Followers

Bekerja Kerana Islam

Wednesday, June 30, 2010
Salam.

Khamis minggu lepas Asyraf dgn mak pi ke Alor Star. Mak nak ke Hutan Kampung, anaknya ini nk ke pejabat jap. Ewah2, macam lah ada pejabat sendiri, padahal pejabat MPM jer. Ada urusan skit.

Agak lama la jugak Asyraf ke sana. Pergi sana, dari jauh terus nampak Kak Timah. Ceria ja Asyraf tengok, masih setia dengan koperasi Sepakat Hati tu. Ada jugak Haziq dengan Hafiz Jamaluddin, duk buat apa pun tak tahu la. Bukan mereka saja yang ada, ramai lagi. Yang dah bergelar alumni pun ada, tapi masih setia dengan INSANIAH ni. Ye lah, sini lah tempat pengembelingan tenaga, ilmu, jiwa, dan raga, memang HATI tu dah tak boleh lekang dari INSANIAH.

Apa pun, sebenarnya mereka ini, dan juga Asyraf termasuknya (mungkin), sentiasa ditarbiah untuk sentiasa melaksanakan tugas-tugas agama. Sanggup tidak bercuti, semata2 untuk orang lain, semata2 orang lain juga dapat ditarbiah dalam ISLAM.

Kadang2 orang melihat kami buang masa ja berprogram sana sini, meeting siang malam, pergi KUIN pagi dan balik lewat pagi, padahal mereka tak tahu, apa kami buat ini kerana agama juga.

Kita melaksanakan pelbagai program, bukan lah kerana nama dan publisiti, hakikatnya untuk orang lain juga untuk mendapat manfaatnya. Kita menganjurkan program ilmiah,program sukan, program pencarian bakat, mengasah bakat, dan pelbagai program2 yang lain. Semuanya kerana agama.

Mengapa Asyraf kata kerana agama juga??

Kerana kerana tuntutan agama yang mahukan umat ISLAM ini seharusnya berimu. ISLAM mahukan umatnya berkembang mindanya, berkepimpinan, berwawasan, sihat tubuh badan dan cerdas otak dan pemikirannya. Jika tiada yang hendak mengnjurkan program2 sebegini, siapa nak buat???

Cumanya, bila seseorang itu tidak berada di dunia kami, mereka akan berkata macam2. Gila kuasa, pulun, poyo, buang masa, macam2 lah. Padahal, mereka yang tidak tahu, apa yang kami buat, untuk mereka juga. Kami tak kesah, cumanya harap2 kawan2 yang lain dapatlah manfaat hasil pengembelingan tenaga, ilmu, masa, dan wang kami yang telah dilabur dan di’lebur’kan untuk anda.


p/s : dah la, taip pendek sudah la….

0 orang mengarut:

Post a Comment