Saban tahun Proton menganjurkan Pertandingan Rekacipta dan Inovasi untuk kakitangannya menunjukkan bakat dalam mereka cipta semula kereta keluaran syarikat dalam bentuk yang lebih sporty dan futuristik. Untuk tahun ini, Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Proton 2011 mengguna pakai tema ‘Compact Car’, dan hasilnya anda boleh lihat melalui gambar-gambar yang dikirimkan kepada saya melalui email sebentar tadi oleh saudara Muhammad Aizat bin Md Naser, terima kasih banyak-banyak bro.
Menurut Muhammad Aizat, lokasi pameran diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor sempena Karnival Komuniti Pasir Gudang 2011 yang berlangsung pada tarikh 17 & 18 Disember 2011. Sedikit info ringkas, juara pertandingan kali ini juga merupakan juara pada tahun lepas dengan temanya adalah ‘Green Car’. Setiap pasukan yang menyertai pertandingan tersebut terdiri dari lapan orang Jurutera Proton sendiri dan mereka diberikan pembiayaan kos sebanyak RM8,000.00.
Setiap pasukan hanya diberikan tempoh 6 bulan untuk menyiapkan rekecipta mereka, dengan pembuatan kereta adalah selepas waktu bekerja. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini, namun menurut Muhammad Aizat, tidak semua pasukan menyertai pameran di Pasir Gudang baru-baru ini. Antara ciptaan yang paling menarik perhatian kali ini rasanya sudah tentu kereta merah daripada Team Acid seperti dalam gambar di atas, profail sisi dan belakangnya memang hebat.
Nak lihat kereta yang lebih hebat? Lihat SINI
0 orang mengarut:
Post a Comment