Apabila
Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup
di bawah pemerintahan Itali, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala
arahannya, As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar menjawab, “Aku tidak akan
berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau
sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha
Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku
diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong,
biarpun dalam keadaan yang tua sebegini.”
Pada waktu itulah,
Ketua Panglima perang Itali itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau
digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang
direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk
beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk
beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh
ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak
berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan orang Islam. Bahkan, yang
sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa
umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula,
terutamanya di Utara Afrika.
Semoga Allah meninggikan darjat
As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar di syurga. Orang-orang Itali yang
berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil
dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama
mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari
mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah
yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.
As
Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang
hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun,
cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah
tempat bagi mereka yang syahid.
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."
(Surah al-Baqarah ayat 120).
Sedarlah shbt2 sasaran sebenar golongan yang benar2 memusuhi Islam di setiap negara Islam ialah para Ulama'
Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikuti jejak langkan As Syahid As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar, Amin.
0 orang mengarut:
Post a Comment