Followers

Tesco Lagi...

Monday, May 21, 2012
Baru-baru ni, keluar ke Tesco dengan Yassin untuk beli sedikit barang untuk keperluan rumah. Pergi lepas zohor, dah rumah panas sangat, kebetulan dia tak kerja kot, dia ajak la ke sana. Errmmm....beli la jugak 2,3 benda untuk rumah. Habis dalam RM50 juga la.

Semasa nak balik, kami singgah sekejap di lokasi Abg Nash kerja. Dia jaga outlet kedai milik budak kuin, sama batch di KUIN, budak Lughah. Boleh tahan. Abg Nash kata bisnes ni, jual ubat lebatkan rambut, tengok ja lekeh, tapi bulanannya, pendapatan sampai RM5000. Kau caya tak? Aku tak caya. Tapi memang itulah nilai bulanannya. Fuh...untung banyak tu....


Inilah kedai yang Abg Nash jaga. Hampir 2 tahun kedai nie. Kira sendirilah kalau setiap pulang paling kurang RM4000. Kalah gaji staff KUIN yang ijazah tu. Hehe


Yassin kata memang betul pun pendapatan tu. Dia kenal tuan punya kedai nie. Biasa berurusan. Dan memang tuan punya kedai tu share dia punya bisnes kat Yassin. 


Ini lah Abg Nash. Kerja sementara di sini. Dia galakkan Asyraf utnuk buka juga kedai macam nie. Sewa ni cuma RM1800, nak kira dengan pendapatan, boleh cover dah. lagipun barangan yang dijual ni, tak banyak tempat. Asyraf kurang berminat ja dengan produk ni. Tentang duit, ok ja =)


Dia tunjukkan kiraan untuk setakat tarikh hari tu. 15hb kot, baru setengah bulan, Tapi tengoklah pendapatannya dah berapa? Banyak kan??


Ini lokasinya. Tepi sekali, dekat dengan eskalator yang turun ke arah tempat makan tu. Lama juga kami sembang di situ, tak larat nak berdiri, kami pun dah la lapar. Nash kena jaga kedai. Tak leh la nak ajak dia.


Singgah makan jap. Mahal bapak. Ambil ayam seketul ja pun, dah RM2. Air Teh Ais dah RM1.70. Huh, standart KL apa. Alhamdulillah, belajar di Kedah, tak la banyak sangat duit yang dileburkan untuk makan hari-hari. 

0 orang mengarut:

Post a Comment