Pengkongsian Sebuah Kehidupan
Followers
Tahniah Mak Cik!
Kenangan Lama...
Walaupun cuma pingat gangsa, ianya sangat berharga.....
| Design kedua-dua tahun yang berlainan |
| Tahun 2004 dan 2005 |
Ziarah Ayah Syamsul Amri Meninggal
Dedikasi Buat Ustaz Jamaluddin
Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor
SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.
Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi. "Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media. Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid. Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya. Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya. "Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS. Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi. Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat. Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir. Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974). Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara. Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan. Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting. Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS. Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi. p/s : Dato Harun Din ni bekas pelajar Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, tempat Asyraf mengaji tu. Ramai lagi ulama yang menuntut di situ seperti Ust Hassan Mahmud Al-Hafiz (Pengetua Imam Muda) dan lain-lain. |
Reunion Bersama Rakan-Rakan






Wakil Adik...
Pagi ni Asyraf gegas ke SMA ALMAAD, sekolah lama Asyraf sebab ada Hari Kecemerlangan & Graduasi STAM. Kena jadi wakil kat adik sebab dia duk MOROCCO nuu...
Masih macam dulu ALMAAD tu. Student masih perangai dan akhlak yang sama. Show Soutul Maad rasanya bleh bagi yang lebih baik. Nampak macam malas ja. Mungkin dah rasa hebat kot. Asyraf agak kagum sebab cikgu bagi kepercayaan kepada anak murid untuk jadi MC. Sebelum ni guru2 jadi MC. Bagus lah bagi anak murid yang buat. Biar mereka belajar. Cikgu suh depa jadi MC pun dah dikira mengajar.
Waktu dalam majlis, mak Mekda sempat tegur tadi. Aduyai, tengok mak, terbayang muka anak. Kui3. Mak dia memang ramah, datang jauh2 dari Sik semata2 ambik anugerah untuk anak dia tu. Bagus lah mak cik. Saya wakil adik, mak cik wakil anak.
Dalam majlis tadi, Asyraf agak kagum, sebelum majlis berjalan dengan lebih jauh, ianya dimulakan dengan ceramah keibubapaan. Payah jumpa hari kecemerlangan yang mula dengan santapan rohani nie. Yang ada pun halwa telinga ja. Penceramahnya Ust Abdullah B Awang Sa. Tak kenai pun, orang kedah. Sebelum ni pun biasa panggil Syeikh Mohd Faisol, Pegawai Agama Kubang Pasu. Dia tu stail buat lawak. Gelak tu macam orang lagha. Tapi tu lah personaliti dan kredibiliti dia. Bukan senang nak tarik orang mai dengar ceramah sekarang. Kalo dengaq ceramah, kalo penceramah tak lawak, xmau pi. Padahal ilmu tu yang penting maaa....
Ha, lagi satu, Asyraf ternampak tadi muslimat INSANIAH, tergezut Asyraf. tak sangka boleh kelih tang MAAD nie. Amik anak dia kot. Ahaks. Xpun adik dia, amik result. Jadi la. Xlarat nak taip nie. Nanti2 sembang len. p/s : pasal muslimat pun nak citer jugak ker??
Total Pageviews
Cbox
Categories
- my life (99)
- my INSANIAH (77)
- my artikel (73)
- my program (52)
- my grafik (40)
- my mahasiswa (36)
- my vids (24)
- my jalan-jalan (21)
- my Tazkiyatun Nafs (15)
- my channel (13)
- my info (13)
- my auto (10)
- my isu semasa (9)
- my sports (9)
- my news (8)
- my KOOP (7)
- my maad (7)
- my Maza Ya'ni (6)
- my politic (6)
- my biz (5)
- my motivation (5)
- my book (4)
- my celebration (2)
- my family (2)
- my makan-makan (2)
- my movie (2)
- my IMaP (1)
- my Triple T (1)
- my masjid (1)
- my mentor (1)
- my photoshop (1)
My Friends' Blog
My SMA AL Maads' Blogger
My Facebook
My Information
Labels
- my artikel (73)
- my auto (10)
- my biz (5)
- my book (4)
- my celebration (2)
- my channel (13)
- my family (2)
- my grafik (40)
- my IMaP (1)
- my info (13)
- my INSANIAH (77)
- my isu semasa (9)
- my jalan-jalan (21)
- my KOOP (7)
- my life (99)
- my maad (7)
- my mahasiswa (36)
- my makan-makan (2)
- my masjid (1)
- my Maza Ya'ni (6)
- my mentor (1)
- my motivation (5)
- my movie (2)
- my news (8)
- my photoshop (1)
- my politic (6)
- my program (52)
- my sports (9)
- my Tazkiyatun Nafs (15)
- my Triple T (1)
- my vids (24)
Popular Posts
- Ramadhan & Kurma
- Jalan-Jalan Kampung
- Himpunan Mega Mahasiswa INSANIAH
- Selamat Pengantin Baru : Amir Redzuan Dan Aimie Hazerin
- Warkah Buat Ayahanda. Ceq nak Nikah Awal...
- Surat Mahasiswa Untuk Dato Seri Najib
- Enam Penuntut Kuin Kesal
- Makan Nasi Arab Lagi....
- Aqidah Dan Perjuangan Islam
- 30 Orang Pertama Dalam Islam
