Followers

Selamat Hari Raya Aidifitri

Monday, August 29, 2011
Salam.

Dengan penuh rasa kehinaan dan kekerdilan diri di hadapan Maha Pencipta, yang juga Maha Pengampun & Maha Penyayang, bersempena hari lebaran yang sangat mulia dan penuh barakah ini, saya mengucapkan

.: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI:.

::MAAF ZAHIR & BATIN::

kepada semua sahabat-sahabat yang saya kenali dan kasihi. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin akan berkekalan hingga akhir hayat kita.

Merindui sahabat-sahabat di :

Tadika KEMAS, Jalan Long Boh, Utan Aji. (Dah tiada dah tadika tu)

Yang masih segar di ingatan :

(1) Budak sebelah tadika tu. Tak ingat nama.
(2) Azam. Nama penuh tak tahu.
(3) Dua beradik perempuan, comey sikit-sikit. Rumah dapat dikesan, masih ingat sampai sekarang rumah tu.
(4) 2 beradik laki. Masih ingat adiknya buang air besar dalam seluar.
(5) Tak ingat nama. Azlan kot. Partner semasa majlis penutup Tadika Kemas rasanya. Asyraf baca terjemahan, kawan tu baca Surah Fatihah. Allah, rindunya.....
(6) Yang lain tak ingat. Gambar masih ada. INSYAALLAH, kalau sempat, Asyraf uploadkan.

Sekolah Rendah Islam 1, Jln Abi Tok Hashim.

(1) Hafiz Azli. Darjah satu. Kuat makan ayam.
(2) Aizat Jusoh. Nakal gila. Ragas dinding pi bilik sebelah. Bilik tu dah jadi bilik operasi tadika. Kelas kami 1 Abu Bakar dah jadi Tadika.
(3) Amir Riza. Kecik dan kurus. Suka nangis sebab selalu kena buli kerana kekecilannya. Dia pindah ke KULIM kalau tak silap tahun tu jugak. Tak tahu lagi waktu tu KULIM tu jauh mana, tapi diorang kata memang jauh lah. Sekarang baru tahu jauhnya KULIM tu macam mana. Sebab timbalan Asyraf duk sana
(4) Amirul Fahmi. Hitam manis. Dulu sama besar. Terjumpa 3,4 tahun lepas, memang besar lah. Mak ayahnya cerai kot. Pernah nangis sebab Ehsan kata kat dia pasal mak ayah dia. Memang baik dia. Suka jaga kucing.

Ini ja yang Asyraf ingat. Yang lain memang ada, tapi diorang ni tak dak Facebook atau contact langsung.

SMA AL-MAAD.

Ini semua masih ada. Tiada yang ecspecially friends. kawan-kawan rapat masih terus berhubung. Yang bezanya sekarang ialah adayang dah tunang, yang mengaji luar, yang dah bekerja dan yang kahwin, belum ada lagi lah. Yang masih ingat, perjanjian selepas STAM dulu. Kita akan jumpa kembali pada tahun 2019, raya ke 7, umur 30 tahun, tempat Burger Layan. Bawak semua anak-anak dan isteri. Hehe.

Kolej Universiti INSANIAH

Ini pun sama ja. Sama berkawan, tapi jiwa-jiwanya bukan jiwa berkawan biasa, tapi di sinilah lahirnya jiwa-jiwa persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan. Boleh kot jumpa jodoh di sini. Oppsss........

0 orang mengarut:

Post a Comment