Followers

6 Tazkiyatun Nafs (Adab Apabila Menjadi Guru) Sambungan....

Sunday, October 14, 2012

1. Apabila kita jaga kehidupan kita sebagai murabbi, maka akan terhasillah masyarakat yang baik. Generasi yang baik lahir dari murabbi yang baik.

Bait-bait syair ada menyebutkan :
"Kalau tidak kerana murabbi, maka tidaklah aku kenal akan tuhanku."

2. Sabda Nabi SAW dalam hadith yang panjang :
"Akhir zaman nanti, umat islam ini ramai, tetapi ramai ini bagaikan buih-buih di lautan"

3. Di akhir zaman nanti, akan sampai satu ujian, iaitu umat Islam ini ramai, tetapi tiada kualiti. Umat islam mengejar dunia. Berebut harta, jawatan dan lain-lain. Sayangkan dunia dan takut kepada kematian.

Contoh :

1. Bila bangun 7.30 pagi, terkejut sebab akan pergi kerja lewat, tetapi tak fikir pun tentang solat dah lewat.
2. Sanggup bangun pagi semata-mata jogging untuk jaga kesihatan, tapi tiada siapa sanggup bangun pagi untuk tahajjud dan lain-lain.

4. Kekhusyukan pada manusia semakin hilang. Jiwa yang tenang semakin hilang. Kahwin ramai, yang bercerai lebih ramai. Hilang kekhusyukan ini kerana hilangnya nilai agama pada diri.

5. Tiada dosa dan pahala bagi orang kafir. Kerana itu, mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Bagi orang Islam, ada batasannya.

6. Hidup tenang ini adalah melalui agama. Kalau mencari ketenangan itu melalui kemaksiatan, pasti tidak akan jumpa ketenangan itu.

7. Kalau kita tengah solat, ketika Syahadah, pasti kita tidak akan sedar kita menyebutnya. Ini kerana syaitan mengganggu kita untuk tidak mentajdidkan Syahadah dalam hidup.

8. Rasulullah kata : Sebut "Syahadah", dosa-dosa terdahulu akan diampunkan.

9. Nak baiki masyarakat ini bukannya mudah. Perlu kepada masa yang panjang kerana kekhusyukan dunia ini terlalu kuat dalam masyarakat.

10. Imam Ghazali setiap kali habis solat, dia akan cium kain kapannya. Dia berdoa kepada ALLAH "Bilakah masa untuk aku untuk memakai kain kapan ini." Kadang-kadang dia test tidur atas kain kapan itu.

11. Minit 28, ada kisah yang menarik.

12. Kita akan mati dan perjalanan hidup kita ini adalah untuk akhirat, bukan untuk dunia.

13. Kuasilah ilmu yang belum kita perolehi. Jangan dilihat siapa gurnya, lihatlah kepada ilmu apa yang belum kita kuasai, kemudian kita cari terus guru kepada ilmu itu.

14. Masa paling sesuai untuk menasihati anak-anak adalah ketika menaiki kereta. Rasulullah SAW pernah menasihati budak ketika menunggang kuda. Nabi pesan "Jagalah ALLAH, maka ALLAH akan jaga kamu." Ini hadith yang panjang.

15. Hari sunnah untuk mengajar adalah hari Khamis dan Jumaat pagi. Kenapa Jumaat pagi? kerana Hadith

"Setiap pagi Jumaat, ahli syurga akan dibenarkan ke pesar. Lagi lama dia ke pasar, lagi cantik wajahnya. Apabila orang yang tak dapat ke pasar bertanya kepada mereka, "Kamu semakin lama ke pasar, semakin cantik wajah kamu. Macam mana kamu boleh ke pasar? Kata mereka, "Ketika kami di dunia dulu, setiap pagi Jumaat, kami akan ke Majlis Ilmu""

16. Orang-orang yang mengajar, jangan jadi alim sangat. Jangan rasa diri tu terlalu bagus. Kena bertukar-tukar fikiran dengan ustaz-ustaz lain. Kena rajin tukar-tukar ilmu. Kadang-kadang ajar juga ilmu-ilmu lain seperti perubatan, fikah, falak dan lain-lain.

Soalan-soalan.

- Adakah memahami ilmu itu adalah satu rezeki dari ALLAH?

Ya, itu adalah rezeki dan nikmat dari ALLAH. Hadith "Barangsiapa yang nak diberi kebaikan oleh ALLAH, ALLAH akan faqihkan padanya ILMU"


- Adakah wujud fahaman tentang Darah Manis?

Darah manis itu istilah Melayu. Maksudnya adalah gangguan syaitan. Sebab tu apabila orang dah bertunang, maka syaitan mula ganggu kita. Lihat orang lain lebih cantiklah, lebih romantiklah dll. Akhirnya nak dekat kahwin, tak jadi kahwin.

- Apa hukum sambut Hari Ibu?

Kalau kita ikut sebab Barat buat, maka haram hukumnya. Dalam Islam, tiada khusus untuk meraikan ibu.

0 orang mengarut:

Post a Comment