Followers

Kisah Imam Tarawikh Asyraf

Friday, August 26, 2011
Salam.

Hari ni hari Jumaat. Hari ini adalah permulaan hari bagi cuti sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Kebanyakan kawan-kawan Asyraf dah balik ke kampung halaman masing-masing. Mentor-mentor ATC di Johor dan Pahang dah balik masa malam Ifthor ATC tu lagi. Insya ALLAH nanti Asyraf masukkan entry tentang ifthor tu.

Kalau diikutkan, memang kalau boleh nak balik ke Perlis salam 2 hari sebelum raya, tapi kena balik jugak hari ini sebab ada Asyraf ada ifthor tahunan di kampung halaman. Semua adik beradik akan turun, berhimpun bersama sambil berbuka puasa.

Kalau diikutkan, dah 5 tahun rasanya kami buat program tu. Dan dalam 5 tahun tu la, Asyraf kena jadi imam tarawikh, tak pernah missed langsung. Huhu, Ni start dari abah la ni. mai nak ceta sikit.

Time form 6 di MAAD dulu, abah mai sekolah amik Asyraf dengan Anas untuk kuar dari asrama jap. Biasala kan budak asrama. Abah jumpa Cikgu Ishak kot rasanya. Warden yang paling mudah mintak kuar. Dalam perjalanan nak pi tu, abah tanya sekaligus menyuruh, Hehe.

"Boleh jadi imam tarawikh? Malam ni jadi imam na"

"Ha sudah aku.". Termonolog sorang-sorang.

Sampai kat taska @ rumah wan tu, tak dak siapa lagi, Tapi dalam pukul 6 tu, mula keta-keta dari Alor Setar sampai ke Utan Aji nie. Keta besar-besar belaka, kami apa ada? Kancil dengan Proton ja. Tu pun kira ok la, Abg Wadi ada bas. Tak kalut. Haha.

Time duk nak dengar buka posa, terdengar Pak Ndak bertanya kat Abg Wadi.

"Wadi, hang boleh jadi imam satgi?"

Abg Wadi tak dan jawab, terus abah balas.

"Ni Asyraf boleh jadi imam"

Apa pun, start hari tu la Asyraf jadi imam tetap tiap kali ada ifthor. tapi itu dulu, time alim la juga. Time duk sekolah, kadang-kadang tiap-tiap hari jadi imam walaupun masbuk. tapi sekarang ni, style jadi makmum ja. Kadang-kadang surah-surah dalam juzuk 30 pun mudah lupa. Eh, tu pun jangan. Baru ni budak Tahfiz jadi imam kat KUIN, ayat mudah pun dia lupa. Haa...jangan heran plak na?

Apa pun, impaknya memang tinggi la start dari hari tu. Asyraf kena jadi pembaca doa majlis tunang Kak Yanti anak Mak Tam, pastu jadi pembaca doa majlis kahwin Che Yart anak Pak Ngah Non, tak lama majlis kahwin Kak Yanti bulan 11 nanti, kena buat pa la plak. Tapi agak ralat la, tarikh 11.11.11 tu adalah mood exam.

Apa pun, itu baru perhargaan atau amanah di dunia. Tak tahulah bagaimana ke depan nanti. Amanah itu berat. Tambahan lagi dalam keluarga adik beradik Asyraf, hanya Asyraf dan Anas dahaja yang sambung pelajaran di bidang agama. Asyraf Usul, Anas Lughah. Kani mempunyai amanah yang sangat berat.


0 orang mengarut:

Post a Comment