Followers

5 Tazkiyatun Nafs (Adab Apabila Menjadi Guru)

Tuesday, October 2, 2012




Adab apabila menjadi Murabbi.

Nabi ajar 3 perkara :
1) Perkara lepas untuk dijadikan pengajaran.
2) Bagaimana untuk hidup sekarang.
3) Perjalanan hidup akan datang.

Jaga diri kita supaya tidak rosak. Jadi lemah lembut. Jika hati kita rosak, maka akan rosaklah keseluruhan badan kita. Hati ini adalah raja dalam badan kita.

Besarnya nilai menjadi pendidik.

Nabi didik hati untuk tidak berdendam, ziarah abu lahab 72 kali. nabi tolong wanita yahudi di pasar, tapi wanita itu sentiasa beritahu kata ada orang muda jahat bernama Muhammad, tapi Nabi diam sahaja. Itu cara Nabi didik hati.

Saidina Umar menceritakan tentang kisahnya yang membunuh anak perempuannya sambil menangis-nangis.
Umar berdoa semoga ALLAH ampuni dosanya. Mengapa Umar berubah? Kerana pendidiknya iaitu Nabi Muhammad.

Setiap manusia dilahirkan pada fitrah. Selepas mula mengenali ramai kawan, kenali banyak keadaan, maka kita mula lupa pada matlamat asal. Maka yang akan mendidik kita ialah Nabi Muhammad.

Setiap kali datang tahun baru, maka penyakit baru akan datang. Penyakit lama tetap ada. contoh penyakit sekarang, bangun pagi buka Facebook.

Penyakit zaman dahulu yang wujud sampai sekarang.

Irjaan. Tasyajjuk, Kharijiah. I'tizal.

Irjaan       : Acuh x acuh setiap amalan. tak bersungguh. amalan tak berkualiti.
Tasyayyi'  : Terlalu fanatik terhadap keluarga Rasulullah. fanatik buta tanpa difikirkan.
Kharijiah  : Akal fikiran yg membeku dan tumpul. biarkan dirinya dalam keadaan jumud. senang pada dirinya              nak menjatuhkan hukum.
I'tizal        : terlalu cepat beri pentakwilan atau justifikasi padahal dia sama sekali tidak tahu masalah keagamaan

Orang yang diberi ilmu oleh ALLAH, hendaklah memanfaatkan ilmu itu pada masyarakat. Jangan takut pada celaan dan kritikan.

Perasaan kusyuk antara perasaan awal yang akan hilang.


1 orang mengarut:

  1. Rohani M.U said...:

    Assalammualaikum wbt
    Sungguh bermanfaat panduan di sini. Terima kasih memberi ilmu. Minta izin copy paste di blog saya. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.

Post a Comment