Salam. Hari ni merupakan hari yang sungguh berkeramat dan bermakna dalam sejarah kebangkitan mahasiswa INSANIAH. Lebih 2000 orang mahasiswa berhimpun dengan satu suara, satu semangat untuk mendapatkan penjelasan mengenai beberapa masalah kebajikan yang wujud dalam INSANIAH ini.
Perhimpunan ini bermula dengan persiapan di Pejabat MPM sendiri. Kain ikat kepala, poster dan banner tersedia untuk diedarkan kepada mahasiswa. Muslimat & muslimin sudah bersiap sedia untuk menggempurkan INSANIAH dengan membawa bersama suara mahasiswa yang lain untuk ditingkatkan lagi powernya.
Pidato dimulakan dengan beberapa pelajar yang melaungkan suara keramat, menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk berhimpun bagi berarak bersama-sama. Ribuan jasad mula berkumpul tak kira di mana. Kamera mula berkelip, handycam mula merakam. Yang berada di tingkat atas juga tidak ketinggalan. Sama-sama melaungkan Hidup Mahasiswa!
Di pihak pentadbiran, mereka mula sama-sama menyaksikan mahasiswa INSANIAH mula menunjukkan taringnya, suara yang berkeramat dan jasad yang bertenaga. Pihak PRO bersiap sedia dengan videocam merakam aksi dan suasana perhimpunan mega ini.
Perarakan dimulakan dari hadapan pejabat MPM ke dewan. Di luar pagar, pihak media sudah menunggu walaupun yang dijemput cuma SINAR HARIAN saja. Biasalah media. Banyak sumber maklumat. Entah maklumat apa yang hendak dikumpulkan dan diberitakan. Sama ada baik atau buruk berita itu, ALLAH sahaja yang tahu.
Perhimpunan dimulakan dengan pidato beberapa wakil pelajar, iaitu Abdul Muaz Abd Aziz, mantan Presiden MPM, disusuli wakil pelajar antarabangsa saudara Irsyad dari Indonesia. Diikuti pula suara muslimat yang lantang iaitu dari Timbalan Presiden saudari Latifah Nazir yang berpidato dwi bahasa, mengejutkan media yang hadir kerana beliau petah berbahasa Cina.
Akhirnya adalah pidato dari Presiden MPM iaitu saudara Faiz Arsyad. Dengan lagak seperti dato Seri Nizar, tanpa takut dan tanpa gentar beliau telah melaungkan suara keramat supaya mahasiswa bangkit untuk menuntut hak dan keadilan. Suara yang lantang, bersemangat, dan padu memanaskan lagi dewan INSANIAH ini.
Saudara Aiman Razab dijemput untuk menyuarakan dan mengutarakan masalah yang telah dikumpulkan dan dibentang di hadapan ribuan pelajar. Masalah yang disebutkan satu persatu mendapat tepukan gemuruh dan laungan dari mahasiswa yang dahagakan hak dan kebenaran.
Ucapan dari Tuan haji Shaya'a dan Prof Madya Zakaria Man ternyata tidak mampu untuk mengendurkan kebangkitan mahasiswa INSANIAH. Isu yuran, Sekolah Bestari ternyata tidak memuaskan hati mahasiswa sehingga menimbulkan kekecohan seketika sehingga menuntut pengerusi majlis dan presiden sendiri menenangkan keadaan. Itulah, lain kali jawab ikut point. Bukan melalut entah ke mana.
Ucapan dari Dato Rektor kurang meyakinkan, tetapi masih bersemangat. Satu persatu masalah dijawab walaupun kesilapan itu berpunca dari pegawai bawahan. Sungguh, mereka punya tindakan, Rektor pula yang menjadi mangsa. Apakah mereka meminta maaf pada Rektor atas janji-janji yang tidak ditepati dan krenah yang dilakukan oleh mereka?? Ucapan Rektor ternyata memuaskan hati mahasiswa walaupun ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Dato, kami bukan hendak menghentam Dato, tetapi kami mahukan keadilan dan kebenaran. Mereka yang melakukan semua ini, mereka yang menimbulkan karenah, masalah dan sebagainya. Kami mahukan Dato campur tangan dalam masalah ini.
Soalan-soalan dari mahasiswa agak panas, pelbagai masalah diutarakan. Soalan yang baik dari saudara Rozaili untuk Dekan HEP, tetapi Dekan HEP dengan lagak angkuh, bernada bodek yang memang sudah diketahui umum menjawab macam dia boleh menjawab. Ucapan yang mem"buek"kan mahasiswa, tiada pun yang memberi sokongan.
Kesudahannya, perhimpunan selama lebih kurang 3 jam ini telah mencapai matlamat. Kita mahukan mahasiswa sedar dan peka dengan isu kebajikan dan hak sesama mahasiswa. Peka dengan politik kampus. Peka dengan INSANIAH yang dicintai. Kita juga mahukan INSANIAH kita maju, aman, dan mahasiswa mampu untuk bersama-sama pentadbiran membina INSANIAH mencapai tahap yang lebih cemerlang.
HIDUP HIDUP!!
MAHASISWA!!
HANCUR HANCUR!!
KEBATILAN!!
BANGKIT BANGKIT!!
MAHASISWA!!
MAHASISWA!!
SUDAH BANGKIT!!
HIDUP MAHASISWA INSANIAH....!!!!!