Followers

Sukan MSR

Friday, January 7, 2011

Salam. Ini adalah sedikit sedutan video semasa Sahabat MSR mengikuti aktiviti sukan. Kesian, kena berpakaian kulliyyah semasa riadhah. Sebenarnya bukan nak menyeksa pun, cuma kesempatan masa tu tiada, kita pun bukan nak sukan teruk-teruk pun, sekadar menghiburkan hati ja.

Seronok tengok sahabat-sahabat berada dalam kegembiraan. Tension kita sebagai FEI pun hilang dengan gelak tawa mereka. Rasa ukhwah tu dekat ja.

Riadhah ini dikendalikan oleh saudara Hazrul sebagai ketua unit yang dijemput dari kampus Sungai Petani. Tak pernah-pernah kita panggil budak SP ke sini, alhmdulillah, melalui cara ni, kita boleh mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.

Ada jugak Bary dengan Azlan Rahim turut mengendalikan sukan petang tu. Nanti Asyraf uploadkan lagi k??

p/s : Thanks to Khairool Ariffin, handycam's owner. Lagi 1, jangan sekadar baca, komen la juga. Hehe....^_^
READ MORE ...

Senyum Yer Kawan-Kawan^_^

READ MORE ...

Jom Masuk Sukan Mahabbah!

Tuesday, January 4, 2011


Salam. InsyaALLAH pada hujung minggu ni, akan diadakan Sukan Mahabbah INSANIAH & Majlis Pelancaran MPM bagi sesi 2010/2011 anjuran MPM sendiri. Antara acara yang dipertandingkan ialah :-

Muslimin :
-Street Soccer
-Badminton
-Sepak Takraw
-Tarik Tali

Muslimat :
-Bola Jaring
-Badminton

Kalau diikutkan, badminton ni untuk muslimin saja, tapi setelah mendapat permintaan yang terlalu banyak, so muslimin pun ada lawan badminton jugak.

Yang menariknya, menurut sumber Unit Pertandingan, kebanyakan muslimin nak masuk badminton, tapi acara beregu. Sebab apa tak mahu perseorangan?? Sebab letih katanya. Haha.

Bagi muslimat pula, semua nak masuk perseorangan. Hebat muslimat ni. Yang muslimin nak pancit, mereka pula bersemangat.

Berita lain pula dari Abg Shahrizan. Geng-geng pelajar antarabangsa, kebanyakan dari Kemboja, semua agak kecewa sebab sukan bola tampar tiada dalamsenarai pertandingan. Kalau diikutkan, memang pelajar-pelajar ni rajin main bola tampar petang-petang. Memang mereka la yang duk kuasai sukan ni, bila tak dak, kecewa lah.

Relax la sahabat-sahabat. Ni baru sukan kecil-kecilan ja. Riadhah sikit-sikit. Tunggu Sukan Integrasi plak. Ha, waktu tu, semua sukan kita lawan. Ok??

Asyraf dah beritahu kat Timbalan Pengarah, kata nak rakam aksi-aksi sepanjang pertandingan ni dan akan divideokan untuk mengumpul dana semula yang banyak dilaburkan sepanjang program ni. Bukan apa, kita ada kemahiran, kita tolonglah bantu mereka. Harap-harap dapat juga meringankan kewangan depa.


Maklumat lanjut tentang Sukan mahabbah, klik sini.
READ MORE ...

Gambar Sepanjang Himpunan Mahasiswa

Sunday, January 2, 2011










Salam. Asyraf selitkan beberapa pic sepanjang berada di Himpunan Mahasiswa kelmarin. Memang meriah.

READ MORE ...

Kebangkitan Mahasiswa!


PETALING JAYA, 1 Jan – Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia (HMUM) hari ini mengeluarkan tiga deklarasi bagi terus memperjuangkan nasib rakyat dan mahasiswa bagi memastikan golongan mahasiswa kekal relevan dan tidak tenggelam di negara ini.

Lebih 200 mahasiswa dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menunjukkan “persaudaraan bawah semangat patriotisme”.

“Kita kena nyatakan pada rakyat pada tahun 2011, mahasiswa akan lebih garang untuk membela rakyat.

“Kita kena nyatakan kepada seluruh warganegara pada 2011 tuntut kebebasan mahasiswa di kampus, politik.

“Pada 2011 kita akan cakna segala dasar kerajaan dan lebih sensitif memberi respon serta jadi semak dan imbang.”

Pengarah HMUM 2011 Ezuan Saad menganggap perhimpunan ini merupakan titik tolak bagi meneruskan perjuangan yang dititipkan pemimpin pelajar terdahulu seperti Anwar Ibrahim, Hishammudin Rais dan Yunus Ali pada era 70-an.

Bekas Presiden Gerak, Nazree Yusof turut bersama pada hari ini bagi membakar semangat mahasiswa yang hadir.


p/s : Asyraf bangga menjadi sebahagian daripada 200 orang tersebut. Walaupun tak ramai, tetapi ianya boleh dianggap permulaan sebuah kebangkitan. Student Power!!
READ MORE ...