Followers

1 Muqaddimah Tazkiyatun Nafs

Wednesday, March 28, 2012


Alhamdulillah,

Asyraf selesai juga mendengar kuliah ini. Muqaddimah kepada kitab Tazkiyatun Nafs, banyak intipati yang dapat didapati dalam video ni. InsyaALLAH, Asyraf akan lihat semula video ni kali ke dua sambil menaip apa intipati yang ada dalam video ini. Semoga ALLAH memberi ruang dan peluang untuk kita sama-sama berkongsi ilmu


***********************

1 ) Kitab ini dinamakan Induk Penyucian Jiwa oleh penterjemah kepada kitab asal Tazkiyatun Nafs, karangan As-Syahid Syeikh Sa'id Hawa. Terjemahan ini dilihat lebih tepat dari kitab asal. Kebanyakan kitab-kitab yang lain hanya membuat ringkasan, ini merugikan maksud asal yang ingin disampaikan oleh pengarang asalnya.

2 ) Tazkiyatun Nafs bermaksud penyucian jiwa. Inilah tugas para Rasul.

3 ) Muqaddimah menggambarkan apa yang kita nak pelajari. Segala perkara memerlukan muqaddimah. Ianya permulaan kepada sesuatu perkara. Nak meminang pun kena ada muqaddimah. Nak hujan pun ada  muqaddimahnya, iaitu mendung.

3 ) Tujuan Nabi dihantar untuk memberi peringatan kepada manusia dengan ayat-ayat ALLAH. Terbahagi kepada 2 iaitu ayat makruk dan ayat manzhur. Ayat makruk, ayat yang kita baca. Ayat manzhur, ayat yang kita lihat. Mendung, itu ayat nak hujan.

4 ) Nak tahu kita jiwa kotor atau tidak, lihat pada ibadat. Kita solat, puasa, tengok orang susah dan sebagainya, tiada terkesan pada dirinya. Baca Qur'an, solat, sedekah tapi dah mula rasa boring. Segala perkara tidak terkesan pada hatinya. Ini jiwa kotor.

5 ) Doa oleh Nabi Ibrahim. Lihat minit 10. ALLAH jawab doa Nabi Ibrahim. Minit 23.

6 ) Panggil PAK CIK tapi tak suka. Sebut kematian tapi tak suka. Sebab rasa tua. Ini jiwa kotor.

7 ) Ulama tafsir kata Rasul ni selain Rasul yang 25 itu, ada juga Rasul yang lain. Contoh, seorang suami yang jahat, kerana ALLAH sayangkan suami itu, ALLAH hantar seorang Isteri yang baik untuk mengingatkannya.  Isteri itu ialah Rasul. Tapi lepas ni jangan Isteri duk mengaku dia Rasul. (Ada lagi pelbagai contoh lain dari ustaz)

8 ) Orang paling bijak ianya orang yang mengimpikan syurga yang indah. Nabi pesan untuk mengimpikan syurga ALLAH. Nabi suruh berkhayal. Khayal yang sebegini dibenarkan. Buka khayal benda sia-sia. Rugi khayal benda-benda dunia seperti kereta besar, rumah besar dan sebagainya.

9 ) Kalau ada orang masuk minang, bapa tanya ke mana dia nak "bawa" anaknya. Jika dia kata nak bawa anaknya ke syurga ALLAH, jangan tolak pinangannya.

10 ) Manusia paling berjaya dan cerdik ialah yang mampu ke syurga.

11 ) Jangan hormati dan tunduk kepada orang lain kerana kekuasaan dan kekayaannya, tapi tunduk kerana ketaqwaannya. Nabi dah menghapuskan batasan bangsa, puak dan lain-lain. Semua itu jangan dibanggakan.
(Kisah puak Muhajirin & Ansar)

12 ) Nabi Musa pernah tanya kepada Firaun sama ada suka untuk diajar untuk bersih jiwa atau tidak. Firaun ni sombong, sehingga 400 hidup panjang tak pernah menguap, tak pernah bersin, tak pernah selesema, Nabi Musa tanya nak bersih jiwa atau tidak supaya bila Nabi ajar nanti, Firaun akan takut dan gerun kepada ALLAH.

13 ) Hidup kita senang jadi kotor. Bangun pagi duk fikir nak mengumpat siapa. Pergi kedai makan mula tamak nak memilih lauk. Datang kuliah untuk bersih jiwa. Itu pun bila dengar kuliah mata tunduk takut kepada ALLAH, keluar kuliah mata celik pulak.

14 ) Cara nak selamat dari neraka antaranya ialah beri harta kamu kepada orang lain. Jiwa akan terkesan kerana kamu dah buang rasa tamak. Amalkan sedekah, zakat, belanja makan.

15 ) Ada ibadat cuma guna tenaga, ada yang cuma guna harta. Puasa kena guna tenaga, zakat kena guna harta.

16 ) Ada perbezaan cara zakat di Malaysia dan Arab. Minit 35.

17 ) Beruntunglah orang yang sentiasa berulang menyucikan jiwanya. Semalam bersihkan jiwa. Hari ini bersihkan jiwa. Esok bersihkan jiwa lagi. Lihat Masjidil Haram, kereta sendiri juga sentiasa berulang dibersihkan. Begitu juga kita. Selagi kita hidup, kita berdepan kekotoran. Rugilah orang sentiasa biar jiwanya kotor.

18 ) Siapa nak bertaqwa, kena bersihkan jiwa. Jiwa tak bersih, confirm tak bertaqwa. Jiwa bersih adalah pra-syarat kepada ketaqwaan.

19 ) Bersambung akan datang....


*************

Best dan terkesan mendengar sendiri ceramah ustaz ini. Semasa Asyraf mendengar semula untuk update entry ini, ustaz beritahu dia nak ke Dublin selama seminggu. Bertolak pada 3hb April, maknanya esoklah. Hehe. Nampaknya ustaz tiada minggu nie. Ustaz lain akan mengganti. Ada juga beberapa soalan yang dikemukakan kepada ustaz, boleh lihat sendiri. Semoga bermanfaat.....

0 orang mengarut:

Post a Comment