Followers

Genap 23 Tahun

Thursday, July 5, 2012
Salam.

Kelmarin genap umur 23 tahun. Alhamdulillah. ALLAH masih panjangkan umur untuk terus memohon ampun dan taubat padanya. Terima kasih buat kawan-kawan yang wish kat kita yerr...

Alhamdulillah, birthday kelmarin juga disambut secara tidak sengaja, bergerak ke City Plaza. Habis hampir RM200 mendapatkan buku-buku idaman. Seronok. Buku yang menjana percambahan minda positif. Ada juga buku agama. 

Antara buku yang dibeli :-

1) Chicken Soup For The Soul. Himpunan 101 kisah pendek yang mampu membuat kita sentiasa berfikir positif dan terinspirasi.


2) Art Of Deception. Ditulis oleh bekas Perajurit Tentera Udara Amerika. Membongkar penipuan Amerika dalam peristiwa WTC Tower.

3) Poor Dad Rich Dad. Motivasi perniagaan. 

4) Tafsir Ayat-Ayat Ramadan. Tafsiran tentang ayat yang berkaitan bulan Ramadha. Sesuai untuk penceramah atau tazkirah sempena Ramadhan nanti.

5) Ensiklopedia Bidaah. Menerangkan tentang persoalan bidaah dari segi sejarah, syariah, mazhab, hujahan dan sebagainya serta beberapa aktiviti yang dikatakan bidaah di Malaysia.

6) Darah-Darah Haid, Nifas dan Istihadah. Buku lama dah nie, cetakan Jun 2011. Kes kena tegur lelaki kena kuasai juga fiqh kewanitaan nie. Beli jugak la......hua3.






5 orang mengarut:

  1. Anonymous said...:

    happy belated birthday yek!.. moga bertambah keberkatan dari allah swt seiring peningkatan usia

  1. asyraf said...:

    terima kasih Kesuma Angsana....

  1. ananul farah said...:

    selamat ulng tahun kelahiran.. moga dalam kasih dan rahmat-NYA... anak sedara saya pon tarikh lahir dia 5july..^_^

  1. Anonymous said...:

    membaca sangat membantu, khidupan seseorang kkdang tercorak mngikut bku apa yg dia bca..HEBAT...org yang cintakan ilmu xrugi ~sangat bermakna~

  1. asyraf said...:

    Terima kasih Ananal Farah. Semoga kamu juga berada dalam kasih dan rahmat dari ALLAH SWT.

    Rajin2lah membaca buku. Sangat bermakna sekali

Post a Comment