Followers

7 Perkara Yang Menghairankan

Monday, December 27, 2010
Salam.

Semasa Asyraf buat walking dari blog ke blog tadi, Asyraf terbaca artikel yang agak menarik sebagai nasihat untuk sahabat-sahabat. Asyraf kongsikan di sini. Jom baca!


7 PERKARA YANG MENGHAIRANKAN

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati….tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa….tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir…tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan…tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka…tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin…tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya…tetapi masih mahu mematuhinya.

-Usman bin Affan R.A-


ENAM GOLONGAN YANG MASUK NERAKA TANPA HISAB

Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal)

1. Kerajaan yang zalim

2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.

4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.

6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya.


Apakah kita adalah salah satu daripadanya…? Semoga bermanfaat.


0 orang mengarut:

Post a Comment