Followers

Kesan Zikir Kepada Otak

Sunday, August 11, 2013
Assalamualaikum,

Apa yang mereka kaji ini, semuanya dah lama ada dalam islam. Rugikan, kalau kita sebagai seorang islam tetapi tidak ambik tahu semua ini, sedangkan orang bukan islam sanggup bersusah payah bertahun tahun mengkaji benda ini semua …..

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.


READ MORE ...

15 Hadith Mengenai Keutamaan Al-Quran

Friday, July 26, 2013


1. Dari Abu Umamah ra. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya." (Riwayat Muslim)


2. Dari Nawwas bin Sam'an ra. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di hari Akhirat kelak akan didatangkan Al Qur'an dan orang yang membaca dan mengamalkannya, didahului dengan surat Al Baqarah dan Surah Ali 'Imran, kedua-duanya menjadi hujjah (pembela) orang yang membaca dan mengamalkannya."(Riwayat Muslim)


3. Dari Usman bin 'Affan ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya." (Riwayat Bukhari)


4. Dari Aisyah ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Orang yang membaca Al Qur'an dengan terbata-bata karena susah, akan mendapat dua pahala."(Riwayat Bukhari & Muslim)


5. Dari Abu Musa Al Asy'ari ra. telah berkata: Rasulullah saw.bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur'an seperti buah Utrujjah (sejenis limau), baunya harum dan rasanya sedap. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur'an seperti buah kurma, tidak ada baunya tapi rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur'an seperti Raihanah (jenis tumbuhan), baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur'an seperti buah hanzhal (seperti buah pare), tidak berbau dan rasanya pahit.(Riwayat Bukhari & Muslim)


6. Dari Umar bin al Khatthab ra. bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebagian orang dan merendahkan sebagian lainnya dengan sebab Al Qur'an." (Riwayat Muslim)


7. Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi Muhammad saw. telah bersabda, "Tidak boleh iri kecuali pada dua perkara: Laki-laki yang dianugerahi (kefahaman yang sahih tentang) Al Qur'an sedang dia membaca dan mengamalkannya siang dan malam, dan laki-laki yang dianugerahi harta sedang dia menginfakkannya siang dan malam."(Riwayat Bukhari & Muslim)


8. Dari Barra' bin 'Azib ra. telah berkata: Seorang laki-laki membaca surat Al Kahfi dan di sisinya ada seekor kuda yang diikat dengan dua tali panjang, tiba-tiba ada awan melindunginya dan semakin mendekat dan kudanya menjauhinya. Pagi-paginya laki-laki itu mendatangi Nabi Muhammad saw. dan menceritakan peristiwa tersebut, maka beliau bersabda, "Itu adalah ketenangan yang turun karena Al Qur'an."(Riwayat Bukhari & Muslim)


9. Dari Ibnu 'Abbas ra. beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari Al Qur'an laksana sebuah rumah yang runtuh." (Riwayat Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)


10.Dari Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash ra. dari Nabi Muhammad saw. beliau bersabda, "Akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Qur'an: Baca, tingkatkan dan perindah bacaanmu sebagaimana kamu memperindah urusan di dunia, sesungguhnya kedudukanmu pada akhir ayat yang engkau baca."(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)


11. Dari 'Uqbah Bin 'Amir ra. berkata; Rasulullah saw. keluar dan kami berada di beranda masjid. Beliau bersabda: "Siapakah di antara kalian yang tiap hari ingin pergi ke Buthan atau 'Aqiq dan kembali dengan membawa dua ekor unta yang gemuk sedang dia tidak melakukan dosa dan tidak memutuskan hubungan silaturahmi?" Kami menjawab, "Kami ingin ya Rasulullah" Lantas beliau bersabda, "Mengapa tidak pergi saja ke masjid; belajar atau membaca dua ayat Al Qur'an akan lebih baik baginya dari dua ekor unta, dan tiga ayat lebih baik dari tiga ekor unta, dan empat ayat lebih baik dari empat ekor unta, demikianlah seterusnya mengikuti hitungan unta."(Riwayat Muslim)


12. Dari Ibnu Mas'ud ra. bahawasanya Nabi Muhammad saw. bersabda, "Yang paling layak mengimami kaum dalam shalat adalah mereka yang paling fasih membaca Al Qur'an.(Riwayat Muslim)


13. Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawasnya; Ketika Nabi Muhammad saw. mengumpulkan dua mayat laki-laki diantara korban perang Uhud kemudian beliau bersabda, "Siapa diantara keduanya yang lebih banyak menghafal Al Qur'an?" dan ketika ditunjuk salah satunya beliau mendahulukannya untuk dimasukkan kedalam liang lahad.(Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa'i & Ibnu Majah)


14. Dari Imran bin Hushoin bahawa beliau melewati seseorang yang sedang membaca Al Qur'an kemudian dia berdoa kepada Allah lalu ia kembali membaca, lantas dia berkata aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al Qur'an maka berdoalah kepada Allah dengan Al Qur'an karena sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Qur'an dan orang-orang berdo'a dengannya."(Riwayat Tirmizi, beliau berkata : Hadits ini hasan)


15. Dari Ibnu Mas'ud ra. ia berkata: Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Qur'an maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud 'Alif, Laam, Miim' satu huruf, melainkan Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf. (Riwayat Ad Darami dan Tirmizi, beliau berkata hadits ini hasan sahih)♥

READ MORE ...

8 Cara Mengenalpasti Lelaki Penyayang


1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. 

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. 

READ MORE ...

15 Adab Menuntut Ilmu

Monday, July 22, 2013

Adab Menuntut Ilmu, point ke 8 : Fahami Mengapa Kita Belajar Sesuatu Ilmu Itu.

- Kepentingan belajar adab ini adalah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.
- Orang mukmin belajar untuk :      1) Mengawal Nafsu       2) Mendapat keredhaan ALLAH
- Orang tidak mukmin belajar untuk :      1) Peperiksaan        2) Kuasa dengan nafsu

- Kita hendaklah mengetahui natijah hasil pembelajaran kita. Contohnya belajar ilmu tasawwuf. Hasilnya ialah jiwa dan hati kita menjadi lebih tenang dan akhlak menjadi semakin mulia.

- Belajar ilmu agama adalah satu keutamaan. Boleh untuk kita belajar ilmu yang lain, tetapi jangan tingalkan ilmu akhirat. Jika kita tinggalkan, maka hilanglah nilai ilmu dunianya. nak belajar ilmu agama, perlulah berguru kerana guru dapat menghindari dari kesesatan dan mampu memandu kita ke jalan ALLAH.

- Jangan redah ikut suka hati terhadap ilmu. Keta ketahui keutamaan ilmu untuk diri kita. Keutamaan ilmu tidak sama untuk orang lain.

- Pelajarilah 3 ilmu ini : 1) Akidah 2) Ibadah 3) Akhlak

- Hendaklah apa yang kita pelajari itu mampu untuk memperbaiki diri menjadi lebih tawadhuk. hati menjadi lebih bersih. Jiwa lebih tenang. Akhlak lebih mulioa. Mendekatkan diri kepada ALLAH dan diangkat martabat.

- Jangan pula belajar untuk mendapat harta benda, untuk mematahkan hujah orang dan syok sendiri.

- Menjadi bahaya apabila seseorang yang tidak berilmu mengeluarkan hujah dan hukumk sendiri. Contohnya tentang hudud. Bahaya juga apabila berkata semua agama ini sama sahaja. bahaya juga terlalu-lalu melampau dan taasub kepada ilmu agama sehingga menafikan ilmu-ilmu lain.

- Allah menyediakan pahala buat semua penuntu ilmu dan segala usaha yang membantu dalam mempelajari ilmu agama. Belajar dapat pahala, meramaikan pun dapat pahala. Yang berperang dapat pahala, yang sedia air da merawat pun dapat pahala.
READ MORE ...

14 Adab Menuntut Ilmu

Thursday, July 11, 2013


- Di bulan Syaaban, terjadi satu peristiwa besar yang bersejarah iaitu peristiwa perubahan arah Kiblat.

- Kisahnya bermula apa orang Yahudi mengejek kepada Nabi Muhammad SAW sambil berkata "Jika agama kamu adalah agama yang benar, kenapa kiblat kamu sama arah seperti kiblat kami? Kamu hadaplah ke arah kiblat kamu sendiri"

- Nabi berasakan ada kebenaran pada ejekan Yahudi itu. Nabi memohon kepada ALLAH untuk mengubah arah kiblat. Sejak dari itu, Nabi bersolat sambil mendongak ke atas langit. Setelah hampir 16 bulan, semasa Nabi bersolat, turunlah wahyu dari ALLAH untuk mengubah arah kiblat. Ada pendapat menyatakan ketika itu adalah solat Zohor, ada juga riwayat mengatakan solat Asar. Peristiwa ini berlaku pada bulan Syaaban, ada pendapat yang menyatakan berlaku pada 15 Syaaban.

- Wahyu itu ialaha "Qad naraa taqalluba wajhika fi samaa'" (Aku melihat wajahmu mengadap ke arah langit). Ketika menerima wahyu itu, Nabi terus mengubah arah kiblat dan terus diikuti para makmumnya. Apabila habis solat, semua makmum bersuara dan berkata "Kiblat sudah berubah, kiblat seudah berubah"

- Selepas itu, ada sekumpulan pergi ke kumpulan yang sedang bersolat dan berkata "Demi Allah, kiblat sudah berubah ke arah Masjidil Haram." Ketika itu, imam yang sedang rukuk terus mengubah arah kiblatnya dan diikuti para makmum yang lain.

- Peristiwa ini diejek oleh para Yahudi sambil berkata "Sekejap ke Masjidil Aqsa, kemudian ke Masjidil Haram, lepas ini tak tahulah ke arah mana". nabi terasa hati dengan ejekan tersebut, lalu Allah SWT berfirman : "Sayaquulus sufahaa'u minan naas......"

- Hikmah kejadian ini ialah :

1) Jangan kita berputus asa dalam berdoa. Doa Nabi ini diterima selepas 16 bulan. Kita tidak tentu bila doa kita akan dimakbulkan. Nikmat yang kita dapat sekarang pun kerana doa-doa nenek moyang kita yang terdahulu. kalau doa kita tak dimakbulkan sekarang pun, pastu ALLAh akan makbulkan di akhirat kelak.

 - Ad-du'a Silaakhul Mukminin : Doa itu senjata ampuh bagi seorang mukmin
 - Ad-du'a Sukhkhul Ibaadah : Doa itu otak ibadah
 - Ittaquu Du'aa ul-Madzluum, Fainnahu Baina ALLAH HijaabuLah: Berhati-hatilah dengan doa orang yang   dizalimi kerana tidak ada hijab antara keduanya.

2) jangan bertangguh. Nabi tidak bertangguh untuk mengubah arah kiblat setelah menerima wahyu. Allah juga tak tangguh untuk mencabut ajal manusia

3) Jangan peduli dengan kata orang. Peduli kata orang, akan membawa kesesatan. Peduli kata ALLAH, Allah akan berikan petunjuk dan menerima keredhaannya.

- Golongan yang ALLAH tidak terima doa di malam Nisfu Syaaban :

 - Pemakan riba
 - Penderhaka ibu bapa atau anak
 - Peminum arak
 - Pendedah aurat
 - Peninggal solat

........................................................................................................

Antara adab menuntut ilmu ialah : Belajar secara berturutan dan teliti

- Hendaklah belajar ilmu mengikut turutan dan tidak melangkaui bab yang lain

- Contoh turutan yang terbaik ialah :

 - Tafsir,
 - Hadith,
 - Sirah

- Kalau nak ALLAh tolong dia, hendaklah dia belajar dengan tertiib dan berturutan.

- Apabila kita tidak mengikut tururtan dalam menuntut ilmu, akan berlaku petelingkahan pendapat kerana tidak mempelajari ilmu dengan cara yang tidak betul.

- Ada sesetengah di kalangan kita yang menolak mazhab dan pandangan para ulama. Bahkan ada yang menolak hadith-hadith tertentu walaupun dia sendiri tidak pernah belajar hadith. Kita yang cuma mempunyai ilmu yang sangat kedil sudah memandai-mandai menolak ilmu yang disampaikan para ulama terdahulu. Inilah masalah yang berlaku apabila ilmu itu tidak dipelajar mengikut turutan yang baik.

- Sebaiknya, mulakan belajar dengan Al-Qura. Belajar tajwid dahulu. Apabila dah boleh baca Al-Quran, belajar pula Tafsir, kemudian belajar hadith dan seterusnya.

- Ulama-ulama besar tedahulu seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina dan lain-lain pakar ilmu moden, semuanya bermula dengan Al-Quran.

- Elakkan pergaduhan dan pertelingkahan kerana perbezaan pendapat. para ulama terdahulu saling hormat-menghormati keilmuan ulama yang lain walaupun saling bebrbeza pendapat dalam mengeluarkan ijtihad.


READ MORE ...

13 Adab Menuntut Ilmu

Wednesday, July 10, 2013


- Kita pergilah ke mana-mana, ada sahaja adab dan akhlak untuk kita patuhi. Adab dan akhlak tidak ada pada agama yang lain. Kalau di sekolah, ada subjek yang dinamakan Pendidikan Moral khusus untuk bukan Muslim, tetapi jauh bezanya antara Moral dan Adab itu sendiri kerana dalam Adab, ada dibicarakan tentang dosa dan pahala. Contohnya bersin. Sebut Alhamdulillah, ada pahalanya.

- Jiwa kita akan semakin terhias, cantik dan bercahaya apabila kita menuntut ilmu. Sebaik-baiknya kita dituntut untuk menuntut ilmu seminggu 3 hari.

- Sebagai contoh kita membaca Al-Quran, jika kita membaca Al-Quran, kita berasa diri kita rasa terhias dengan cahaya Al-Quran dan bacaan semakin lancar. Tetapi apabila kita meninggalkan bacaan Al-Quran, lidah kita sudah semakin kekok kerana cahaya itu sudah hilang.

- Ada 3 muka yang selalu dilihat oleh penuntut ilmu iaitu : 1) Muka guru 2) Muka jam 3) Muka pintu

- Hendaklah menjaga tertib semasa belajar iaitu menghabiskan dari satu bab ke satu bab yang lain. Tidak boleh melangkau bab tertentu kerana boleh jadi bab yang ditinggalkan itu sangat penting dan diperlukan supaya dpat memahami bab yang seterusnya.

- Padan-padanlah semasa menuntut ilmu. Contohnya 1 jam sahaja kerana kalau belajar lebih dari waktu itu, otak kita sudah tidak dapat menerima ilmu. Ada juga masa-masa tertentu yang ilmu susah nak masuk dalam minda seperti waktu panas terik dan waktu kepenatan.

- Jika melihat kepada kiraan umur, mungkin kita tak sempat untuk menamatkan pengajian dan kitab, tetapi seeloknya kita serahkan urusan umur kita kepada ALLAH SWT. Yang penting kita terus belajar  sampai mati. Bahkan ulama-ulama terdahulu masi bersemangat untuk belajar dan terus bertanyakan tentang hukum hakam walaupun diri mereka sudah terlantar sakit di katil.

- Pilihlah ilmu yang bersesuaian dengan kita. Antara ilmu yang terbaik ialah ilmu akhirat dan ilmu tasawwuf.

- Mula-mula belajar ilmu, padan-padankanlah dengan ilmu yang tidak membosankan supaya kita terus tertarik dan bersemangat untuk menuntut ilmu pada masa datang. Kemudian kita hendaklah berterusan menambahkan ilmu sehingga habis.

- Jangan campur adukkan ilmu agama dengan ilmu khurafat.

- Hendaklah saling berlapang dada semasa belajar. Hormati orang lain yang hendak wirid, puasa dan lain-lain. Jangan bergaduh kerana perbezaan pandangan ilmu. Jangan membandingkan diri dengan orang lain kerana hal itu tidak menunjukkan kepada niat sebenar kita untuk belajar kerana ALLAH SWT.  Jangan juga sampai taajub kepada guru dan penceramah sehingga tidak menerima pendapat orang lain.

- Di pengakhirannya, segala ilmu yang kita pelajar hendaklah membawa kita kepada mengenali ALLAH SWT dan mengakui kekerdilan diri di sisiNya.143
READ MORE ...

12 Adab Seorang Murid (Sambungan...)

Tuesday, July 9, 2013


- Antara adab untuk mempelajari ilmu ialah Teliti Apa Yang Hendak Dipelajari. Maksudnya seseorang itu hendaklah tahu apakah ilmu yang diperlukannya. Pada masa yang sama, hendaklah lihat juga pada kesesuaian umurnya sendiri.

-  Contohnya seseorang itu berumur 55 tahun tetapi masih belum pandai membaca Al-Quran, jadi hendaklah dia mencari ilmu Al-Quran dan guru yang besesuaian untuk dipelajari.

- Pastikan juga ilmu yang kita pelajari itu memberi manfaat kepada orang lain. Maksudnya selepas kita belajar ilmu itu, sebarkanlah kepada orang lain. Ajar kepada pasangan, anak-anak, kaum keluargan dan rakan-rakan.

- Ilmu itu terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama, ilmu yang membawa terus kepada ALLAH. Kedua, ilmu yang membantu untuk sampai kepada ALLAH. Sebagai contoh ilmu Tafsir dan ilmu Geografi.
READ MORE ...

Sekitar Majlis Perasmian Kampus Kuala Ketil

Wednesday, January 30, 2013

READ MORE ...

Koleksi Gambar Kucing Yang Comel-Comel Belaka





READ MORE ...

Kreatifnya ^^

Monday, January 28, 2013

READ MORE ...