Followers

Harapan Untuk MSR

Tuesday, November 30, 2010


Awal minggu ini, Asyraf telah berjumpa dengan Ustazah Nazuha mengenai MSR. Sebelum ini jika Asyraf nak hantar kertas kerja apa-apa pun, memang kena dahulukan kepada Kak Ira, tetapi kali ini sudah ada penyelarasan baru di peringkat HEP, so di bahagian MSR Asyraf kena jumpa Ustazah Nazuha lah.

Agak menarik juga cadangan dan cetusan idea yang dilontarkan oleh beliau, tetapi agak cerewet. Kenapa cerewet?? Sebab dia check objektif MSR dalam paperwork tu. Aiseyman, memang tak jangka pun dia nak buat macam tu. Tapi baguslah, dengan objektif tu lah kami boleh cantas balik isu exam ETP dan ATP serta Mappicx tu.

Ustazah mahukan supaya para peserta MSR kali ini diberikan sepenuh penghayatan dan penjiwaan mengenai INSANIAH keseluruhannya. Antaranya mengapa mereka memilih INSANIAH, peluang di sini, prosperk masa depan, kehidupan di INSANIAH dan lain-lain. Oleh itu dia mahukan bahagian dan modul betul-betul berfungsi pada kali ini. Biar kena pada objektif.

Saranan ini sememangnya diberi perhatian oleh MPM. Kita tidak mahu INSANIAH menjadi lebih kurang berbanding IPT yang lain. INSANIAH mempunyai nama tersendiri, ada biahnya tersendiri, himpunan ulama dari Al Azhar yang berkualiti serta pembelajaran yang menitikberatkan Al-Quran sebagai teras pengajian.

Kita mahukan mahasiswa yang akan menuntut di INSANIAH nanti mengakui kehebatan dan kualiti kita di sini. Biarlah kita masih mengangkut kerusi ke kelas, biarlah kelas kita masih berpanas dan sendat, biarlah bangunan kita seperti stor Tesco dan Giant sekalipun, asalkan kita mampu menjadi seperti ubi di dalam tanah. Semakin hari semakin besar. Membina imej, membina diri. Bila dah dijumpai orang, barulah diakui kualitinya.




READ MORE ...

Jangan Pilih Kegelapan

Monday, November 29, 2010


Salam. Ni percubaan pertama Asyraf dalam nak belajar sikit-sikit pasal Adobe ni. Jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain.


READ MORE ...

Pengiraan Pahala & Dosa Dengan Matematik!


Ini cume perbandingan jer.


Kenapa Lelaki PATUT memilih perempuan yang menutup aurat?


Sejak akhir2 ini orang memperkatakan tentang orang yang/ bertudung(MENUTUP AURAT) sama saja dengan orang tidak bertudung dengan alasan orang bertudung pun buat maksiat...


Pengiraan Matematik...


Anggap dosa tak pakai tudung = 1 dosa

Anggap sosial = 1 dosa

Free hair kompom hari hari dapat dosa = 365 hari

Sosial ikut sempat tapi bukan hari hari


Jika seminggu sekali buat dosa= 4 x 12= 48 minggu dalam setahun = 48


Free hair x setahun----365 dosa------(1)

Bertudung x setahun------0 dosa------(2)


Sosial

Sosial x setahun-------48 dosa------(3)

Tidak sosial------------0 dosa------(4)


Pakai tudung dan tidak sosial-----(2) + (4)= + = dosa setahun

Pakai tudung dan sosial-----------(2) + (3)= + 48 = 48 dosa setahun

Free hairdan tidak sosial--------(1) + (4)= 365 + = 365 dosa setahun

Free hair dan sisoal--------------(1) + (3)= 365 + 48 = 413 dosa setahun


Cuba kira kalau 10 tahun... saper lebih terror dalam mengumpul dosa... .

Sembahyang wajib, katakan dua dua jenis orang ini bersembahyang dan 5 waktu sehari semalam itu sama dengan 1 pahala dan dikira dalam 1


Sosial, free hair & sembahyang ---0 pahala----(5)

Tak sosial, bertudung & sembahyang ----365 pahala--(6)

Tudung dan tidak sosial----(2) + (4) - (6)= + - 365 = negatif 365 setahun = 365 pahala

Tudung dan sosial----------(2) + (3) - (6)= + 48 - 365 = negatif 317 setahun =317 pahala

Free hair dan tidak sosial--(1) + (4) - (5)= 365 + - = 365 dosa

Free hair dan sisoal--------(1) + (3) - (5)= 365 + 48 - 0-= 413 dosa


Pengiraan diatas menunjukkan orang bertudung dan tak bertudung adalah tidak sama... siapa

boleh kata sama lepas nih...so ini bermakna sesiapa saja yang free hair lebih banyak dosa dari bertudung.. siapa setuju,dan yang free hair..tolong bangkang or sedar diri..


Yang susah cuma pilihan...


selamat berkongsi cerita...=p....




READ MORE ...

Coretan Minggu Ini

Saturday, November 27, 2010
Salam sejahtera. Sedikit coretan di sini.

Alhamdulillah, minggu ni dah balik ke rumah sewa. Biasalah, kerja tak banyak mana pun, tapi daripada duk rumah yang tiada aktiviti apa pun, baik berada di sini. Boleh jumpa kawan-kawan, tak pun pergi tourism.

Sebenarnya cuti dah semakin habis, exam pula is around the corner. MSR pulak akan menyusul kemudian. Balik rumah sewa ni dah sampai terlupa hari dan tarikh, nasib baik ada member ingatkan, rupanya dah hari Khamis. Lepas Zohor je, terus gegas ke KUIN sebab nak hantar KKD Semai Bakti.

Kat pejabat dah ada beberapa exco bermesyuarat tentang KPU pulak. Dulu Asyraf jadi S/U KPU, tapi kesian juga sebab timbalan yang banyak buat. Nak buat macam mana, dia lebih pakar, yang kita ni baru ja pertama kali jadi MT program time tu. Celah mana la depa lihat diri ini layak sebegitu.

Semasa jumpa Kak Ira, sempat juga kami bincangkan beberapa hal tentang belanjawan MSR dan tentatifnya. Antaranya :

1) Beberapa budget harga yang tidak munasabah. Memang pun.
2) Beberapa keperluan yang tidak perlu dibayar seperti sewa handycam. HEP dah ada.
3) Elaun untuk AJK agak tinggi. RM 20 untukAJK.
4) Baju AJK dapat pulak.
5) Jumlah AJK seramai 165 agak tinggi. Dicadangkan 150 maksimum.
6) Dan lain-lain......

Asyraf agak setuju jugak dengan beberapa pendapat Kak Ira tu. Budget yang dicantas olehnya pun tak la banyak sangat. Lagipun ianya tak lah mengganggu sangat perancangan kami di pihak MT.

Cumanya, jika kami ingin mengambil hak kami sebagai adhoc MSR, kami pun boleh lawan sebenarnya kerana para pelajar baru membayar Rm 140 untuk MSR sahaja. Kami menganggarkan seramai 800 orang pelajar baru akan mendaftarkan diri pada Disember depan. Jadi, pihak MSR sepatutnya menggunakan sebaik-baiknya hak pelajar tersebut. Secara totalnya pendapatan untuk MSR adalah RM 112000.Tapi Asyraf cuma buat belanjawan sebanyak RM 22000 ja, cuma 19.65% ja dari yang sepatutnya.

Apapun, Asyraf ok ja, cuma Asyraf dah maklumkan pada MPM lah untuk menyatakan hak ini. MSR lepas lagi haru, duit MSR dibayar, tetapi pelajar baru tidak dapat baju MSR pun. Mana hak mereka HEP??

Selesai bab belanjawan. Masuk pulak bab tentatif. Asyraf dan MPM melihat MSR adalah peluang untuk MPM untuk mendekatkan diri dengan pelajar dan pada masa yang sama kami menyelesaikan beberapa masalah berkemungkinan akan berlaku pada mereka.

Jadi dalam MSR ni, Asyraf dah letakkan beberapa taklimat yang agak penting untuk para pelajar ketahui seperti taklimat HEP, Kolej Kediaman, Ko-K dan Maktabah dan Pusat Bahasa. Dulu Asyraf tak letak pun taklimat Pusat Bahasa, tetapi mereka hadir jugak untuk memberi taklimat tanpa diundang, so, kita berilah laluan.

Tetapi masalah lebih berat berlaku kali ini. Pihak Pusat Bahasa ingatkan nak buat taklimat, tetapi nak buat exam terus dalam MSR tu. Exam English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT). Alasan mereka kenapa nak buat semasa dalam MSR ialah :

1) Lepas exam, nak mark paper lagi
2) Lepas tu, nak bahagi group plak
3) Lepas tu, nak buat jadual and so on...

So, perkara ni memerlukan sedikit masa. Errr...maaf kalo ada pihak yang berasa hati atau mengatakan ini fitnah. Sumber ni datang dari Kak Ira lah. Kalo silap, maafkan.

Asyraf memahami keadaaan itu, tapi cuma fahami kami pula. Kita boleh beri laluan untuk taklimat, bukan kita nk condemn terus. Ini MSR, kami tidak ada peluang lain untuk bersama mereka sepenuhnya. lagipun fikirkan lah, kami AJK bukannya dibayar mahal-mahal untuk menjadi adhoc MSR, semuanya Lillahi Taala. Kami bertungkus-lumus bermesyuarat, mengatir aktiviti, penat sana-sini, jadi berilah peluang kepada kami.

Takkan masalah mereka pun kami nak tanggung??

Itu tak masuk bab Mappicx lagi. Memanglah gah Mappicx tu, sorang bercakap handle sampai beribu pelajar, tetapi kami di kalangan pelajar sendiri yang lebih mengetahui respon mereka dengan ceramah Mappicx tu.

Kalau lah exam EPT & APT dan Mappicx tu ada dalam MSR kali ni, minta maaflah jabatan yang lain, rasanya kami kena buat jadual baru di luar MSR untuk taklimat jabatan-jabatan lain. Yang penting pun taklimat Asrama dan Ko-K (mungkin). Iyalah, sebab masalah asrama ini lebih dekat dengan pelajar. Kalo ada msalah ja, memang mereka akan rujuk MPM. So taklimat ini yang kena bagi keutamaan. HEA yang penting pun kami tak masukkan dalam jadual. Rasanya MPM, ana cadangkan kita letakkan semua taklimat diluar waktu MSR je lah. Kan senang. baru adil. Mappicx kalo ada pun, kita bagi awal-awal, itu pun kalo dah habis puas bertengkar dengan orang atasan lah.

Teringat Asyraf pasal Mappicx. Sebenarnya mereka kena bayar RM60 untuk ceramah tu dan bayaran tu bukan sebahagian dari RM140 yang dibayar oleh pelajar untuk MSR tu. Mereka tak tahu, mereka telah membayarnya dalam yuran pengajian, sedangkan perkara itu sepatutnya diketahui oleh semua. Cuba rujuk lain pada resit yuran sem lepas. Kalo tak betul, baguslah. Lega hati.

Ahha, kali ni Asyraf dah letakkan satutaklimat baru, iaitu taklimat kelab dan persatuan. Kak Ira ingatkan taklimat Ko-K, sebenarnya dia silap. Taklimat tu adalah taklimat dari pengerusi atau wakil bagi kelab dan persatuan yang ada dalam INSANIAH. Maknanya taklimat ni dari pelajar untuk pelajarlah. Antaranya:

1) ATC
2) Kemudi
3) FMC
4) Perahu Panjang
5) Silat Gayong
6) GALAKSI (Kalau nak. 5 pun dah penuh tu)

Kita buat taklimat untuk untuk menggalakkan pelajar berpersatuan. Bukanlah sekadar mengadap buku dan pergi maktabah ja. Sekali-sekali hujung minggu, libatkan diri dalam persatuan. Banyak kebaikannya. Paling kurang, kenai ramai kenalan baru dari pelbagai kuliah. Pengalaman lagi banyak.

Sebelum tamat, thanx to Abg Saifol S/U MPM sebab bagi kepercayaan pegang kunci pejabat ni. Bukan senang nie. Tak pa, memudahkan kerja. MSR ni kadang-kadang on call. Sikit-sikit kena pi pejabat. Jom, dah la kot. Asyraf selitkan 2 keping pic MSR dulu.






READ MORE ...

Mari Bersolat Berjemaah


"BismillahirRahmanirRahim..."


Pahala diukur ketika mula berwuduk hingga selesai menunaikan sembahyang di masjid

PEMBINAAN masjid yang besar demi memenuhi keperluan beribadat umat Islam sayangnya tidak menzahirkan gambaran diharapkan apabila jumlah mereka yang bersolat secara berjemaah tidak sepadan dengan keluasan masjid itu.


Ada masjid yang boleh menampung ribuan jemaah tetapi apabila tiba waktu solat fardu, bilangan jemaah hanya sekadar dua atau tiga saf saja sedangkan solat secara berjemaah memiliki pelbagai keutamaan besar dan menyeluruh.

Pahala bagi orang bersolat berjemaah bermula ketika dia berjalan keluar rumah menuju masjid hinggalah selesai menunaikan solat secara berjemaah. Bukan setakat itu saja, bahkan ia berlanjutan sehingga dia tiba di rumahnya dari masjid.


Banyak keutamaan solat berjemaah antaranya keutamaan ketika perjalanan ke masjid. Bekas perjalanan bagi mereka yang menuju ke masjid untuk bersolat berjemaah akan dihitung dan dibalas dengan ganjaran pahala.


Daripada Jabir bin ‘Abdullah, dia berkata: “Bani Salimah ingin berpindah supaya lebih hampir dengan masjid, lantas menyatakan bahawa tempat itu banyak kosong.


Maka sampailah berita itu kepada Nabi SAW lalu, Baginda bersabda:


“Hai Bani Salimah! Tetaplah di rumah kalian, sesungguhnya akan dicatat bekas perjalanan kalian (ke masjid). Mereka berkata: Tidaklah menyenangkan bagi kami, kalau kami berpindah.” (Hadis riwayat Muslim)


Tambahan lagi langkah perjalanan menuju ke masjid untuk bersolat berjemaah itu dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat seseorang manusia di sisi Allah.


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Mahukah kalian aku tunjukkan atas sesuatu yang mana Allah akan menghapuskan dosa dengannya dan terangkat beberapa darjat? Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah”.


Baginda bersabda:

“Sempurnakanlah wuduk pada saat cuaca sangat dingin, perbanyakkanlah melangkah menuju masjid, dan menunggu selepas solat. Demikianlah itu bagi kalian pertalian.” (Hadis riwayat Muslim)


Orang yang keluar menuju masjid dalam keadaan berwuduk untuk mengerjakan solat berjemaah akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji dan juga dianggap melakukan solat daripada permulaan perjalanannya hingga dia kembali ke rumahnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah daripada Abu Umamah yang bermaksud:


“Barang siapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci (berwuduk) menuju solat wajib (dengan berjemaah) maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan haji dengan memakai ihram.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)


Allah juga menyediakan syurga bagi orang yang pergi dan pulang dari masjid. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


“Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Kedua ialah keutamaan ketika berada dalam masjid dan mengerjakan solat secara berjemaah. Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan insan untuk berasa bangga jika menjadi tetamu kepada orang kenamaan seperti Sultan atau Perdana Menteri.


Namun, begitu ramai kurang memahami dengan menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat secara berjemaah kita sebenarnya sedang menjadi tetamu Allah. Masjid adalah rumah Allah dan tentu sekali sebagai tuan rumah, Allah memuliakan tetamu-Nya..Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Barang siapa yang berwuduk dalam rumahnya dan menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid maka dia adalah tetamu Allah dan kewajipan bagi yang dikunjungi untuk memuliakan yang mengunjungi.”


Apabila seseorang itu berada dalam masjid untuk menunggu masuknya waktu solat sesungguhnya dia mendapat pahala seperti berada dalam keadaan bersolat di sisi Allah dan malaikat pula sentiasa mendoakan keampunan serta rahmat baginya.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Seseorang daripada kalian yang menunggu waktu solat, (dia berada) dalam solat selama tidak batal, maka malaikat mendoakan baginya: Ya Allah, ampunkan dia, ya Allah rahmatilah dia.” (Hadis riwayat Muslim)


Mengerjakan solat berjemaah memiliki keutamaan berlipat ganda jika dibandingkan solat sendirian.


Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.” (Hadis riwayat Bukhari)


Di samping itu, keutamaan solat berjemaah juga bertambah dengan jumlah orang bersolat. Semakin ramai makmum maka semakin tinggi nilai pahala diperoleh oleh semua makmum.


Daripada Ubai bin Ka’ab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat seseorang bersama seseorang lebih utama daripada solatnya sendirian, dan solatnya bersama dua orang, lebih utama daripada solatnya dengan seorang dan jumlah yang lebih banyak, maka itulah yang lebih disukai oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)


Allah juga memberi perlindungan daripada syaitan kepada mereka yang mengerjakan solat berjemaah. Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya syaitan itu bagaikan serigala bagi manusia seperti serigala bagi kambing, yang menjadikan kambing yang di dalam keadaan sendirian dan lalai sebagai mangsa, maka waspadalah kalian daripada bersendirian dan wajib bagi kalian untuk berjemaah dan pergi ke masjid.” (Hadis riwayat Ahmad)


Sesiapa yang mendapatkan takbir yang pertama bersama imam selama 40 hari berturut-turut maka Allah membebaskannya daripada api neraka dan kemunafikan.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Barang siapa yang solat kerana Allah selama 40 hari di dalam jemaah dengan mengikuti takbir yang pertama, ditulis baginya dua kebebasan, iaitu bebas daripada api neraka dan kemunafikan.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)


Keutamaan solat berjemaah ada yang berlanjutan sehingga tiba di rumah seperti pahala banyak dan disediakan tempat baginya di syurga.


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Apabila salah seorang di antara kalian berwuduk di rumahnya kemudian datang ke masjid adalah dia berada dalam solat sampai dia pulang.”


Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:


“Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Kelebihan dan keutamaan solat jemaah yang menjanjikan banyak kebaikan sewajarnya menjadi aspirasi bagi kita semua untuk mengerjakan solat secara berjemaah.



Sumber :

http://www.facebook.com/notes/afifah-auliya/-jom-sahabat2-seaqidahku-kita-solat-jemaah/474178677480



p/s : Pengisian yang sangat berguna. Sama-sama kita renungkan dan beramal dengannya

READ MORE ...