Followers

Pemerintah Pembazir

Thursday, July 26, 2012

Salam. 

Lama tak menaip sesuatu di sini. Selepas isu ATC yang cukup hangat daripada biasa tu. Entry tu dah 600 lebih, rangking ke 2 tertinggi pernah dapat. Ok lah tu. Sekurang-kurangnya ramai orang baca dan ramai faham kot apa yang nak disampaikan.



Semalam chatting sebentar bersama sahabat. Berbicara tentang kerjaya baru mereka di Melaka nun jauh di sana. Jauh diorang pi. Meninggalkan kami di sini. Aduyai sadisnya. Huhu. Alhamdulillah, dengar khabar keadaan di sana memang menyeronokkan. Okaylah tu. Enjoy dengan kerjaya. Kena speaking tiap2 hari. Nasib la hgpa ^^

Sempat diberi pesanan kepada diri. 

1. Jangan minum selalu sirap. Sebab kesan sirap tu, ianya melambatkan proses dalam badan selama 3 hari. Huh! Kalau sekali makan tunggu 2 hari baru nak ke jamban, nampak gaya kalau minum sirap, tunggu 5 hari lah kan?? Hehe

2. Kalau demam, jangan makan panadol. Makan vitamin C. Sebab panadol ni fungsinya tahan sakit, bukat sembuhkan penyakit.

Itu jea kot. Tak tanya banyak dah. Sebab dah tahu, cuma terlupa ja. Kita pun tanya la...

"Apesal JAKIM tak haramkan jea???"

Dia jawab "Tengok lah siapa pemerintah kita...."

Aduhai...nasib kita. Masih boleh diubah.

Kita rugi berbillion ringgit sebab benda ni. Tahu kenapa?


Sebab jutaan ringgit dah diperuntukkan kepada Kementerian Pengguna dan Kementerian Kesihatan. 

Kementerian Pengguna menerima jutaan wang rakyat untuk disalurkan kepada agensi dibawahnya untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya pemakanan yang tidak ikut spesifikasi, sedangkan pemerintah tidak ambil tindakan sewajarnya untuk menghalang produk-produk sedemikian dari berada di pasaran. Agensi bawah kementerian ini contohnya Jabatan Pengguna dan Kelab Pengguna di sekolah-sekolah. Itu mungkin di bawah Kementerian Pelajaran kot. Tak kira lagi berapa juta yang dilaburkan untuk mengadakan program-program kesedaran.

Lihat pula bawah Kementerian Kesihatan. Berapa banyak kos-kos perubatan dileburkan. Boleh fikir sendiri kan.


Alahai, masa untuk berubah. Jom Berubah!

0 orang mengarut:

Post a Comment