Followers

Kelebihan Otak Manusia : Lelaki vs Wanita

Sunday, July 8, 2012


1-Kebolehan Melakukan Pelbagai Tugasan


Wanita – Otak wanita dianugerah memiliki kemampuan melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa. Wanita boleh menonton tv, bercakap dengan telefon sambil memasak.
Lelaki – Otak lelaki pula hanya boleh memberi tumpuan kepada satu kerja sahaja dalam satu-satu masa. Lelaki tidak boleh fokus untuk bercakap dalam telefon sambil menonton tv atau menonton tv sambil memasak.

2-Kemahiran Bahasa


Wanita lebih mudah untuk belajar dan memahami banyak bahasa tetapi mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah. Sementara lelaki pula, mereka sukar untuk belajar dan memahami bahasa tetapi mereka memilki kelebihan dalam menyelesaikan masalah dengan mudah.


3-Kemahiran Menganalisis


Otak lelaki mempunyai kemapuan yang lebih untuk mengendalikan proses menganalisis. Lelaki boleh menganalisa dan mencari proses penyelesaian serta merekabentuk peta atau sesuatu reka bentuk dengan mudah. Jika peta yang kompleks dilihat oleh wanita, mereka sukar untuk memahaminya. Wanita tidak dapat memahami butiran peta dengan mudah kerana bagi mereka ianya hanya garisan-garisan di atas sehelai kertas.

4-Memandu Kereta


Semasa memandu kereta, lelaki mengunakan kemahiran menganalisa ruang dengan otak mereka di mana mereka boleh memandu kereta dengan pantas. Jika melihat objek jauh, dengan serta-merta otak lelaki dapat mengklasifikasikan objek tersebut (bas, kereta, lori dll), arah dan kelajuan objek tersebut sekaligus memandu dengan kelajuan yang sewajarnya. Manakala wanita memerlukan lebih masa untuk mengenali arah dan kelajuan objek dari jauh.


5-Berbohong


Apabila lelaki berbohong secara berhadapan dengan wanita, mereka mudah terperangkap. Otak wanita secara semulajadi memiliki kelebihan memahami 70% ekspresi muka, 20% bahasa bada dan 10% kata-kata yang datang dari mulut lelaki manakala lelaki tidak memiliki kemampuan seperti ini. Wanita lebih mudah berbohong secara berhadapan dengan lelaki.

6-Penyelesaian Masalah


Jika lelaki mempunyai banyak masalah, otak mereka bolah mengelaskan masalah itu mengikut kriteria dan mencari penyelesaian satu demi satu. Anda boleh melihat ramai lelaki seringkali melihat ke langit untuk satu tempoh masa yang panjang. Jika seseorang wanita memiliki banyak masalah, otak mereka tidak dapat mengklasifikasikan masalah tersebut. Wanita perlu mendapat khidmat nasihat dan mereka berasa sangat lega apabila berkongsi masalah dengan orang yang mereka percayai. Mereka sudah tidak bimbang mengenai penyelesaian masalah tersebut.


7-Apa Yang Mereka Mahukan…


Lelaki – status (kedudukan), kejayaan, penyelesaian, urusan utama dsb…
Wanita – hubungan, persahabatan, keluarga, kepercayaan, dsb…

8-Rasa Tidak Puas Hati


Jika wanita tidak berpuas hati dengan hubungan mereka, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerja mereka. Jika lelaki tidak berpuas hati dengan kerja mereka, mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap hubungan.

9-Perbualan


Wanita lebih cenderung mengunakan bahasa tidak langsung (berkias) manakala lelaki menggunakan bahasa langsung dalam kehidupan mereka.

10-Kawalan Emosi


Wanita akan bercakap banyak tanpa berfikir, lelaki melakukan banyak perbuatan tanpa berfikir.

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Surah Al-Hujurat : 13)

0 orang mengarut:

Post a Comment