Followers

Tuesday With Morrie

Thursday, August 9, 2012
Salam. 

Alhamdulillah, hari ni selesai menghabiskan sebuah buku world bestseller yang cukup popular dan laris jualannya di seluruh dunia.

Buku ini adalah mengenai perkongsian oleh seorang professor universiti iaitu Morris "Morrie" S. Schwartz (December 20, 1916 – November 4, 1995) yang menghidap penyakit ALS, kalau tak silap penyakit yang sama kena pada Mokhtar Dahari. 

Buku ini ditulis oleh anak murid universitinya iaitu Mitch Albom (rujuk sini). Beliau terjumpa gurunya ini sewaktu menonton rancangan Nightline yang dihoskan oleh Ted Koppel (rujuk sini). Ted Koppel telah menemubual Prof Morrie di rumahnya dan disiarkan di TV. Kemudian Mitch Albom terus terbang ke tempat gurunya untuk berjumpa dengan beliau. 

Buku ini menghimpunkan perkongsian oleh gurunya yang semakin maut itu hampir 14 minggu dengan setiap tajuk berbeza. Antaranya tentang percintaan, perkahwinan, masa depan dan lain-lain. Morrie sangat optimis bahawa beliau mampu menikmati kehidupan yang sangat bermakna di akhir-akhir hayatnya. Pelbagai kata-kata motivasi diberikan dalam 14 tajuk ini dan amat sesuai untuk dibaca oleh semua.

Di akhir cerita, Morrie telah menghembuskan nafas terakhir setelah 2 hari koma apabila penyakit urat sendinya telah sampai ke paru-paru. Ketika itu, semua ahli keluarga Morrie keluar untuk mengambil teh di dapur. Sangat sadis.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Prof Morrie & Mitch Albom

Buku yang telah diterjemahkan dalam BM

Antara gambar-gambar kenangan terakhir

Mikrofon kecil dilekatkan untuk merakam kata-kata Dr Morrie

Ketika masih sihat, beliau suka menari


0 orang mengarut:

Post a Comment