Followers

(HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI)

Tuesday, June 28, 2011

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini
READ MORE ...

Bila Lelaki Kehilangan Rusuknya

Sunday, June 26, 2011


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??



READ MORE ...

Logo Rasmi KokUM


Ini adalah logo rasmi Kolokium Ulama Muda Peringkat Kebangsaan. Dimasukkan ke dalam entry ini untuk mudah copy paste sebab pixelnya masih tinggi jika dimuat turun berbanding di Facebook. Jangan lupa sertai KokUM nanti.
READ MORE ...

Kolokium Ulama Muda Kebangsaan 2011

Thursday, June 23, 2011

Nama Program : Kolokium Ulama Muda Kebangsaan 2011
Tarikh : 19-23 Julai 2011
Tempat : Kolej Universiti INSANIAH
Penganjur : Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti INSANIAH

Buat sahabat-sahabat, agensi kerajaan, swasta, dan lain-lain yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini, boleh hubungi Pengarah En. Mohd Saifol Fairuz di talian 019-5086281.




READ MORE ...

Jom Sertai ATC Fasa 4.

Salam.

Semoga sahabat-sahabat pembaca blog Asyraf ni sihat wal afiat.

Kali ni nak menulis sedikit tentang ATC.

Sehingga kini, ATC akan memulakan sesi baru iaitu fasa ke 4. Alhamdulillah, jika diikutkan perancangan, ATC akan mula membuka pendaftaran seiring dengan kemasukan masuk para pelajar ke INSANIAH pada 10 Julai ini setelah lama bercuti di kampung halaman masing-masing.

Pada semester ini, kita mula membuka pendaftaran bagi team baru yang memang sesuai dengan situasi di INSANIAH sendiri iaitu Sport Team. Jika kita lihat balik, pembangunan sukan di INSANIAH mula rancak dengan penglibatan pelajar ke dalam pelbagai acara sukan. Jadi ini memerlukan suatu tenaga kerja yang mampu untuk menjadi sebahagian daripada pengurus yang mampu mengendalikan sukan dengan baik di kampus kita,

Penubuhan team ni dicadangkan sendiri oleh mentornya yang juga mantan Pengerusi Biro Sukan MPM yang terdahulu. Asyraf menyambut baik cadangannya dan menawarkan kepada beliau sendiri untuk menjadi mentor bagi team ini. Alhamdulillah, demi pembangunan sukan INSANIAH dan dakwah itu sendiri, dia bersetuju. Semoga lebih ramai dari kalangan pelajar yang akan jadi sepertinya. Memberi cadangan dan sanggup melakukannya apabila diberi ruang dan peluang.

Sedikit cabaran pada kali ini apabila INSANIAH akan membuka kampus di Stargate. Mentor-mentor pula dan mentee akan berpecah ke 2 kampus ini. Sungguh, pening memikirkan bagaimana kita nak menjalankan kelas ATC dengan jarak kampus ini. Biasalah sakit dalam berjuang ini. Mencurahkan dan menimba ilmu itu kan perjuangan. Buatlah macam mana pun, asalkan ilmu itu dituntut. ATC tetap diikuti oleh mahasiswa.

Sebelum terlupa, InsyaALLAH ATC akan mengadakan Kursus Induksi ATC untuk mentor dan penggerak serta mentee terpilih bagi memperkemaskan lagi skill mengajar buat mentor. Semoga program ini memberi manfaat buat sahabat.

Yuran pendaftaran, kita ambil cuma RM10 untuk semua ahli. tak kira alumni atau tak. Harga ini tak termasuk baju ATC. Kalau nak baju ATC, kena tambah wanglah. Ingat nak buat jersi untuk muslimin. Mau tak?

Ok lah. Yang nak sertai ATC, jangan lupa ikuti perkembangan di FB ATC. Kita akan beri maklumat dari masa ke masa.

Baik, wassalam


READ MORE ...

Berkata Yang Baik Atau Diam

Saturday, June 18, 2011

Sahabat2 yang di rahmati allah…hari ni kita berbincang sedikit soal kata-kata ataupun percakapan yang keluar dari mulut kita…kesemua itu akan di tanya dan di hisab di hadapan allah…tidak seorang pun akan terlepas…dan pada hari akhirat kelak….mulut2 manusia akan di kunci..pada waktu itu….anggota lain akan bercakap dan menjadi saksi terhadap apa yang kita kerjakan…

Allah s.w.t telah menjelaskan kepada kita dalam surah yassin ayat ke 65 ..

(Pada hari ini Kami (Allah) kunci mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami (Allah) tangan-tangan mereka, dan memberi kesaksianlah kaki-kaki mereka terhadap apa yang mereka telah usahakan)…

Hadis di bawah ini juga menjelaskan kepada kita bahawa….bila nak bercakap tu…cakap lah benda yang baik…kalau x da benda yang baik nak cakap…lebih baik diam saja…

Dan antara huraian dari hadis di bawah…ulama pesan kepada kita,,…berfikir dulu sebelum nak cakap ataupun sebelum sesuatu kata-kata itu keluar dari mulut kita…sebabnya …boleh jadi apa yang keluar dari mulut kita tu.. kita rasa biasa…tetapi bagi orang yang mendengar mungkin boleh menyebabkan seseorang itu sakit hati…

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

(HR. Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya”. (QS. Al Isra’ : 36)

dan firman-Nya:

“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS. Qaff : 18)

Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:

“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka karena tidak dapat mengendalikan lidahnya”.

Beliau juga bersabda :

“Tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran”.

Barang siapa memahami hal ini dan beriman kepada-Nya dengan keimanan yang sungguh-sungguh, maka Allah akan memelihara lidahnya sehingga dia tidak akan berkata kecuali perkataan yang baik atau diam.

Sebagian ulama berkata: “Seluruh adab yang baik itu bersumber pada empat Hadits, antara lain adalah Hadits “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam”.

Sebagian ulama memaknakan Hadits ini dengan pengertian; “Apabila seseorang ingin berkata, maka jika yang ia katakan itu baik lagi benar, dia diberi pahala. Oleh karena itu, ia mengatakan hal yang baik itu. Jika tidak, hendaklah dia menahan diri, baik perkataan itu hukumnya haram, makruh, atau mubah”.

Dalam hal ini maka perkataan yang mubah diperintahkan untuk ditinggalkan atau dianjurkan untuk dijauhi Karena takut terjerumus kepada yang haram atau makruh dan seringkali hal semacam inilah yang banyak terjadi pada manusia.

Allah berfirman :

“Apapun kata yang terucapkan pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS.Qaaf : 18)

…..

Akhirnya…marilah sama-sama kita pesan kepada diri kita…sahabat2…keluarga kita…agar berhati2 lah menjaga lidah…yakni percakapan kita….sebabnya tanpa kita sedari…dengan percakapan kitalah..kita boleh dapat tiket free untuk ke neraka allah s.w.t.


Dikongsikan oleh. Dr Ilmu.




READ MORE ...

Dedikasi Buat Ustaz Jamaluddin

Friday, June 17, 2011
Salam.

Asyraf nak menulis tentang guru Asyraf ni. Minggu ni merupakan minggu terakhir untuk ustaz mengajar di bumi barakah SMA AL-MAAD kerana beliau akan melalui minggu pertamanya sebagai guru di sekolah barunya iaitu Sekolah Islahiah, Behor Mali.

Kali pertama Asyraf kenal guru Asyraf ni semasa Form 5, masuk mengajar madah apa tah, dah tak ingat. Time tu, Asyraf adalah Naib Timbalan Ketua Pengawas. Tapi Asyraf mula rapat sedikit bila Ustaz Jamaluddin dilantik sebagai Guru Penasihat BPS pada kepimpinan Asyraf semasa Form 6. ALLAHUAKBAR. Asyraf macam tak percaya. Tapi kena percayalah, sebab Asyraf tahu sendiri dari mulut Cikgu Ilias Pengetua tu.

Aduh hai. Sudahlah baru dilantik sebagai Ketua Pengawas, dapat pula Guru Penasihat baru. Time ni, memang Asyraf tabik spring dan ucap terima kasih banyak-banyak kat ustaz. dia banyak berusaha untuk menggerakkan BPS walaupun semasa ustaz di Al-Maad dulu, dia tak pernah langsung menjadi pengawas.

Asyraf masih ingat beberapa usaha ustaz untuk pengawas. Antaranya mendapatkan komputer sebagai aset tetap, check etika pakaian, rambut panjang lah, urus Kursus Pengawas kat Bukit Ayerlah, sign surat lah. Macam-macam. Memang kalo bukan seorang guru yang menjiwai pelajar, ntah apa lah nasib pengawas zaman tu.

Dah lama Asyraf meninggalkan zaman sekolah ni. Dah tahun akhir pun di INSANIAH ni. Hampir terlupa kenangan silam di sana, apa pun ianya tetap di hati.

Buat ustaz, ana mintak maaf banyak-banyaklah sekiranya banyak menyusahkan ustaz. Ana buat hal waktu malam last kat Bukit Ayer waktu Kursus BPS dulu, yang Hanif Saising jadi macam kena rasuk tu. Ana mintak maaf sebab letak jawatan dulu. Mintak maaf sebab ana tahu ana dah mengecewakan ustaz. tapi ustaz, itu ja cara ana nak tunjuk bahawa memang kebanyakan pelajar marah betuk kat pengetua time tu. Ramai sangat. Betul ustaz. Tak tipu. Ustaz tahu, itulah kali ke 2 rasanya dalam hidup ni, ana cuba jadi serius. Sampai Cikgu Ayu pujuk mai suruh fikir masak-masak pun, ana tetap letak jawatan. Sama la dengan si Ashrof Harun Bangau tu, dia pun ikut ja.

Asyraf memang terhutang budi dengan ustaz sebenarnya. Seronok sebenarnya berada di Al-Maad ni, sebab guru-guru di situ macam keluarga sendiri. Bukan senang tau nak berkawan dengan guru. Di Al-Maad, Asyraf biasa ikut ustaz keluar beli barang, pi makan-makan, pi mandi Bukit Ayer, pi kebumikan jenazah, bina pondok, pi beli barang kiosk, pi buat bumbung tempat letak keta, kadang-kadang menyembang macam guru tu bukan guru, tapi masih menjaga adab lah.

Asyraf masih ingat lagi, Asyraf tanya ustaz.

"Ustaz, camna ustaz boleh masuk mengajar Al-Maad ni??"

Pastu ustaz cerita lah bagaimana dia masuk. Tapi Asyraf masih ingat kata-kata ustaz dalam cerita tu.

"Saya tak pernah terpikiaq pun nak mengajaq kat Maad ni, Dulu kalo boleh janganlah ALLAH bawa saya mai Maad lagi. Letak jauh2. Tapi tu la, ALLAH bayaq CASH! "

"Selamat Bertugas Buat Ustaz Jamaluddin."

READ MORE ...

Mahasiswa Benci Perokok!

Tuesday, June 14, 2011

Rokok memang belum ada di masa Rosulullah Shallallohu ‘alaihi Wa Sallam. Namun Islam telah datang dengan membawa kaedah-kaedah yang umum yang mengharamkan setiap perkara yang membahayakan badan atau mengganggu orang lain atau merugikan harta. Berikut ini dalil-dalil tentang hukum rokok.


- Allah Ta’ala berfirman (yang artinya): “Dan Allah menghalalkan bagi mereka semua perkara yang baik dan mengharamkan semua yang buruk.”(Al-A’rof:157).

Rokok termasuk hal yang buruk yang memudharatkan lagi busuk baunya.


- Allah pun berfirman (yang artinya): “Dan Janganlah kalian menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan.”(Al Baqoroh:195).

Rokok menimbulkan penyakit-penyakit yang membinasakan seperti kanker, TBC, dan lain-lain.


- Allah juga berfrman (yang artinya):“Dan janganlah kalian membunuh diri-diri kalian.”(An Nisaa:59).

Rokok membunuh jiwa secara perlahan.


- Allah berfirman tentang bahaya khamr (yang artinya): “Dan dosanya lebih besar daripada manfaatnya.”(Al Baqoroh:219).

Bahaya rokok pun lebih besar dari manfaatnya, bahkan keseluruhannya merupakan kemudharatan.


- Allah berfirman (yang artinya): “Dan janganlah engkau menghambur-hamburkan harta dengan boros, sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara setan.”(Al-Isro:26-27).

Rokok adalah pemborosan dan penghambur-hamburan terhadap harta, termasuk amalan setan.


- Rasulullah Shallalohu ‘alaihi Wa Sallam bersabda (yang artinya): “Tidak boleh ada kemudharatan, tidak boleh ada perbuatan memudharatkan.”(Shahih diriwayatkan Imam Ahmad).

Rokok memudharatkan (membahayakan) penghisapnya, mengganggu orang-orang di sekitarnya dan memboroskan harta.


- Rasulullah Shallalohu ‘alaihi Wa Sallam bersabda (yang artinya): “Dan Allah membenci bila kalian membuang-buang harta.”(Mutaffaqun ‘Alaih).

Rokok merupakan pembuang-buangan terhadap harta maka Alloh membencinya.


- Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang artinya), “Perumpamaan kawan duduk yang baik dengan kawan duduk yang jelek adalah adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup api tukang besi.“(Riwayat Bukhary-Muslim).

Perokok adalah kawan duduk yang jelek yang meniup api.


- Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa yang meniup racun hingga mati maka racun tesebut akan berada di tangannya lalu dihirupkan selama-lamanya di neraka Jahannam.“(Riwayat Muslim).

Rokok mengandung racun nikotin yang membunuh penghisapnya perlahan-lahan dan menyiksanya.


- Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah, maka hendaknya menyingkir dari kita dan menyingkir dari masjid dan duduklah di rumahnya.“(Riwayat Bukhari-Muslim).

Rokok lebih busuk baunya dari bawang putih maupun bawang merah.


Bacaan lanjut di sini : http://qurandansunnah.wordpress.com

READ MORE ...

Mahasiswa Jangan Berdemo. Aku Pesan Ni!

Friday, June 3, 2011

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memberi jaminan akan terus mendengar idea dan pandangan mahasiswa jika ia disalurkan melalui platform betul yang disediakan kerajaan.

NONE
Timbalan Perdana Menteri berkata mahasiswa di negara ini tidak perlu turun ke jalanan untuk mendesak kerajaan mendengar suara mereka sebaliknya mereka boleh menggunakan pelbagai saluran perundingan yang sedia ada.

"Sebagai kerajaan yang responsif terhadap hasrat dan harapan generasi muda, maka saya memberi jaminan bahawa segala pandangan yang dikemukakan oleh para pemimpin mahasiswa akan terus diberikan perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemimpin mahasiswa kini telah menunjukkan kematangan untuk membahaskan isu rakyat dan negara.

"Saya dapati para pemimpin mahasiswa dapat mengemukakan hujah yang bernas mengenai pelbagai isu sama ada berkaitan soal ekonomi, pendidikan, sosial atau pentadbiran negara," katanya.

NONE
Muhyiddin berkata mesyuarat MPPK adalah penting kerana ia merupakan wadah utama yang menghubungkan kepimpinan mahasiswa dengan kerajaan bagi membincangkan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan mahasiswa mahupun kepentingan negara.

"Dengan adanya wadah ini, pemimpin mahasiswa yang mewakili generasi muda di negara ini bebas untuk berbincang, meminta penjelasan dan meluahkan saranan tentang apa sahaja isu yang difikirkan penting.

"Proses musyawarah seperti ini membolehkan kerajaan berpeluang untuk mendengar suara mahasiswa dan dengan itu dapat mengambil kira setiap pandangan dan saranan yang diberi untuk membantu menentukan hala tuju negara," katanya.

Hari ini, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat pertama MPPK tahun ini dengan pembentangan lima kertas kerja berkaitan kreativiti, minda mahasiswa, peranan mahasiswa dalam ekonomi, kecukupan makanan di Malaysia dan cabaran perpaduan antara kaum.

Pembentang adalah daripada Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Seramai 119 orang wakil daripada 20 orang Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan 10 orang dari IPT swasta dan MPPK akan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.





Bary, ni duk demo apa ni Bary? Timbalan PM kan dah pesan. Jangan duk demo.


p/s : KUIN tak terlibat ke dengan mesyarat ni? Bukan mantan Presiden MPM pernah ikut ke mesyuarat ni?

p/s/s : Komen, cadangan, kritikan dialu-alukan. Tajuk entry diubahsuai dari Malaysiakini.
READ MORE ...

10 Negara Harga Minyak Murah

Thursday, June 2, 2011


Salam. Isu minyak merupakan isu rakyat yang sentiasa menjadi isu sensitif. Bila mana kenaikan harga minyak ini berlaku, ianya akan memberi kesan kepada rakyat dan ekonomi itu sendiri. Di sini Asyraf nak kongsikan mengenai 10 buah negara yang memberikan harga minyak yang termurah untuk rakyatnya


10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter


Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petroltermurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter

Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter

Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter

Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter

Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter

Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter

Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter

Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter

Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter

Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.


Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia


# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels


sumber : http://www.sembangkosong.com
READ MORE ...

Kronologi Isu Penindasan 6 Mahasiswa

Wednesday, June 1, 2011



1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari.Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad(Presiden MPM),dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.

3 APRIL 2011 : Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari

: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang,berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah Kuliah Quran.Kata
sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM,Rektor dan Menteri Besar.Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri
Besar enggan bertemu MPM.

4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz.

5 APRIL 2011 : Apabila diteliti segala sumber,surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran.Oleh itu,Pada hari yang sama juga Dekan Kuliah Quran menghantar surat penafian pada laporan pertama yang beliau beri pada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf

: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan buku
mappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa,namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal,berlaku sedikit ketegangan apabila pihak
HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN

6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad ,Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.

7 APRIL 2011 : Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti.Dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.

21 APRIL 2011 : Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Dip Tahfiz dipindah kepada Yayasan Islam kedah (YIKED) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal.
: usaha-usaha MPM dan ITQAN untuk menyelamatkan Diploma Tahfiz daripada dikeluarkan dari Insaniah digencarkan

23 APRIL 2011 : 6 Mahasiswa kita,Faiz Arsyad,Aiman Razab,ZukhiLatif,Ahmad Remy,Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi,mengeluarkan kenyataan akhbar,dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).

30 APRIL 2011 : MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN

2 MEI 2011 : Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz

11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP,telah menghantar surat bantahan terhadap surat HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta' HEP pertama tidak sah!

15 MEI 2011 : 'Surat Cinta' iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.

18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

25 MEI 2011 : Perbicaraan Terhadap 6 mahasiswa yang di dakwa telah berlangsung.Dan diputuskan 5 daripada mereka di gantung pengajian dan 1 orang didenda.

Mohd Faiz Bin Mohd Arshad : Di gantung 2 sem pengajian
Mohd Aiman Bin Che Ab Razab : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Zukhilatif Bin Marzukhi : Surat amaran dan di gantung 1 sem pengajian
Mohd Azlan Mat Zain : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Ahmad Remi Bin Md Arof : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin : Surat Amaran dan denda RM100

Atas tuduhan-menyertai demonstrasi,memberikan ucapan dihadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner),dan merayu serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam.

Akhirnya Demokrasi kampus telah dicabuli,suara-suara mahasiswa telah disekat..sahabat-sahabat kita dikenakan tindakan kerana mempertahankan hak anda mahasiswa,apa tindakan anda? hanya sekadar memerhati!!

READ MORE ...