Penting untuk kita unutk mempelajari adab-adab sebagai penuntut ilmu supaya ilmu kita diberkati. Ilmu itu boleh hilang keberkatan apabila :-
1) Kita tidak ada adab dalam belajar
2) Menuntut ilmu yang haram
Adab-adab ini perlu disusun supaya diberkati dan dirahmati oleh ALLAH SWT. Ilmu yang baik ialah ilmu yang bermanfaat semasa saat genting.
Kita belajar :-
1) Kerana ALLAH SWT
2) Ilmu itu mesti diberkati
3) Biar melekat dalam jiwa kita
4) Boleh memberi pertolongan ketika saat genting kita. Contohnya saat kematian, alam barzakh.
5) Semakin banyak kita belajar, semakin dekat kita kepada ALLAH
.................................................................................................................
3) Jangan Sombong Dengan Ilmu Yang Ada.
- Jangan seolah-olah kita memberi arahan kepada guru. Jangan memandai-mandai mengajar pula guru. Serahkan segala urusan ilmu kepada guru kita dan dengar kata guru kita seperti seorang pesakit dengan doktornya.
- Dalam pembelajaran, apa sahaja yang guru suruh, buat sahaja walaupun tak logik, kerana sebenarnya ada hikmah yang tersembungi. Dalam surah Kahfi, ada kisah tentang Nabi Musa yang mengaku dia cerdik dan ditegur oleh ALLAH SWT. ALLAH SWT berkata ada lagi orang yang lebih cerdik iaitu Nabi Khaidir.
- Sentiasa berkhidmat kepada guru dan menghargai mereka. Rasulullah pesan kalau nak menjadi teman Rasulullah di syurga nanti, sentiasalah berzikir kepada ALLAH.
- Minit 20, ada kisah tentang Zaid bin Thabit, seorang pengumpul Qur'an. Dia solat jenazah, kemudian diberikan baghal (keldai) untuk dia naiki. Kemudian datang Abdullah bin Abbas dan ambil tempat pemijak supaya Zaid Bin Thabit dapat naik keldai itu. Ada riwayat lain menyebutkan Abdullah Bin Abbas hulur tangan atau hulur lututnya.
- Hendaklah kita memuliakan guru kita, jangan juga kita memperbodohkan diri kita di hadapan guru, jangan memburukkan guru dan membandingkan antara guru-guru yang lain.
- Apabila kita berjumpa guru, ambillah segala ilmu yang ada padanya. Ilmu ini berbeza-beza, kebolehan guru-guru kita juga berbeza-beza. Ilmu juga dituntut dari orang kafir seperti ilmu teknologi, pertahanan dan lain-lain.
- Syair Arab :
Ilmu akan menjadi perang kepada pemuda yang sombong. Siapa yang sombong, ilmu tidak akan masuk dalam jasadnya, seperti banjir mengisytiharkan perang kepada tempat yang tinggi.
- Kita kena faham matlamat kita belajar sesuatu ilmu, kemudian saling mengingati orang lain, dan amalkan ilmu tersebut. Sentiasa tekun dan kusyuk semasa belajar ilmu supaya dapat masuk ke hati.
.................................................................................................................
1. Adakah sah solat atas air?
Sah, jika sah rukun solat.
2. Bolehkah diberikan sedikit zakat untuk umat Islam Syiria dan Palestin? Adalah dikira fi sabilillah?
Ya, dibolehkan dan dikira fi sabilillah. Imam Ghazali berkata, adalah lebih baik jika kita berikan zakat itu kepada 1 asnaf, seseorang itu dapat keluar dari asnaf tersebut. Kalau tak jumpa asnaf, beri kepada Lembaga Zakat adalah lebih baik.
0 orang mengarut:
Post a Comment