Followers

Jom Sertai ATC Fasa 4.

Thursday, June 23, 2011
Salam.

Semoga sahabat-sahabat pembaca blog Asyraf ni sihat wal afiat.

Kali ni nak menulis sedikit tentang ATC.

Sehingga kini, ATC akan memulakan sesi baru iaitu fasa ke 4. Alhamdulillah, jika diikutkan perancangan, ATC akan mula membuka pendaftaran seiring dengan kemasukan masuk para pelajar ke INSANIAH pada 10 Julai ini setelah lama bercuti di kampung halaman masing-masing.

Pada semester ini, kita mula membuka pendaftaran bagi team baru yang memang sesuai dengan situasi di INSANIAH sendiri iaitu Sport Team. Jika kita lihat balik, pembangunan sukan di INSANIAH mula rancak dengan penglibatan pelajar ke dalam pelbagai acara sukan. Jadi ini memerlukan suatu tenaga kerja yang mampu untuk menjadi sebahagian daripada pengurus yang mampu mengendalikan sukan dengan baik di kampus kita,

Penubuhan team ni dicadangkan sendiri oleh mentornya yang juga mantan Pengerusi Biro Sukan MPM yang terdahulu. Asyraf menyambut baik cadangannya dan menawarkan kepada beliau sendiri untuk menjadi mentor bagi team ini. Alhamdulillah, demi pembangunan sukan INSANIAH dan dakwah itu sendiri, dia bersetuju. Semoga lebih ramai dari kalangan pelajar yang akan jadi sepertinya. Memberi cadangan dan sanggup melakukannya apabila diberi ruang dan peluang.

Sedikit cabaran pada kali ini apabila INSANIAH akan membuka kampus di Stargate. Mentor-mentor pula dan mentee akan berpecah ke 2 kampus ini. Sungguh, pening memikirkan bagaimana kita nak menjalankan kelas ATC dengan jarak kampus ini. Biasalah sakit dalam berjuang ini. Mencurahkan dan menimba ilmu itu kan perjuangan. Buatlah macam mana pun, asalkan ilmu itu dituntut. ATC tetap diikuti oleh mahasiswa.

Sebelum terlupa, InsyaALLAH ATC akan mengadakan Kursus Induksi ATC untuk mentor dan penggerak serta mentee terpilih bagi memperkemaskan lagi skill mengajar buat mentor. Semoga program ini memberi manfaat buat sahabat.

Yuran pendaftaran, kita ambil cuma RM10 untuk semua ahli. tak kira alumni atau tak. Harga ini tak termasuk baju ATC. Kalau nak baju ATC, kena tambah wanglah. Ingat nak buat jersi untuk muslimin. Mau tak?

Ok lah. Yang nak sertai ATC, jangan lupa ikuti perkembangan di FB ATC. Kita akan beri maklumat dari masa ke masa.

Baik, wassalam


2 orang mengarut:

  1. Anonymous said...:

    setuju utk wt jersi...msti warna oren putih kn? mcm RFC ja hehe...tahniah wat ATC...berjuang hanya kerana ALLAH...

  1. asyraf said...:

    insyaALLAH, terima kasih.

Post a Comment