Salam.
Seronok nak berkongsi tentang temuramah semasa ke jaulah baru-baru ini.
Memang dijangkakan, kami hendak menemuramah Tok Guru sempena kehairan kami ke sana, tetapi agak ralat sedikit kerana Tok Guru ada perjumpaan dan mesyuarat tertutup bersama wakil Orang Asli atas beberapa isu, so Tok Guru telah mewakilkan Exco Penerangannya iaitu Dr Mohd Fadhli Dato’ Hassan untuk bertemu kami.
Dr Mohd Fadhli Dato’ Hassan mengucapkan terima kasih kepada kami atas kehadiran kami dan memaklumkan beliau diminta untuk mewakili Tok Guru kerana Tok Guru amat sibuk. Dalam ucapannya, Dr telah menyebutkan beberapa perkara :
1) “Kita bukan memerintah Kelantan, kita cuma mentadbir sahaja. Memerintah memerlukan kita memegang kerajaan pusat dan menguasai 2/3 majoriti. Ianya seperti sebuah jabatan, Pengarah Jabatan cuma mentadbir, bukan memerintah”
2) “Yang Islamic di Kelantan ialah cara kita mentadbir, tidak mengamalkan rasuah dan pendidikan yang mengamalkan islam. Luaran memang tidak nampak islamiknya, tetapi isinya penuh dengan penghayatan islam. Contoh sebuah rumah yang tidak nampak ciri-ciri islamiknya, tetapi dalam rumah itu yang mengamalkannya”
3) “Kita tidak kisah walaupun royalty minyak kita diambil pihak kerajaan pusat, tetapi sekurang-kurangnya Kelantan boleh mendapat hasil pendaratan minyak di pengkalan.Itu pun dah berjuta-juta Kelantan akan dapat. Dengan hasil itu kita akan mampu membangunkan Kelantan, perhubungan akan bertambah sekaligus lebuhraya mungkin dapat dibina, rakyat Kelantan juga akan menerima hasil royalty tersebut. Tetapi kerajaan telah buat perkara sebaliknya. Hasil minyak didaratkan di Songkhla yang beribu batu jauhnya dari Kelantan, hasilnya Songkhla yang kaya, mereka yang dapat pembangunan, lebuhraya mereka yang dapat. Kelantan dapat apa?? ”
4) “Slogan ‘Membangun Bersama ISLAM ’ bermaksud ISLAM itu boleh membangunkan masyarakat.’ ”
5) “Asas penerapan nilai ISLAM di Kelantan terbahagi kepada 3 iaitu ‘Ubudiyah’ [Kehambaan], ‘Masuliah’ [Ketanggungjawaban] dan ’Itqal’ [Cemerlang]”
6) “Kamu semua bertuah dan mewah, di belakang sana disediakan jamuan untuk kamu. Kami exco selepas bermesyuarat, cuma disediakan nasi bungkus sahaja. ”
Selepas makan, kami berpeluang untuk berjemaah bersama Tok Guru. Alhmdulillah, niat untuk bersemuka bersama Tok Guru akhirnya tercapai. Kami berusaha menunggu dengan masa yang agak lama untuk bergambar bersama beliau memandangkan beliau ada perbincangan sedikit. Teringat selepas solat jemaah tadi, Tok Guru telah menyebutkan:
1) “Sengaja saya pakai songkok orang asli ini semasa solat, tujuannya untuk saya bagitahu semua dalam islam tiada pakaian rasmi. Yang ada cuma tutup aurat sahaja. Kita nak pakai apa pun tak apa. Jubah ka, baju melayu ka, apa pun semua boleh. Saya cuma nak redakan semangat kebangsaan saja. ”
Setelah tunggu beberapa lama, kami akhirnya dapat bergambar bersama beliau. Sempat juga Asyraf melaksanakan tujuan utama yang boleh dikatakan kemuncak tujuan ke sana. Bersemuka bersama Tok Guru dan berada di sisinya adalah penghormatan yang cukup besar bagi Asyraf. Kamera handset penuh di hadapan Tok Guru. Bukan senang nak bersama beliau. Sampai penat Tok Guru bercakap semata-mata untuk kami.
Menurut petugas JKR 10, kami sememangnya bertuah kerana
“Kalau ada 100 rombongan pun, 1 pun cukup payah nak bergambar dengan Tok Guru apatah lagi buat rakaman bersamanya.”
Allahuakbar, memang bersyukur sangat-sangat kerana berpeluang bersama seorang ulama yang sememangnya diiktiraf dunia. Mungkin orang lain berpeluang bersama ulama yang jauh lebih hebat seperti Yusuf Qardhawi, tetapi bagi Asyraf bersama Tok Guru pun dah cukup hebat. Tambahan lagi bersemuka, bercakap secara peribadi, dan duduk di sisinya.
Terima kasih Tok Guru. Akan kami turuti nasihat Tok Guru itu.
0 orang mengarut:
Post a Comment