Cacing-cacing pita kotor nan mematikan di celah daging anjing |
Prof. Thabârah dalam kitab Rûh ad-Dîn al-Islâmi menyatakan, "Di antara undang-undang Islam bagi perlindungan badan adalah penetapan najisnya anjing. Ini adalah mu'jizat ilmiyah yang dimiliki Islam yang mendahului perubatan moden. Perubatan moden menetapkan bahawa anjing menyebarkan banyak penyakit kepada manusia, kerana anjing mengandung cacing pita yang menularkannya kepada manusia dan menjadi sebab manusia dijangkiti penyakit yang berbahaya, boleh sampai mematikan. Sudah ditetapkan bahawa seluruh anjing tidak lepas dari cacing pita sehingga wajib menjauhkannya daripada semua yang berkaitan dengan makanan dan minuman manusia. [Taudhihul-Ahkam, Syaikh Ali Bassam, 1/137].
Benarlah sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda.
إذا ولغ الكلب في إناء أحد كم فليرقه ثم ليغسله سبع مرار
Bila seekor anjing minum dari bekas milik kamu, maka tumpahkanlah, lalu cucilah 7 kali. [HR al-Bukhari no 418, Muslim no. 422.]
Dalam riwayat lain:
طهرور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات اولاهن بالتراب
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Sucinya bejana kamu yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali, salah satunya dengan tanah" [HR Muslim no. 420 dan Ahmad 2/427]
من اقتنى كمبا إلا كلب ما شية أو كلب صيد نقص من عمله كل يوم قيراط
Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternakan dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap hari sebanyak satu qirat (satu qirat adalah sebesar gunung Uhud). "[HR. Muslim no. 2941].
Juga sabda beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam:
أيما أهل دار اتخذواكلبا إلا كلب ما شية أو كلب صا ئد نقص من عملهم كل يوم قيراطان
Penghuni rumah mana saja yang memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternakan atau anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap hari sebanyak dua qirat. [HR. Muslim no. 2945].
Demikian juga Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
من أمسك كلبا فإنه ينقص كل يوم من عمله قيراط إلا كلب حرث او ما شية
Barangsiapa memelihara anjing, maka amalan solehnya akan berkurang setiap hari sebanyak satu qirat, selain anjing untuk menjaga tanaman atau haiwan ternak. [HR Muslim no. 2949].
Dari Abu Mas'ûd Radhiyallahu 'anhu beliau berkata:
أن رسو لالله صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكا هن
Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang hasil penjualan anjing, mahar (hasil) pelacur, dan upah dukun. [Diriwayatkan oleh Imam, Ahmad 4/118-119, 120, al-Bukhari 7/28 dan Muslim no. 1567.]
Hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu yang berbunyi, bahawasanya Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam telah bersabda:
كل ذيناب من السباع فأكله حرام
Semua yang mempunyai gigi taring dari haiwan buas maka memakannya haram. [HR Muslim 1933]
Meskipun demikian, bukan bererti apa yang Allah ciptakan adalah sia-sia atau tidak ada manfaatnya. Kerana Allah menciptakan alam semesta ini dengan tujuan yang haq (benar), dan Allah hendak menguji dari hamba-hambaNya siapa yang terbaik perbuatannya, dan Allah menguji siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang masih ragu-ragu.
Lalu apa manfaat anjing? binatang yang satu ini dapat dimanfaatkan untuk menjaga haiwan ternakan atau juga boleh dijadikan haiwan pemburu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
من اقتنى كلبا إلا كلب ماشية أو كلب صيد نقص من عمله كل يوم قيراط
"Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternakan dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap hari sebanyak satu qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud)." [HR. Muslim]. 'Abdullah mengatakan bahawa Abu Hurairah juga mengatakan, "Atau anjing untuk menjaga tanaman."
Jadi anjing dapat dimanfaatkan untuk menjaga binatang ternakan dan khusus untuk memburu setelah dilatih terlebih dahulu. "Jika kamu menyuruh anjingmu, maka sebutlah asma 'Allah atasnya (Bissmillah), maka jika anjing itu menangkap untuk kamu dan kamu dapati dia masih hidup, maka sembelihlah." [HR. Bukhari dan Muslim]
0 orang mengarut:
Post a Comment