya senegeri. Saya masih kecil, darjah 5 ketika abang saya melangsungkan perkahwinan. Tak jauh pun, Felda Chuping ja. Jika sekarang kita lihat jarak hari perkahwinan antara dua buah rumah pasangan hampir seminggu, abang saya dan isterinya melangsungkan pada hari yang sama ja.
Saya juga berhasrat seperti mereka sebenarnya. Berkahwin itu pasti, tetapi jodoh senegeri itu juga antara pilihan. Tapi sayang, dalam pasukan saya, tiada yang senegeri. Siapa pasukan saya? Mereka adalah yang disebutkan dalam Doa Rabithah. Search la dalam Youtube, terjemahan Doa Rabithah. Lagunya dicipta kumpulan Izzatul Islam.
Mengapa saya nak yang senegeri? Kerana saya jenis warisan orangnya. Ayah saya dahulu pandai bermuzik kata mak menakan saya, saya juga biasa bermuzik di zaman sekolah dahulu. Sepupu saya juga begitu. Penyanyi. Taklah sehebat Dato' Siti, tetapi bakatnya ada. Ayah-ayah saudara juga begitu. Sama sahaja dengan ayah saya. Saya juga minat perniagaan. Abang sulung saya dengan syarikatnya. Kakak? Ah, dia jurusan perniagaan. Abang ke dua minat dengan perniagaan. Saya minat. Adik lelaki pun minat. Adik perempuan? Entah la.
Keluarga ayah saya ketika kecil dahulu selalu jual kuih. Zaman susah. Ada pengkhususan kerja, Ayah saya buat kuih pau rasanya. Mak menakan yang bongsu yang bocorkan cerita lama ini. Mak menakan yang tertua juga buka tadika persendirian dan homestay. Kan itu perniagaan? Ayah saudara terlibat takaful. Perniagaan juga kan? Ada yang kontraktor, syarikat sendiri.
Bukan nak cerita tentang perniagaan, tetapi nak cerita tentang warisan. Keturunan. Mak ayah orang Perlis, kalau boleh saya nak cari di sini.
Tetapi kalau tiada, sebelah negeri pun boleh....... =)
0 orang mengarut:
Post a Comment