Followers

Penatnya Jaulah MPM ^_^

Thursday, February 17, 2011

Salam

Asyraf is come in back!!

Hehehe…

Alhamdulillah, setelah 3 hari berjaulah ke Kelantan & Terengganu, akhirnya pulanglah sudah si empunya badan nie ke rumah sewa. Perjalanan yang penuh bunyi-bunyian karat bawah pemandu bas INSANIAH itu walaupun menyakitkan, tetapi keriangan bersama-sama sahabat dan keterujaan bersama ulama telah melicinkan kembali karat-karat tersebut secara batiniahnya. Ni faham ke tak ni??

Ada banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama. Bermula dari perjalanan bas di INSANIAH yang memang lewat sehingga memerajukkan Abg Wan & member drivernya, terus kepada kemerajukan dan kebengangan muslimat terhadap muslimin sebab janji pukul 7.30 pgi tapi sampai 9.00 pagi dan akhir sekali selamat kembali ke INSANIAH tanpa mandi! Hehe. Budak-budak asasi tu entah kata apa la kat kami semua nie. Depa pun satu, wangi sangat tu kenapa, kan muslimat tak leh wangi-wangi. Ehmm…tak pa la, wangi sikit-sikit ja, ahli rombongan ja yang tak wangi. ^_^

Mai nak cerita sikit tempat-tempat yang kami lawat. Antaranya ialah kediaman rasmi MB Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kemudian kami terus ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra atau KIAS, kemudian bergerak keluar ke rumah Ustazah Syamimi untuk program Jalan-Jalan Makan-Makan (Keh3. Jangan marah dey), patah balik ke KIAS selepas maghrib untuk perjumpaan pelajar program kerjasama KUIN-KIAS dan akhirnya ke homestay yang disediakan oleh Persatuan Mahasiswa KIAS atau PMKIAS.

Hah, bangun pagi pulak, dah la lewat, lambat plak tu. Lepas bersarapan di sebuah kedai yang agak suram muram dengan kebengangan yang telah disebutkan di atas tadi, kami terus pulak ke Terengganu untuk program Jalan-Jalan Makan-Makan buat kali ke 2. Rumah siapa? Rumah Ustazah Mariyam. Puas tak makan? Alhmdulillah, pergghhh, siap boleh main markah lagi kat umah tu. (Tak tahu, duk diam). Sambung lagi ke rumah Tuan Guru Abdul Hadi Awang, solat di Masjid Rusila, kami ke Masjid Kristal yang sedikit jemaahnya. Nak balik, singgah le kedai Ori Keropok Losong, dia bagi makan free sebab nak promote kedainya.

Memang berpuas hati sangat lah kami ke sana. Tambah-tambah lagi pergi sebagai wakil ATC (mungkin), tapi buat kerja Triple T. Dapat temuramah orang besar plak tu. Cium tangan Tok Guru 3 kali dey. Bukan senang tu. Tak pa, nanti kita cerita lain. Berenti la dulu. Kalo rajin, Asyraf post entry baru. Saja kongsi-kongsi. Okay. Wassalam


Kredit picture to Kak Cik

0 orang mengarut:

Post a Comment