Followers

Kenduri Kak Lang Pak Ngah Non

Friday, June 15, 2012
Salam.

Ini pic 2 Jun, sehari selepas Himpunan Hijau. Petang 1 Jun ada majlis akad nikah Kak Lang, tapi tak pergi pun sebab ada di stadium. Lagipun tak aulawiyyat petang tu, yang aulanya hari kenduri. Dalam masa setahun lebih ni, kerja kenduri ja family arwah Haji Ismail dan arwah Hjh Salma ni. Cucu-cucu depa menikah habis. Tinggal la yang kami terus membujang. Adoyai. 

Pi kenduri pun macam biasa la tugasannya, kena baca doa. Kena hafal banyak doa lepas nie. Kena mula bermasyarakat. Kena ada tindakan. 

Long Nab kata : "asyik hang baca doa, mai Long Nab plak". 
Kita pun balas : "nanti saya kawen, Long Nab la tolong baca doa."
Long Nab gelak. Hehe.


Sempat borak-borak panjang dengan Abah dan Mak Tam. Tentang kerja, tentang family, tentang kawen. Mak Tam cerita tentang kerja di IPTIPs dan buka kelas Qu'ran. Bagus gak tu. 

Sambil tu, Mak Tam duk buat teka-teki : "antara Asmar, Asyraf, Adibah, sapa nak kawen dulu? Ka nak buat serentak?

Abah gelak. Abah siap menambah : "Kalau ada Nabiella, dengan Nabiella sekali kita buat. Buat kat rumah Mak Tam, tak kalut sangat rumah kampung. Nak kena proses lagi" Hehe.

Mak Tam kata lagi " barang-barang kenduri Yanti banyak lagi di rumah, masih elok, boleh guna lagi. Karpet, cadar, semua elok lagi. Boleh guna. Amik ja nanti."

Wah3...rezeki murah nie.

Cerita balik dekat Kak Anum kat dalam rumah pasal kaen tu, Kak Anum kata : "Ha jangan, nanti sekali dengan aku pun kena". Haha.



Long Nab dengan Kak Teh.


Pak Tam rancak menyembang. Dengan Abang Halim kot baju tu.


Di pelamin. Saya kahwin, tak dak kot. Kak Amy kata "Asyraf kawen mesti buat yang wajib jaa...." Senada juga Kak Anum pun. Kalau mampu, tak dak masalah. Buat untuk bergambar. 


Lipat kain seluar sampai setengah betis. Hujan seketika semasa kenduri. Anak menakan Aiman Hazim semakin dewasa. Lebih matang dari umurnya. Tak macam saya Asyraf darjah 5 dulu.


Ni anak-anak Asyraf. Mengasuh sebentar. Buas sungguh. Loncat sana-sini.


Alahai....jumpa kerap, lupa nama. Kena rujuk FB depa. Besaq ni pun dah ada FB.


Haa....yang ni la yang ditunggu2 oleh Pak Njang dan Abah. Kara-Oke.


Pak Ndak bagi bunga kat Aiman Hazim. Peminat la sangat. Hehe. Batrisya suka ja dia.


Pak Tam suh abang call abah, kata ada karaoke. Abah sanggup patah balik walaupun dah balik ke Perlis dah time tu. Boleh menyanyi 1,2 lagu, kira puas la. Hehe. 


I'm Married. Not with her.

InsyaALLAH next kenduri 1 September, Abang Wan kawen. Kenduri ni dia tak balik sebab duk Labuan. Jumpa lagi di sana.

2 orang mengarut:

  1. Anonymous said...:

    so.. bila nak dapat mkn nasi minyak u tu.. hehehe

Post a Comment