Followers

Corat-Coret MSR 3rd Intake

Saturday, December 25, 2010

Salam.

Beberapa hari lepas, Asyraf baru selesaikan kerja Asyraf sebagai S/U MSR buat kali ke dua. Pengambilan kali ini cukup sedikit berbanding yang terdahulu. Banyak Asyraf ingin kongsikan di sini, tetapi Asyraf bagi point-point ja lah.


1. Ada seorang budak dari KL. Dia datang sehelai sepinggang dengan ayah dia. Dia ingat mai daftar ja, tengok-tengok ada MSR. Ayah dah balik, hanset kat KL. Silap INSANIAH la, tak gtau ada MSR. Tapi lepas tu, dengar kata mak dia beritahu dia tu jenis anak mak, anak manja. Pulak dah.


2. Ada warga Bangladesh. Nama Hassan. Muka hindustan. Segak pemakaiannya. Memang mahasiswa kena contohinya. Selalu kena usik oleh Zul, peserta yang agak best kali ni. Dia selalu cakap English, nasib baik faham sikit2. Kesian, dia tak boleh berhujah waktu Diskubat, sebab Yang Di-Pertua ingat dia nak bercakap sebagai Parlimen dari Bangladesh. Haha.

3. Asyraf tiada dalam dewan masa pengenalan adhoc. Asyraf pergi tido.

4. Peserta bernama Zul ni agak kelolo sikit. Tengok mula-mula macam student biasa ja. Tapi rupanya dia dah berkahwin, anak nak masuk 2 orang dah. Rowi kata isterinya mengaji di KITAB, Pulau Pinang. Zul balik dari Mesir, umur 25 kot. Ini FB dia http://www.facebook.com/profile.php?id=100000126714506


5. Pasal Zul lagi. Dia menangis waktu muhasabah perdana tu sebab teringatkan pada anaknya.


6. Di bilik sakit muslimin, ada seorang pesakit yang 2 hari tak bangun. Bangun pun untuk solat ja. Orang kata macam tak nak sihatkan diri ja. Tak pa, husnudzhon.


7. Makanan adhoc tak cukup pada hari ke 3. Ini kerana fesi tumpang makan sama kerana petang terlibat sukan. Sebelum ni, fesi tak makan. Ramai muslimat yang tak dapat makan.


8. Pasal makanan tak cukup jugak. Asyraf mula-mula pergi, makan ayam ketul ja. Kali kedua, ada nasi dengan ayam, tapi sayur habis. Lastly, mintak sikit kat semua ajk sayur depa. Thanks Presiden!


9. Sehari sebelum MSR, perancangan Asyraf untuk menjemput beberapa wakil kelab dan persatuan terpaksa dibatalkan sebab katanya Dekan HEP akan bercakap sendiri tentang kelab dan persatuan. Terpaksalah Asyraf call balik Silat Gayong, FMC, Sukan dll atas penundaan tersebut. Tapi bila slot HEP, tiada siapa pun yang bercakap tentang kelab & persatuan. Hampeh!


10. Dekan HEP kata HEP adalah umpama ayah dan ibu ke dua kepada pelajar. Betul ke?? Rasanya baik bagi title pada Ust Abdul Malik.


11. Sedar tak, satu-satunya pegawai HEP yang tak dijemput semasa slot HEP ialah Abg Din! Please, tolong jangan anak tirikan Abang Din kami!


12. Perancangan ALLAH ternyata hebat sekali. Petang tu sebelum slot Pusat Bahasa, ada setengah jam masa kosong, terus Asyraf jemput Abg Din bagi taklimat sukan yang memang dah lama bersedia dengan teksnya. Syukur Alhamdulillah, dapat menggembirakan hati Abg Din.


13. Ramai yang sakit perut selepas balik asrama pada hari ke 3. Makcik cleaner pun kena jugak. Kesian. Daging rebus tu la puncanya.


14. Ustazah Nazuha tak tahu pun pasal keracunan makanan tersebut sehinggalah Asyraf call beritahu dia. Itu pun dah lewat.


15. Pihak HEP menentang ucapan Presiden MPM diadakan semasa Lafaz Ikrar. Jenuh jugak melawan balik. Asyraf tak tahu, kenapa mereka nak memperkudakan kami. Rancang penat-penat, senang-senang ja nak ubah.


16. Rosmizi kata dia susah nak mencari kesalahan sebab memang betul depa tak buat salah.


17. Ramai student ingat Asyraf Kulliyyah Multimedia sebab selalu pegang handycam. Lagi satu, depa tak tahu Asyraf ni S/U MSR.


18 Cukuplah tu…..


Sememangnya Asyraf sangat letih dalam MSR kali ni, Bukan sebab keja banyak, tapi sebab handycam. Duk keja rakam ja. Lenguh kaki. Sampai 2 kali tak turun slot. Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang banyak membantu dalam menjayakan MSR ni. MSR Peluang Berdakwah!

READ MORE ...

Banner Baru Dari MPM



Ni adalah banner terbaru dari Majlis Perwakilan Mahasiswa. Abg Saifol dengan Faiz Arsyad yang mintak tolong buatkan. Tapi sayangnya bila beritahu kepada Kak Cik kata nak claim duit, dia kata duit tak dak. Alamak, lepas ni kita guna konsep bayar dulu, baru buat, okay?? Hehe......
READ MORE ...

NASYID DAHULU NASYID SEKARANG

Friday, December 24, 2010


.
PENULIS : Jamal Rafaie (http://jamalrafaie.com)

.
Irama nasyid asalnya daripada alunan irama padang pasir di negara Arab. Selepas kedatangan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bait-bait syair yang menceritakan tentang keindahan alam,memuji wanita, berhala dan pemimpin, telah bertukar arah kepada bait-bait syair yang memuji, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah Subhanahu Wataa'la dan Rasul-Nya.

Islam telah tersebar ke seluruh alam dengan berkat usaha para sahabat Nabi SAW. Dengan tersebarnya agama suci ini, secara tidak langsung irama padang pasir yang memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, dan keindahan Islam turut dibawa bersama ke seluruh alam.


NASYID DI NUSANTARA

Irama nasyid di Nusantara telah lama bermula tetapi tidaklah sepopular sekarang. Kehadiran kumpulan Al-Jawaher, Al-Mizan, Orkes Sinar Murni dan El-Suraya (kebanyakannya kumpulan nasyid wanita) telah mewarnai perjalanan irama nasyid suatu ketika dahulu.
Kumpulan Nasyid dulu-dulu
.
Orkes Sinar Murni
.
Selepas itu, irama nasyid di tanah air kita ini dihiasi dengan kehadiran kumpulan nasyid 'indie' atau 'underground' seperti kumpulan nasyid jemaah Al-Arqam iaitu Nada Murni (kumpulan asal Rabbani dan Hijjaz) dan The Zikr (Raihan) dalam era 80-an.

Akhirnya, kumpulan nasyid yang bertujuan murni ini telah keluar dari kepompong 'underground dan indie' dan mula dikenali masyarakat dengan terbitnya album Puji-Pujian dari kumpulan RAIHAN. Penerbitan album Puji-Pujian ini telah mencatatkan rekod di Malaysian Book Of Records dengan jualan album tertinggi dalam sejarah Malaysia dengan jualan album mencecah 1,000,000 album! Masya-Allah..
.
RAIHAN suatu masa dahulu dikenali dengan nama THE ZIKR
.
Siapa yang tidak kenal dengan RAIHAN kan?
.
Selepas pengharaman jemaah Al-Arqam, kumpulan Nada Murni telah pun dibubarkan dan mereka berpecah kepada dua kumpulan yang dikenali pada hari ini sebagai kumpulan HIJJAZ dan RABBANI. Raihan, Hijjaz dan Rabbani boleh dikatakan sebagai kumpulan paling berpengaruh ketika itu dan sekarang.

Lihat sahaja faktor-X mereka yang dapat menembusi hati nurani masyarakat. Cuba minta rakan-rakan anda menyanyikan lagu Puji-Pujian, pasti mereka tahu walaupun mereka itu Mat Rock sekali pun. Try la.. Insya-Allah diorang tahu..
.
RABBANI
.
HIJJAZ
.
Itulah permulaan bagi industri nasyid di Tanah Air kita ini. Kumpulan ini masih tetap subur sehingga sekarang dengan lagu-lagu mereka yang menusuk qalbu. Perubahan tetap berlaku bagi setiap manusia, Nazrey Johani telah menarik diri dari Raihan, Allahyarham Ust Asri Ibrahim telah meninggalkan kita dan Rabbani pada tahun lepas.

Hijjaz pula telah kehilangan rakannya,Soleh, yang kembali kerahmatullah. Namun mereka tetap berjaya sehingga menjadi syarikat yang disegani sekarang seperti Hijjaz Records Sdn Bhd.
.
GENERASI PENYAMBUNG KESINAMBUNGAN DAKWAH
.
Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. banyak memberi sumbangan kepada industri nasyid ini dengan menaungi dan menerbitkan album seperti kumpulan Hijjaz dan Rabbani. Selepas Hijjaz menubuhkan syarikat sendiri, mereka pula meneruskan perjuangan dengan melahirkan kumpulan Inteam yang telah mengubah iklim nasyid Malaysia dengan lagunya yang hits, Kasih Kekasih.

.
INTEAM
.
Kumpulan Inteam bagi saya adalah pelopor irama nasyid kontemporari. Buat kali pertamanya lagu nasyid (Kasih Kekasih) menjadi juara carta ERA suatu ketika dahulu. Lagu ini memberi tamparan impak yang maksima kepada industri hiburan Tanah Air dan membuka lembaran baru irama nasyid kontemporari.
.
Selepas itu, artis nasyid hadir seperti tumbuh bagaikan cendawan. Selepas Inteam, UNIC (kini UNIQUE) dan Mestica pula hadir (artis Hijjaz Records). Artis-artis nasyid lain pula seperti Now See Heart, Brothers, Devotees, Mirwana, dan lain-lain lagi yang terlalu banyak untuk ditulis.
.
UNIC
.
MESTICA
.
NOW SEE HEART
.
MIRWANA
.
Kini, irama nasyid sudah berubah sedikit demi sedikit. Berubah untuk membiasakan iramanya dengan keadaan semasa. Irama padang pasir kepada irama rap, rock, R&B, dan penggunaan alatan muzik canggih telah merubah landskap irama nasyid ini. Namun begitu, usaha dakwah yang tersirat di dalam setiap bait-bait lagunya masih mampu diterima sebagai hiburan yang mendidik jiwa.
.
"Sokonglah kami selagi kami dilandasan yang benar". Kata-kata Bazli UNIC ketika mengadakan persembahan tempoh hari.
.
Sokonglah industri nasyid ini, kerana inilah wadah dakwah melalui hiburan dan jihad kita untuk agama. Irama nasyid memerlukan generasi yang mewarisi perjuangan ini, jangan terjadi seperti irama Dangdut yang suatu ketika dahulu sangat popular dan akhirnya terkubur begitu sahaja kerana tiada pewarisnya.
.
Nasyid dahulu dan sekarang. Sama tapi tidak serupa, irama yang berubah tetapi dakwah yang sama yang memerlukan kesabaran dan pengorbanan untuk mengemudinya.


HIBURAN WADAH DAKWAH!!
READ MORE ...

Lagu Tema MSR Intake Disember



"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh." (QS. At Taubah: 111).

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki." (QS. Ali Imran: 169).

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah." (QS. Al Baqarah: 207).


p/s : Ini adalah lagu tema MSR intake Disember. Lagu tentang jihad dan kecintaan pada agama. Hidup mulia atau mati sebagai mati sebagai syuhada.

READ MORE ...

Ada Apa Dengan 10 Muharram??

Monday, December 13, 2010


Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat-sahabiah sekalian.

kalau ditanya kepada kita apa yang berlaku pada tanggal 10 Muharam? Apa yang akan antum jawab?

"err.., yang saya taw Hari Asyura ja la."

Mungkin ada yang jawab, "hmm.. Bahtera Nabi Nuh berlabuh lepas banjir besar surut" dan mungkin juga ada yang sambung, "hari tu kita akan kacau bubur asyura dan makan beramai2."

Ya, betul la tu. Tapi sebagai seorang Muslim sejati, haruslah kita mengetahuinya dengan lebih lanjut dan mendalam apa yang terkandung dengan 10 Muharram tu.

Entri kali ni ana nak mengajak antum membaca semua sejarah yang berlaku pada tanggal keramat tersebut. Ikutinya..

1:- Bermula dengan Nabi Adam Alaihissalam. Pada tanggal inilah Baginda diterima taubat dan diampunkan Allah setelah beratus-ratus tahun menangis agar diampunkan kesilapannya.

2:- Pada 10 Muharram, Nabi Idris Alaihissalam telah diangkat ke langit sebagai tanda Allah menaikkan darjatnya. Dan ini membuktikan bahawa baginda masih belum wafat lagi hingga ke hari ini.

3:- Nabi Nuh diuji Allah dengan diturunkan bencana banjir besar melanda seluruh alam. Pada tanggal 10 Muharramlah bahtera Baginda dilabuhkan. Dlm banjir tersebut, hanya 40 keluarga manusia dan binatang sahaja terselamat. Baginda diberikan penghormatan kerana 40 keluarga ini shj yang dipilih Allah yang terselamat. Selain drpd itu adalah orang2 yang ingkar akan risalah yang Baginda bawa sehinggakan keluarganya sendiri.

Dikatakan bubur Asyura dibuat bersempena dengan peristiwa ini. Peristiwa di atas bahtera Nabi Nuh yang mana dicampurkan dengan pelbagai jenis bahan daripada buah-buahan, tumbuhan ketika hendak memasak di atas bahtera. Wallahua'lam..

4:- Nabi Ibrahim Alaihissolatuwassalam dilahirkan pada 10 Muharram. Dan pada tanggal itu juga Baginda diangkat sebagai Khalilullah(kekasih Allah). Dan sejarah mencatatkan bahawa pada tanggal ni juga Baginda selamat daripada dibakar hidup2 oleh Raja Namrud. Api menjadi sejuk dan selamat setelah diperintahkan Allah.

5:- Kelima, Allah menyelamatkan Nabi Musa daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat tongkat yang dapat bertukar menjadi ular besar dan memakan semua ular-ular ahli sihir Firaun dan pada 10 Muharram, Baginda dikejar Firaun dan pengikutnya hingga ke Laut Merah.

Atas izin Allah,dengan menggunakan tongkat tersebut, Baginda memukul laut lalu terbelahlah laut menjadi dua. Maka Nabi Musa AS beserta pengikutnya melalui tengah2 lautan tersebut. Setelah semua melalui, maka bercantum semula laut tersebut maka tenggelamlah Firaun bersama dengan pengikutnya di dalam dasar laut.

6:- Pada tanggal ini juga Qarun yang terkenal dengan kekayaan dan kesombongannya ditenggelamkan Allah bersama hartanya ke dalam perut bumi kerana kezalimannya. Dan dikatakan harta Qarun yang tenggelam itu sekarang dah bertukar menjadi minyak hitam dan kini direbut Negara2 Arab untuk dikorek minyak mentah itu. Lihatlah sekarang, mereka sudah mewarisi kesombongan Qarun dahulu hingga cintakan dunia dan melupakan negara2 jiran yang berada dalam kesusahan.

7:- Pada 10 Muharram, Nabi Sulaiman Alaihissalam telah menerima kembali kerajaannya daripada Allah sebagai tanda hormat kepada Baginda.

8:- Allah menguji Nabi Yunus Alaihissalam dengan ditelan oleh ikan Nun selama 40 hari di dalam perut ikan. dan sejarah tercatat bahawa Allah mengeluarkan Baginda pada 10 Muharram.

9:- Nabi Isa Alaihissalam diuji Allah dengan dikejar oleh kaumnya untuk disalib. Maka pada 10 Muharram, diangkat Allah akan Baginda ke langit dan digantikan dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kpd Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

Jadi sudah antum baca semuanya.. Alhamdulillah, maka kalau ditanya kepada kita keistimewaan Hari 10 Muharram ni, tiada masalah untuk antum menjawabnya.

Dan terakhir, suka ana peringatkan bahawa jangan lupa untuk kita sama2 berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram. Kalau nak puasa, puasa dua-dua hari tu sekali. Kalau tak, serupalah dengan Kaum Yahudi.

Sekian, Wallahua'lam..

http://pena-sufi.blogspot.com/2010/12/bismillahirrahmanirrahim.html

READ MORE ...