Followers

ATC Di Hati

Monday, April 4, 2011
Salam.

Alhmdulillah, baru-baru ni ATC telah melabuhkan tirainya. Setelah berhempas pulas selama 3 bulan, akhirnya ini lah yang di tunggu-tunggu oleh mentee ATC.

Asyraf tak mampu nak bercakap panjang. Memang penutupan ATC memang meriah, walaupun ada beberapa kekurangan.

Sememangnya ATC sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan kader-kader dakwah yang terbaik. Ini juga merupakan jalan menuntut ilmu luar kuliah yang sesuai kerana ianya melibatkan perkongsian ilmu bersama mentor yang turut merupakan pelajar biasa seperti mentee.

Sepanjang majlis, memang seronok melihat mentee banyak menguruskan program. Gandingan MC dari MC Team, protokol dari mentee Protocol Team, unit makanan dari Catering Team, semuanya banyak menguruskan program ini dengan seliaan mentor.

Walaupun ada beberapa kesilapan terutama waktu awal program yang mentee protocol silap jemput En Ikmal tu, tetapi inilah pengalaman untuk mendapatkan ilmu. Kesilapan adalah perkara biasa. Dengan kesilapan itulah, kita mampu meningkatkan prestasi diri ini.

Buat sahabat-sahabat Kedai MPM, mintak maaf lah tak sempat bagi kek tu. Kek rasa pandan ja, jangan sedih plak tak dapat rasa. Kesian Haziq dan geng-geng cashier kedai MPM tu. Nanti kita tempah lain na??

Cukuplah setakat ini. Tiada penghargaan selain ucapan TERIMA KASIH buat semua. Manfaatkan ilmu kalian. Anda adalah kader dakwah profesional!

Kek ATC. Beratnya 5 kg. Nilainya RM200, tetapi mendapat tajaan. Terima kasih kepada penaja. Pic di bawah adalah bersama technical team.





8 orang mengarut:

  1. asyraf said...:

    sedap kek pandan...=)

  1. Chenta Faiz said...:

    xde rzeki nk merasa.. igtkn nk tlong hbiskn.. hiii..:)

  1. asyraf said...:

    tu la...spa suh balik awai dari kdai....

  1. Chenta Faiz said...:

    masalah2.. ingtkan ade y nk smpan..
    kui2..

  1. asyraf said...:

    nk buat cmna, rmai yg nak....

  1. Chenta Faiz said...:

    uummm.... yea laa... kek mhal sape xnak..

  1. asyraf said...:

    alaaa....jgn kepingin ssangat...kek pandan jaa...byak kat kedai...cuma besar jaa....

Post a Comment