Followers

Baca Yaasin Di Rumah Ustazah Iman

Friday, April 20, 2012
Salam. Semalam, Khamis malam Jumaat, kami telah dijemput oleh Ustazah Iman Isa untuk ke rumahnya di Pendang untuk bacakan Yassin untuk ibunya yang sakit tenat. Dah lama kami dapat maklumat tentang kesihatan ibunya dan hari ini kami dapat ke rumahnya. sempat ke Batu 9 untuk ambil Abg Sham yang turut bersama kami. Biasalah Alumni. Semasa di rumah itu, ternampak di dinding jadual makan ubat untuk ibunya. Boleh kata selang sejam, ada saja ubat untuk ibunya. Ada juga kata-kata semangat dan doa yang ditulis, mereka berharap ibu mereka akan sihat. Allah....

Update : Ibu Ustazah Iman dah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Jumaat sekitar 2 petang, mengikut maklumat yang diterima. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Esok akan ke rumah arwah Abg Narzeri, ada sedikit kenduri oleh keluarga arwah. Jika berkesempatan, mungkin boleh ke kubur arwah.

Al-fatihah untuk arwah ibu Ustazah Iman dan arwah Abg Narzeri










READ MORE ...

Meeting Di Tesco??

Sekumpulan anak muda dilihat sedang bermesyuarat di kaunter pembayaran di Tesco! Apa yang dibincangkan??


Kita beli ayam nak??


Tak yah....kita beli nugget. Ayam ada dah....


Ceh....aku juga kena bayar.....

READ MORE ...

Sedapnya Otak-Otak Kak Cik

Baru-baru ni, semasa dalam fatrah exam, Kak Cik buat iklan tentang jualan Sata dengan Otak-Otak. Ahli keluarganya yang buat. Tengok memang teringin, tetapi memandangkan wang di poket pun belum banyak lagi, PTPTN masuk lambat, kita pun buat tak tau la dengan iklan tu.

Bila berada di Koop untuk exam yang pertama, Kak Cik bawak mai Otak-Otak ni, katanya untuk Haziq. Wah3...terliur plak kita hari tu. Lepas exam pagi tu, masuk Koop terus menikmati makanan nie. Makanan tradisi Johor kan? Ka silap? Hehe. Tapi memang sedap sangatlah Otak-Otak nie. Macam nak tempah lagi, tapi apakan saya, wang belum cukup di tangan, cuma cukup-cikup untuk keperluan harian.

Apa pun, siapa yang nak tempah Otak-Otak ni, boleh Hubungi Kak Cik Hidayah Alfidawi =)


Ini sata. Dah makan setengah, baru teringat nak tangkap gambar.


Nyum2...tengok pun dah terliur.


Sedap sangat. Siapa nak? Sedap dan menyelerakan tau....

READ MORE ...

Kuliah Maghrib Bersama Umara' Takaful

Selepas solat Subuh berjemaah minggu lepas, kami terus mendengar Kuliah Subuh oleh Syeikh Yassin, seorang umara Takaful yang dijemput khas oleh kami. Kitab Riadhussolihin. Menarik kupasannya. Sempat 2 hadis dibacakan. Siapa-siapa yang berminat untuk mendengar kupasan kitab ini. boleh hubungi beliau. Haha.


Kita mulakan dengan Ummul Kitab......


Kuliah start 6.55pagi sebab semua makmum lewat.....


Duk buat lawak la tu =)

READ MORE ...

Jom Makan Dalam Talam!

Jom sama-sama makan dalam talam, ianya berukhwah dan sangat happening!



Mula-mula buang kulit ubi kentang. Hehe.


Potong bawang.


Potong ubi kentang. Potong besar-besar.


Nasi dah siap masak. Siap dalam talam lagi.


Ikan kering. Peninggalan Jaksa Stargate.


Jangan lupa goreng ayam. Best!!


Jom makan!!
READ MORE ...