Followers

Lagu Rock Pun Lebih Baik Dari Nasyid

Wednesday, May 25, 2011

Salam.

Hari ni Asyraf ingin kongsikan sebuah lagu berunsur ketuhanan, yang menceritakan tentang seorang sufi.

Yea, lagu Sufi ini memang menusuk jiwa jika dihayati sedalam-dalamnya. Sungguh, jika sekadar mendengar, kita akan menyatakan ini sebuah lagu rock yang tidak mempunyai apa-apa manfaat, melainkan mengkhayalkan minda pendengar. Yang mereka lihat, cuma nasyid sahaja yang bagus untuk halwa telinga kerana status "nasyid" sahaja, padahal mereka tak sedar bahawa lagu nasyid itu sesetengahnya terlalu mengagung-agungkan cinta sesama makhluk. Cumanya bila dinasyidkan, semuanya ok.

Sebelum ni pernah dalam sebuah mesyuarat jawatankuasa program, pihak muslimin telah mencadangkan supaya dijemput penyanyi popular untuk mengadakan show di INSANIAH, kalau tak silap M.Nasir. Walaubagaimanapun, ianya ditentang oleh pihak muslimat kerana dia bukan ahli NASYID.


Sungguh, jika kita melihat sebegitu, maka terjumudlah minda kita dengan sendirinya. Adakah M.Nasir perlu berkopiah atau berserban untuk mengadakan show di INSANIAH? Sebelum ini pun Pak Long pernah mengadakan show di sini, tetapi tiada siap yang membantah.

Apapun, dengarlah lagu ini. Memang best. hayatilah liriknya.




Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah




p/s : Jangan baca saja. Komenlah sikit.

0 orang mengarut:

Post a Comment