Awal minggu ini, Asyraf telah berjumpa dengan Ustazah Nazuha mengenai MSR. Sebelum ini jika Asyraf nak hantar kertas kerja apa-apa pun, memang kena dahulukan kepada Kak Ira, tetapi kali ini sudah ada penyelarasan baru di peringkat HEP, so di bahagian MSR Asyraf kena jumpa Ustazah Nazuha lah.
Agak menarik juga cadangan dan cetusan idea yang dilontarkan oleh beliau, tetapi agak cerewet. Kenapa cerewet?? Sebab dia check objektif MSR dalam paperwork tu. Aiseyman, memang tak jangka pun dia nak buat macam tu. Tapi baguslah, dengan objektif tu lah kami boleh cantas balik isu exam ETP dan ATP serta Mappicx tu.
Ustazah mahukan supaya para peserta MSR kali ini diberikan sepenuh penghayatan dan penjiwaan mengenai INSANIAH keseluruhannya. Antaranya mengapa mereka memilih INSANIAH, peluang di sini, prosperk masa depan, kehidupan di INSANIAH dan lain-lain. Oleh itu dia mahukan bahagian dan modul betul-betul berfungsi pada kali ini. Biar kena pada objektif.
Saranan ini sememangnya diberi perhatian oleh MPM. Kita tidak mahu INSANIAH menjadi lebih kurang berbanding IPT yang lain. INSANIAH mempunyai nama tersendiri, ada biahnya tersendiri, himpunan ulama dari Al Azhar yang berkualiti serta pembelajaran yang menitikberatkan Al-Quran sebagai teras pengajian.
Kita mahukan mahasiswa yang akan menuntut di INSANIAH nanti mengakui kehebatan dan kualiti kita di sini. Biarlah kita masih mengangkut kerusi ke kelas, biarlah kelas kita masih berpanas dan sendat, biarlah bangunan kita seperti stor Tesco dan Giant sekalipun, asalkan kita mampu menjadi seperti ubi di dalam tanah. Semakin hari semakin besar. Membina imej, membina diri. Bila dah dijumpai orang, barulah diakui kualitinya.
0 orang mengarut:
Post a Comment