Salam.
Punya rancak nak ke Sentosa, semasa melalui titi sungai yang sebelum simpang masuk ke Sentosa tu, tayar motor ni terhumbam masuk ke dalam lubang jalan raya atas titi tu. Tersentak gila. Memang tak pernah terhentak motor macam tu sebelum nie. Kali ni memang dasyat, dasyat ya amat.
Bila sampai traffik light ke Sentosa tu, bila belok jea, rasa ada tak kena. Berhenti jap. Tengok tayar. Pancit beb. Allahurabbi. Lemah badan. Check punya check, rim retak teruk. teruk sangat.
Nasib baik ada kedai cina dekat tu yang buka. Bawa la motor tu ke situ, cina tu check, kena tukar baru. Bila tanya berapa harga, dia kata nak tengok dulu. rupanya stok dari kedai lain. Harganya RM180. Pergghh.
Terpaksa terima lah. nak buat macam mana. Takkan nak biar motor tu jea. Kemudian proses bermula. Cina tu keluar beli rim. Kita check duit, tak cukup duit pulak dah! Call Pak Teh, diorang dah bertolak ke Pendang. Call Nash, dia kerja. Last skali tunggu cina tu sampai. Pinjam motor dia pergi bank. Alhamdulillah, dia bagi. Tu pun guna motor Honda C70, honda bulat, jenuh bagi. Biar jea lah. Janji helmet kemas.
Selesai semua, melayanglah RM180. Kaffarah dosa. Cancel pi Sentosa.
Nampak Helmet tu? Rim tayar hitam yang lama, sekarang sudah emas.
Boleh agak kot tang mana kedai cina nie...
0 orang mengarut:
Post a Comment