Salam. Semalam, Khamis malam Jumaat, kami telah dijemput oleh Ustazah Iman Isa untuk ke rumahnya di Pendang untuk bacakan Yassin untuk ibunya yang sakit tenat. Dah lama kami dapat maklumat tentang kesihatan ibunya dan hari ini kami dapat ke rumahnya. sempat ke Batu 9 untuk ambil Abg Sham yang turut bersama kami. Biasalah Alumni. Semasa di rumah itu, ternampak di dinding jadual makan ubat untuk ibunya. Boleh kata selang sejam, ada saja ubat untuk ibunya. Ada juga kata-kata semangat dan doa yang ditulis, mereka berharap ibu mereka akan sihat. Allah....
Update : Ibu Ustazah Iman dah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Jumaat sekitar 2 petang, mengikut maklumat yang diterima. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Esok akan ke rumah arwah Abg Narzeri, ada sedikit kenduri oleh keluarga arwah. Jika berkesempatan, mungkin boleh ke kubur arwah.
Al-fatihah untuk arwah ibu Ustazah Iman dan arwah Abg Narzeri
0 orang mengarut:
Post a Comment