Followers

3 Muqaddimah Tazkiyatun Nafs

Saturday, July 7, 2012



1) Pembersihan hati itu tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Kita sendiri yang kena bersihkan diri kita. Kerana kita sendiri tahu penyakit pada diri kita. 

2) Bagaimana nak ubati penyakit ini, kenalah menggunakan ilmu. Yang ini yang kita akan bincangkan. Contoh dalam solat, mula bagi salam, otak mula memikirkan perkara-perkara lain sepanjang solat. Sedar-sedar, dah bagi salam.

3) Kenapa penyakit ini sentiasa berlaku? Kerana di tempat kita, ada sahaja orang baru yang dilahirkan. Bila datang orang baru, datang lagi penyakit baru. Contoh dalam keluarga, ada sahaja dengki-mendengki antara anak-anak kecil. Kakak dengki pada adik. Tengok pula pada jiran, mula dengki pada jiran.

4) Selagi kita hidup, kita kena sentiasa berhadapan dengan penyakit hati dan tidak boleh lihat sahaja. Kena buat sesuatu untuk ubati hati kita. Bukan sehari dua, tetapi lama.

5) Cabaran untuk mendidik jiwa dan hati ini pada zaman sekarang lebih susah dari zaman dahulu. Kalau dahulu bila maghrib, anak-anak berduyun-duyun ke rumah guru-guru Al-Quran. Mudah saja nak didik mereka. Zaman sekarang, sangat susah nak mendidik sebegitu.

6) Sedikit perbincangan pada surah Al-'Alaq. Jam 4-5 pagi adalah waktu Falaq. Waktu ini kena jaga-jaga dari kejahatan manusia. Ini waktu genting, waktu sihir berjalan. Waktu penyakit hati manusia berlaku.

7) Sumber-sumber yang diambil oleh Said Hawa untuk menghasilkan kitab ini ialah dari Hujjatul Islam Imam Ghazali kitab Ihya Ulumuddin.

8) Sebabnya ialah :-

1. Imam Ghazali ketika hidupnya telah menunjukkan pandangannya jauh ke depan.
2. Imam Ghazali juga telah membincangkan tentang masalah-masalah penyakit ini dalam masyarakat serta resepi-resepi untuk mengubatinya.

9 ) 4 bahaya kena puji menurut Imam Ghazali:-

1. Jika yang dipuji itu seorang fasiq, dia akan kekal dengan kefasikannya.
2. Kita puji atas perbuatan jahat, dia akan kekal dengan kejahatan tu.
3. Jika memuji, kita berlebih-lebih dengan pujian itu
4. .......

10) Jika dipuji, kata "Ini kelebihan yang ALLAH beri". ALLAH uji dengan semua ini untuk lihat saya bersyukur atau tidak.

11) Kenapa kita tak baca terus kitab Ihya Ulumuddin? 

1. Sebab bahasa yang digunakan Sa'id Hawa lebih mudah difahami.
2. Sebab kesemuanya dah dirangkum dalam kitab Tazkiyatun Nafs
3. Menggabungkan terus akal, fikiran, dan huraian dalam mengupas sesuatu persoalan.

Imam Ghazali menggabungkan dalil Al-Qu'ran, dalil akal, mantiq dan lain-lain supaya kita mudah memahaminya.

0 orang mengarut:

Post a Comment