Assalamualaikum Warahmatullah &,
Selamat Sejahtera,
Mahasiswa/wi Kolej Universiti INSANIAH,
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN bertegas akan bersama-sama enam mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib akibat menyertai himpunan anjuran Kuliyyah Al-Quran pada April yang lalu. Saya ingin menegaskan bahawa himpunan itu diadakan atas tujuan menuntut hak dan empat orang daripada mereka yang dikenakan tindakan tatatertib itu adalah ahli mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa. Keempat-empat mereka menyertai himpunan tersebut adalah sebagai wakil MPM yang bertanggungjawab keatas kebajikan pelajar.
Hari ini seperti yang kita semua maklum, hukuman keatas enam mahasiswa terbabit dikekalkan walaupun sudah melalui proses rayuan. MPM akan berusaha membantu keenam-enam mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun terpaksa melalui proses mahkamah. Kebajikan yang di perjuangkan oleh MPM pada kali ini kepada semua mahasiswa, bukan kepada pihak-pihak tertentu sahaja, walaupun mereka itu dari ahli keluarga MPM sendiri. MPM tidak akan membiarkan kebatilan yang ada dalam pengurusan kolej yang melibatkan kebajikan pelajar disenyapkan begitu sahaja. Kita akan berterusan menuntut hak kita sehinggalah ia terlaksana.
Hari ini kita amat kecewa dengan sikap pentadbiran yang seolah-olah menyekat kebebasan untuk mahasiswa bersuara. Berucap disudut pidato menjadi satu kesalahan sekiranya tidak mendapat keiizinan daripada Hal Ehwal Pelajar dan dikenakan syarat untuk berpidato mestilah didalam dua bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Inilah yang dikatakan menyekat kebebasan bersuara. Kenapa perlu diletakkan syarat sekiranya pentadbiran benar-benar telus dan prihatin terhadap kebajikan pelajar.
Semalam selepas selesai berucap di sudut pidato, saya dipanggil untuk berjumpa dengan timbalan Dekan HEP, setelah berbincang panjang saya diminta untuk berjumpa dengan Ustaz Baihakhi Pengarah HEP dan seterusnya dibawa untuk mengadap Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Prof.Zakaria Bin Man. Hampir satu jam menunggu tidak ada sebarang perjumpaan kerana Prof. Zakaria sedang bermesyuarat ketika itu. Kenapa sampai perlu begitu sekali, hanya berucap disudut pidato menyampaikan tazkirah ilmiah masih perlu mendapat kebenaran. kenapa pentadbiran tidak turut menggunakan sudut pidato yang sama untuk menjelaskan permasalahan atau isu-isu yang berkaitan kebajikan pelajar. MPM menyarankan kepada pihak pentadbiran agar menggunaka sudut pidato untuk memberi penjelasan mengenai masalah-masalah yang melibatkan kebajikan pelajar. MPM sebenarnya tersepit ditengah-tengah antara pentadbiran dan pelajar. Sekiranya permasalahan yang disuarakan tidak diendahkan, mahasiswa akan beranggapan bahawa MPM tidak melaksanakan tugas sebagai perwakilan pelajar, sedangkan kita sudahpun membawa suara mereka kepada pentadbiran kolej.
Saya meminta kepada semua mahasiswa/wi KUIN untuk sama-sama membuka mata, dan mengambil cakna terhadap permasalahan yang berlaku didalam kolej, janganlah kita hanya sekadar menjadi pak hangguk dalam semua perkara kerana kita mempunyai hak sebagai pelajar yang dikenakan bayaran kepada pihak kolej. Saya juga menyeru kepada semua sahabat mahasiswa agar sama-sama kami Majlis Perwakilan Mahasiswa dan bersama-sama enam mahasiswa yang dikenakan hukuman tindakan tatatertib kerana kita sebenarnya masih terhutang budi kepada mereka. kita seharusnya mempunyai nilai-nilai sesitiviti kerana kita adalah bersaudara, kalau sekiranya mereka sanggup menerima hukuman sehingga digantung pengajian kerana memperjuangkan hak kita mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk membela nasib mereka.
"Mahasiswa Sejahtera Keutamaan Kami"
Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timb. Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.
0 orang mengarut:
Post a Comment