Followers

Mahasiswa Jangan Berdemo. Aku Pesan Ni!

Friday, June 3, 2011

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memberi jaminan akan terus mendengar idea dan pandangan mahasiswa jika ia disalurkan melalui platform betul yang disediakan kerajaan.

NONE
Timbalan Perdana Menteri berkata mahasiswa di negara ini tidak perlu turun ke jalanan untuk mendesak kerajaan mendengar suara mereka sebaliknya mereka boleh menggunakan pelbagai saluran perundingan yang sedia ada.

"Sebagai kerajaan yang responsif terhadap hasrat dan harapan generasi muda, maka saya memberi jaminan bahawa segala pandangan yang dikemukakan oleh para pemimpin mahasiswa akan terus diberikan perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemimpin mahasiswa kini telah menunjukkan kematangan untuk membahaskan isu rakyat dan negara.

"Saya dapati para pemimpin mahasiswa dapat mengemukakan hujah yang bernas mengenai pelbagai isu sama ada berkaitan soal ekonomi, pendidikan, sosial atau pentadbiran negara," katanya.

NONE
Muhyiddin berkata mesyuarat MPPK adalah penting kerana ia merupakan wadah utama yang menghubungkan kepimpinan mahasiswa dengan kerajaan bagi membincangkan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan mahasiswa mahupun kepentingan negara.

"Dengan adanya wadah ini, pemimpin mahasiswa yang mewakili generasi muda di negara ini bebas untuk berbincang, meminta penjelasan dan meluahkan saranan tentang apa sahaja isu yang difikirkan penting.

"Proses musyawarah seperti ini membolehkan kerajaan berpeluang untuk mendengar suara mahasiswa dan dengan itu dapat mengambil kira setiap pandangan dan saranan yang diberi untuk membantu menentukan hala tuju negara," katanya.

Hari ini, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat pertama MPPK tahun ini dengan pembentangan lima kertas kerja berkaitan kreativiti, minda mahasiswa, peranan mahasiswa dalam ekonomi, kecukupan makanan di Malaysia dan cabaran perpaduan antara kaum.

Pembentang adalah daripada Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Seramai 119 orang wakil daripada 20 orang Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan 10 orang dari IPT swasta dan MPPK akan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.





Bary, ni duk demo apa ni Bary? Timbalan PM kan dah pesan. Jangan duk demo.


p/s : KUIN tak terlibat ke dengan mesyarat ni? Bukan mantan Presiden MPM pernah ikut ke mesyuarat ni?

p/s/s : Komen, cadangan, kritikan dialu-alukan. Tajuk entry diubahsuai dari Malaysiakini.

4 orang mengarut:

  1. CINTA ISLAM said...:

    seronoknya bila mahasiswa tak pyh turun demo..

  1. Anonymous said...:

    bila fikir balik kita kita sebuah parti yg mgamalkan demokrasi...tp bla ms memerlukan demokrasi kita tunjukkan autokrasi sebaliknya parti yg tidak memimpin scra demokrasi ingin melaksanakan demokrasi...bkn kita x berpegang pada kepimpinan secara demokrasi ttpi bila kepimpinan diselaputi nafsu amarah...perkara yang x diingini berlaku...orang yang berada diatasan kadang kala perlu dijatuhkan sedikit untuk menyedarkan mereka bhwa mereka bkan berkuasa mutlak dalam menentukan segala2nya ...penentu sebenar ialah ALLAH s.w.t...

  1. humaira said...:

    x turun demo x bermakna kita x perlu menegakkan keadilan dan kebenarann.

  1. asyraf said...:

    kita sebenarnya dah lama ikut cara nie.

Post a Comment