Followers

Solat Di Masjid Datuk K

Wednesday, June 13, 2012
Salam. Kita sambung balik cerita Cinta Di Pantai Merdeka yang lepas. 

Selepas kami jalan-jalan di Pantai Merdeka, kami singgah solat Maghrib dan jamak di Masjid Muhammadiah. masjid ini adalah sumbangan sepenuhnya dari Datuk Khalid Muhammad Jiwa, suami Dato' Siti Nurhaliza. 

Tak sangka dapat juga singgah ke masjid ini. Pernah tengok dulu dalam akhbar, Datuk K merasmikan masjid ini, tetapi buat tak tahu jea, sebab tak jangka pun nak datang sini. bahagian dalaman masjid ini memang cantik dan mewah. Hiasannya nampak mahal. Ada air-cond pulak tu. Memang kelia lah.

Tapi Asyraf lihat ruang siling agak tinggi. Bagi asyraf agak merugikan kerana ruang yang tinggi tu dapat dibuat satu lagi ruang sebenarnya. Kalau dirujuk plan masjid kat asyraf, Asyraf akan suruh buat tambahan datu lagi tingkat macam masjid langgar, dalam kawasan Kompleks Pas Pokok Sena tu. Sebab ruang di atas itu dapat dimanfaat jika pandai digunakan. Antaranya boleh buat tempat tidur, tempat program, seminar kecil dan lain-lain. So tak lah rugi sangat. Tambah lagi kawasan kampung, boleh tambah sikit macam CC ka, ok lah jugak.


Apa yang kagum pula, bila lihat papan kenyataan masjid ni, penuh dengan ceramah dan aktiviti mingguan. memang hiduplah masjid ni, tapi sayang orang-orang lama sahaja yang duk hadir. Orang muda sudah menghilang. Kebetulan semasa kami datang, ada ceramah oleh seorang penceramah jemputan. Boleh tahan ceramahnya. Dia juga buat jualan buku hasil tulisannya. Murah dalam RM3. Kira ok lah tu, ada kemampuan menulis dan menyebarkannya.

Semoga terus sukses.




Ruang dalaman masjid


Ini jemaah tetap. Selalu hadir masjid ni. Haha.


Orang kampung mula datang utnuk mendengar ceramah.

0 orang mengarut:

Post a Comment