Pengkongsian Sebuah Kehidupan
Followers
Sukan Kem Pemantapan Ukhuwah
Couple Cara ISLAM??
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Mahasiswa Tuntut Penambahbaikan Pilihan Raya Kampus 2011
MPM Tewas 2-0
Aktiviti Minggu Ini
PTPTN INSANIAH. Masihkah Anda Ingat???
Dekan HEP mengatakan dengan penuh yakin semasa himpunan dulu bahawa PTPTN akan masuk ke akaun pelajar dalam masa 2 minggu selepas result dikeluarkan.
Tetapi mengikut maklumat terbaru dari Cik Ira Fadilla yang menguruskan PTPTN pelajar, duit hanya akan masuk pada BULAN 3 depan sekaligus menyebabkan pelajar terpaksa mengikat perut sepanjang perjalanan masa ke bulan 3 nanti.
Apa yang berlaku sebenarnya??
Adakah kata-kata Dekan HEP hanya sekadar "pemanis mulut" dan "pelepas diri" di dewan supaya mahasiswa tidak memberontak sahaja??
Bukankah ianya menganiayai kakitangannya sendiri kerana Cik Ira yang akan dipertanggungjawabkan dan dihentam oleh pelajar atas isu PTPTN walaupun yang berjanji ialah Dekan HEP??
Bagaimana pula di pihak pelajar???
Adakah anda cakna dengan isu ini??
Adakah anda yang tidak mengambil PTPTN akan mengambil berat hal kebajikan kewangan mahasiswa yang mengambil PTPTN ini??
Adakah anda akan turut berjuang dalam isu ini???
Adakah anda akan berdiam diri dan mengharapkan MPM semata-mata untuk memperjuangkan isu ini??
Sama-sama kita lihat respon pelajar.
Saya Mahasiswa Peduli. Anda??
p/s : Sebarang teguran dialu2kan.
Kebebasan Bersuara Mahasiswa INSANIAH Di Bawah Kerajaan Negeri
Apa Itu MAHASISWA???
OLEH kerana kita sudah terbiasa berada dalam kalangan masyarakat mahasiswa, sudah tentu kita menganggap mahasiswa adalah masyarakat belajar yang biasa mengelek buku atau menggalas beg sekolah semata-mata.
Inilah yang kita biasa lihat dan inilah persepsi kita tentang mahasiswa.
Sebenarnya mahasiswa mempunyai maksud dan peranan yang lebih luas dari apa yang kita sama-sama simpulkan.
Jika dilihat sendiri secara harfiah pada perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh 2 suku kata iaitu maha yang membawa maksud besar dan berkuasa; dansiswa yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi.
Hasil sintesis kedua-dua suku kata ini memberi makna yang lebih tinggi iaitu satu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka.
Dr. Zuhdi bin Marzuki (Univ.Malaya, 2001) mendifinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.
Penggemblingan tenaga kelompok ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis untuk mencapai matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di menara puncak ilmu.
Natijahnya, lahir suatu arus gerakan yang senantiasa bersama dengan kebenaran (al-Haq) dan sama sekali tidak bersekongkol dengan kebatilan hatta kelompok mereka ini dikenali sebagai independence group.
Mahasiswa USM dahulu memang menghayati spirit-spirit seperti ini. Mereka bukan sahaja menjadi ulat buku di perpustakaan dan bilik-bilik kuliah, malah sangat peka dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan masyarakat.
Mereka senantiasa berfikir dan tahu bagaimana untuk menyuarakan pandangan mereka secara penuh rasional dan sopan.
Realiti ini telah meletakkan kepemimpinan mahasiswa USM dahulu sebagai ‘jurubicara ummah’ (bagi mahasiswa), pemangkin (catalys), agen perubahan (agent of change), semak dan imbang (check and balance), golongan pendesak (pressure group) dan sebagainya.
Hari ini, macam-macam perkara telah mengekang kehidupan kita. Sistem meritokrasi diperkenalkan di desa-desa. Kita dipaksa untuk menyertai program-program yang kadang-kadang langsung tidak menjunjung budaya berfikir.
Jika tidak menyertai program-program tersebut, kita tidak mendapat merit lebih. Impaknya, kita diugut untuk disingkirkan dari desa.
Kita dipaksa (perintah wajib) untuk menyokong calon-calon MPP yang ditaja oleh BHEP, pada hal kepemimpinan MPP ini sepatutnya diangkat oleh kita dan mewakili suara kita (Pro-MAHASISWA).
Hari ini, kita sedia mendengar cerita-cerita perubahan Malaysia dalam dada-dada akhbar arus perdana, namun kita dihalang untuk bersama-sama menggarapkan arus perubahan di kampus sebagaimana yang kita baca dan kita fikirkan.
Hari ini, kita telah pun tahu bahawa kepemimpinan Aspirasi lepas lebih menjaga kepentingan dan status quo TNC HEP dan BHEP semata-mata, namun kita masih terus dipaksa untuk mengatakan bahawa calon-calon Aspirasi sebenarnya telah membela hak-hak kebajikan mahasiswa.
Kita boleh merenung sedalam-dalamnya. Adakah kita patut berpeluk tubuh padahal peranan dan budaya mahasiswa sebenar adalah berfikir dan melaksanakan perubahan secara penuh rasional dan sopan?
Marilah sama-sama kita menyebarkan idea perubahan. Biar kepemimpinan kita ini benar-benar yang mampu mengetengahkan suara dan hasrat kita (Mahasiswa).
Biar kepemimpinan kita terdiri oleh individu-individu yang pro mahasiswa (Pro-M), bukan individu-individu yang ditaja oleh BHEP (iaitu Aspirasi).
sumber : http://promahasiswausm.wordpress.com/2008/09/18/apa-itu-mahasiswa/
Pinanglah Daku Kerana Dakwah
Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan....?
Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.
Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.
Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.
Melamar secara direct
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.
Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.
Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:
' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.
Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.
Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.
Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini perfect.
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.
p/s : Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaALLAH.....
Total Pageviews
Cbox
Categories
- my life (99)
- my INSANIAH (77)
- my artikel (73)
- my program (52)
- my grafik (40)
- my mahasiswa (36)
- my vids (24)
- my jalan-jalan (21)
- my Tazkiyatun Nafs (15)
- my channel (13)
- my info (13)
- my auto (10)
- my isu semasa (9)
- my sports (9)
- my news (8)
- my KOOP (7)
- my maad (7)
- my Maza Ya'ni (6)
- my politic (6)
- my biz (5)
- my motivation (5)
- my book (4)
- my celebration (2)
- my family (2)
- my makan-makan (2)
- my movie (2)
- my IMaP (1)
- my Triple T (1)
- my masjid (1)
- my mentor (1)
- my photoshop (1)
My Friends' Blog
My SMA AL Maads' Blogger
My Facebook
My Information
Labels
- my artikel (73)
- my auto (10)
- my biz (5)
- my book (4)
- my celebration (2)
- my channel (13)
- my family (2)
- my grafik (40)
- my IMaP (1)
- my info (13)
- my INSANIAH (77)
- my isu semasa (9)
- my jalan-jalan (21)
- my KOOP (7)
- my life (99)
- my maad (7)
- my mahasiswa (36)
- my makan-makan (2)
- my masjid (1)
- my Maza Ya'ni (6)
- my mentor (1)
- my motivation (5)
- my movie (2)
- my news (8)
- my photoshop (1)
- my politic (6)
- my program (52)
- my sports (9)
- my Tazkiyatun Nafs (15)
- my Triple T (1)
- my vids (24)
Blog Archive
-
▼
2011
(158)
-
▼
January
(32)
- Sukan Kem Pemantapan Ukhuwah
- Couple Cara ISLAM??
- Mahasiswa Tuntut Penambahbaikan Pilihan Raya Kampu...
- MPM Tewas 2-0
- Aktiviti Minggu Ini
- PTPTN INSANIAH. Masihkah Anda Ingat???
- Kebebasan Bersuara Mahasiswa INSANIAH Di Bawah Ker...
- Apa Itu MAHASISWA???
- Pinanglah Daku Kerana Dakwah
- Majlis Perpisahan Pengetua Kolej Kediaman
- Surat Mahasiswa Untuk Dato Seri Najib
- Di Kala Subuh
- Lagu Pro M INSANIAH
- Di Kedinginan Pagi
- Himpunan Mega Mahasiswa INSANIAH
- Seruan Jihad Mahasiswa
- Berhimpun Atau Berdemonstrasi???
- MB Kedah Minta Insaniah Kaji Semula Yuran Pengajian
- Nadi BARU Rakyat Marhaein : 2011 Mahasiswa Negara ...
- MB Kedah Menyokong Kita!
- Inilah Barisan Kita
- Suara Keramat Sudah Dilaungkan!
- Adakah Kita Peduli Dengan Kebajikan INSANIAH???
- Suara Mahasiswa, Suara Keramat!!
- Al Fatihah Untuk Dr Said
- Coretan SUKMA Untuk Anda
- Gambar Street Soccer SUKMA
- Sukan MSR
- Senyum Yer Kawan-Kawan^_^
- Jom Masuk Sukan Mahabbah!
- Gambar Sepanjang Himpunan Mahasiswa
- Kebangkitan Mahasiswa!
-
▼
January
(32)