Followers

Jom Masuk Sukan Mahabbah!

Tuesday, January 4, 2011


Salam. InsyaALLAH pada hujung minggu ni, akan diadakan Sukan Mahabbah INSANIAH & Majlis Pelancaran MPM bagi sesi 2010/2011 anjuran MPM sendiri. Antara acara yang dipertandingkan ialah :-

Muslimin :
-Street Soccer
-Badminton
-Sepak Takraw
-Tarik Tali

Muslimat :
-Bola Jaring
-Badminton

Kalau diikutkan, badminton ni untuk muslimin saja, tapi setelah mendapat permintaan yang terlalu banyak, so muslimin pun ada lawan badminton jugak.

Yang menariknya, menurut sumber Unit Pertandingan, kebanyakan muslimin nak masuk badminton, tapi acara beregu. Sebab apa tak mahu perseorangan?? Sebab letih katanya. Haha.

Bagi muslimat pula, semua nak masuk perseorangan. Hebat muslimat ni. Yang muslimin nak pancit, mereka pula bersemangat.

Berita lain pula dari Abg Shahrizan. Geng-geng pelajar antarabangsa, kebanyakan dari Kemboja, semua agak kecewa sebab sukan bola tampar tiada dalamsenarai pertandingan. Kalau diikutkan, memang pelajar-pelajar ni rajin main bola tampar petang-petang. Memang mereka la yang duk kuasai sukan ni, bila tak dak, kecewa lah.

Relax la sahabat-sahabat. Ni baru sukan kecil-kecilan ja. Riadhah sikit-sikit. Tunggu Sukan Integrasi plak. Ha, waktu tu, semua sukan kita lawan. Ok??

Asyraf dah beritahu kat Timbalan Pengarah, kata nak rakam aksi-aksi sepanjang pertandingan ni dan akan divideokan untuk mengumpul dana semula yang banyak dilaburkan sepanjang program ni. Bukan apa, kita ada kemahiran, kita tolonglah bantu mereka. Harap-harap dapat juga meringankan kewangan depa.


Maklumat lanjut tentang Sukan mahabbah, klik sini.

5 orang mengarut:

  1. Anonymous said...:

    bgs3..
    smoga pe yg drancnag brjlan ngan lncar..
    MOGA ALLAH PERMUDAHKN SEGALA URUSAN..
    aminnnnnnnnnnnnnnn..

  1. asyraf said...:

    insyaALLAH...doa2kanlah semoga penganjuran sukan ni menjadi pada kali nie.....

  1. Anonymous said...:

    insyaallah..
    ALLAH akn sntsa mmbntu umatNYA..

Post a Comment