Followers

Trip To Kelantan & Terengganu!

Sunday, February 13, 2011
Assalamualaikum semua.

Malam ni, Asyraf InsyaALLAH akan mengikuti jaulah bersama MPM ke Kelantan dan Terangganu yang telah dirancang sekian lama.

Memang menjadi kebiasaan kepada MPM untuk mengadakan jaulah sebegini. Memandangkan sekarang adalah cuti semester, maka waktu cuti beginilah pihak pimpinan ini nak merehatkan minda sambil mendapatkan beberapa ilmu dan kerjasa dengan beberapa pihak di sebelah sana.

Asyraf bukannya MPM pun nak ikut ke sana, tetapi memandangkan Asyraf antara pemegang proksi dalam kampus, jadi Asyraf dijemput sekali untuk bersama-sama mereka. Dapatlah merasa sedikit menjadi MPM. Ahha.

Asyraf adalah sekretariat S/U MPM, ustaz Saifol Fairuz. Kiranya AJK bawahan dia lah. Sebelum ni berada dalam biro sahaja. Sesi lepas Asyraf tak jadi AJK pun kerana berada bersama JAKSA, walaupun hanya beberapa ketika sahaja.

InsyaALLAH dalam 3 jam lagi kami akan bertolak. Pakayt-pakat menyiapkan diri sekarang. Bawak semua kelengkapan. Sekali blazer, kasut hitam, songkok pun kena bawa la pulak. Leceh la depa nie, tapi nak buat macam mana, sebab kami akan bergerak ke beberapa buah kampus untuk mengikuti gerak kerja serta environment di kawasan sana. Asyraf difahamkan anatara kampus yang akan kami ke sana ialah KIAS dan UNISZA. Ntah betul ke tidak, tak tahu la. Asyraf ikut jer.

Tapi setakat yang Asyraf ingat, kami akan ke rumah Tok Guru Nik Aziz jugak. Wah, dalam sebulan Asyraf akan ke sana 2 kali la nampaknya. Sebelum ni biasa sampai dah, tapi dah lewat malam, Tok Guru kita tu dah tido, so tak boleh kacau dia. Biasalah orang tua-tua, kena faham sendiri lah. Pemimpin pun kena tahu jaga kesihatan jugak. Kami dimaklumkan pun sebelum dia tidur tadi, dia dah buat pengajian di surau di sebelah rumahnya.

Errrmmm...nanti Asyraf akan uploadkan pic sepanjang kami ke sana. Pinjam kamera member kot, Asyraf mana ada kamera sendiri. Nantilah dah ada duit sendiri, Asyraf beli kamera, DSLR lagi. Haha.

Doakan semoga jaulah MPM ini mendapat rahmat dari ALLAH SWT. Kita bukan bersuka ria pada asasnya, tetapi kita mahukan sesuatu di sebaliknya. Kita mahukan ilmu, pengalaman serta ukhuwah yang mungkin akan lebih erat lagi bersama pimpinan kampus sana.

Balik nanti, jangan duk macam tu ja ok??

Mahasiswa mahukan perubahan. Pergi dan bawa pulang ilmu, kita bawa perubahan di sini. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

Tata^_^



Adakah Asyraf akan ke sini?? Tunggu je lah.



Tengok peta dulu ok???


10 orang mengarut:

  1. Anonymous said...:

    blikn ole2 tok kteorg..
    hehehe..

  1. selamat datang ke negeri sy, terengganu...

  1. asyraf said...:

    ole2 tiada la...bawak pun beberapa keping ja wang merah...hehe....

    alhamdulillah, dah selamat pulang...syoq jumpa tok guru...

  1. Anonymous said...:

    alaaaaaaaaaaa..
    nk ole3..
    npe bw duit ckit sgt??

  1. asyraf said...:

    dh xdak sapa nk bagi......

  1. Anonymous said...:

    la..
    cm 2 ker??
    npe xmnx kt ana ari 2??
    leh ana bg..
    hehe..

  1. asyraf said...:

    ana bukan peminta sedekah....keh3...

  1. Anonymous said...:

    ana xkte ustaz pminta sedekah pn..
    aduh ustaz oiiii...

  1. asyraf said...:

    xpa2. bagi duit dulu....

  1. Anonymous said...:

    nk bg cm ne??
    ustaz pn dh blik..
    =)

Post a Comment