Followers

Persembahan Seni Silat Pusaka Gayung

Monday, January 30, 2012


Ini adalah persembahan silat semasa Majlis Pelancaran Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN. Sangat best persembahan mereka. Cuma perlu diseriuskan lagi. Bagi nampak real dan ganas lagi, baru seronok!

READ MORE ...

Siasah Syar'iyyah di INSPIN

Tuesday, January 24, 2012
Minggu lepas Asyraf mengikuti program Wacana Siasah tentang Siasah Syar'iyyah bertempat di Dewan Sultanah Bahiyah, INSPIN.





READ MORE ...

Van KUIN Kemalangan

Awal pagi selepas audition, Asyraf bergegas pulang ke rumah sewa setelah merehatkan diri di Orchard Ilmi. Semasa mahu keluar dari area Stargate, ternampak kereta Ust Azki di tepi jalan. Pelik juga, ust buat apa parking kereta di situ, rupa-rupanya van KUIN eksiden. 

Memang bengang ust pagi tu, tahu kenapa? Sebab pemandunya tiada authority untuk memandu van tersebut. Kebenaran memandu hanya untuk staf terpilih sahaja, sedangkan pemandu pagi itu bukan staff KUIN pun, tapi dengarnya pekerja kantin di Stargate. Ust tanya mereka "Siapa yang bagi kebenaran untuk bawa?", mereka tanya balik "Ust ni siapa?". Mereka tidak kenal Ust Azki yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemandu van tersebut dan memang kenderaan KUIN dibawah tanggungjawab ust. 

Pedoman untuk kita. Jangan main kroni.





READ MORE ...

Makan-Makan Lepas Audition APM

Ini adalah gambar-gambar kami selepas audition APM yang lalu. Penat melaksanakan sesi rakaman dan audition, kami terus ke kedai makan berhampiran untuk menikmati makan malam. Lapar sungguh kami pada malam itu.








READ MORE ...

Rakaman Video

Saturday, January 14, 2012
Baru-baru ini Majlis Perwakilan Mahasiswa telah mengadakan Majlis Pelancaran bagi sesi mereka. Asyraf diminta oleh pihak KEMUDI untuk membuat sedikit rakaman monolog mereka. Memang bestlah lakonan mereka. Berkesan dan menarik. 


Kumpulan Simfoni


Macam baju ATC


Monolog Kemudi

Ini sahaja yang dapat dikongsikan. Malas nak menaip. See U later.

READ MORE ...

Kucing Haiwan Yang Bersih

Thursday, January 5, 2012

Salam.

Anda bela kucing tak? Suka tak kucing? Comel kan kucing? Saya tidak bela kucing sebab katanya kotor. Betul ke kotor? jom baca sedikit pengisian di bawah ini.

**********************************

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Kabsyah menjawab, “Ya”.

Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahualam...


Sumber : Sini
READ MORE ...

IMaP Sayang Perlis

Wednesday, January 4, 2012
Salam.

Baru baru ini Asyraf dan kawan-kawan menyertai program turun ke padang bersama masyarakat negeri Perlis anjuran Ikatan Mahasiswa Perlis sempena sambutan tahun baru 2012 di Kuala Perlis. Kuala Perlis merupakan anatara kawasan tumpuan bagi masyarakat untuk bersosial.

Kalau diikutkan pada malam yang sama Skuad Hizbah Islami nak buat juga program sebegini di Kedah, tetapi tidak dapat dijalankan kerana pengurusan Hal Ehwal Pelajar terlalu skema mengalahkan menteri. Nak amar makruf nahi mungkar pun kena hitam putih. Orang nak buat aktiviti ja pun, bukan buat program. Jenuh macam nie. Apa pun, inilah kali pertama Asyraf sampai di Masjid al-Hussain ini dan inilah kali pertama kami menganjurkan aktiviti bersama IMaP ini. 

Tahniah IMaP!


Masjid al-Hussain pada waktu malam


Anas Akram main mesej. Keja main mesej. Tengah mesej pun main.


Nyanyian di dataran Kuala Perlis


Hanif Sunan dari Utan Aji dan Hasyby dari Kedah.


Adik-adik lepasan SPM turut bersama


Turun bermasyarakat. IMaP sayang negeri Perlis.


Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti kami. Membadakkan diri di sebuah gerai makan.


Hasyby dan Anas Akram dari KUIN. Sanggup turun dari Kedah. Terasa ukhuwwahnya.


Sahabat-sahabat IMaP yang sama-sama hadir. Teruskan perjalanan dakwah ini.


Muhammad Al-Fateh. Anak Ust Iqbal. Sehebat namanya. Kuat makan. Makan apa sahaja yang berada di tangannya.


Sehebat-hebat pejuang mahasiswa, dalam hati tetap ada taman. Tetap terserlah kebapaan. Ciri-ciri kesuamian belum ada. Haha.


Hasyby minum air. Kuat minum. 


Aiman ahli usrah yang disayangi. Ana sayang enta sheikh!!

READ MORE ...

Jom Sertai Akademi Pendakwah Muda

Jom semua sertai sebuah program realiti Akademi Pendakwah Muda anjuran Triple T Training. Bersama menimba ilmu dari trainer-trainer kami yang berpengalaman.







READ MORE ...