Followers

Forum Maulid-Al-rasul Peringkat INSANIAH

Wednesday, February 23, 2011
Salam. Sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni, MPM akan mengadakan satu Forum Maulid-Al-Rasul peringkat INSANIAH. Berikut adalah butiran yang berkaitan :


Tajuk : Maulid-Al-Rasul : Sekadar Sambutan??

Ahli Panel : Sohibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderuddin Bin Hj Ahmad
(Mufti Kerajaan Negeri Kedah)

Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Bin Hanafi
(Dekan Kuliyyah Syariah, Tokoh Pendakwah Maulidur Rasul 1432H)

Moderator : Ustaz Mohd Azki Hafizi Bin Ibrahim
(Penolong Pendaftar Sumber Manusia, INSANIAH)

Tempat : Surau INSANIAH

Masa & Hari : 9.00 Malam, Ahad, 27 Februari 2011

Oleh itu, dijemput semua untuk hadir yer??



READ MORE ...

Sedikit Kata-Kata Di JKR 10

Sunday, February 20, 2011

Salam.

Seronok nak berkongsi tentang temuramah semasa ke jaulah baru-baru ini.

Memang dijangkakan, kami hendak menemuramah Tok Guru sempena kehairan kami ke sana, tetapi agak ralat sedikit kerana Tok Guru ada perjumpaan dan mesyuarat tertutup bersama wakil Orang Asli atas beberapa isu, so Tok Guru telah mewakilkan Exco Penerangannya iaitu Dr Mohd Fadhli Dato’ Hassan untuk bertemu kami.

Dr Mohd Fadhli Dato’ Hassan mengucapkan terima kasih kepada kami atas kehadiran kami dan memaklumkan beliau diminta untuk mewakili Tok Guru kerana Tok Guru amat sibuk. Dalam ucapannya, Dr telah menyebutkan beberapa perkara :

1) “Kita bukan memerintah Kelantan, kita cuma mentadbir sahaja. Memerintah memerlukan kita memegang kerajaan pusat dan menguasai 2/3 majoriti. Ianya seperti sebuah jabatan, Pengarah Jabatan cuma mentadbir, bukan memerintah”

2) “Yang Islamic di Kelantan ialah cara kita mentadbir, tidak mengamalkan rasuah dan pendidikan yang mengamalkan islam. Luaran memang tidak nampak islamiknya, tetapi isinya penuh dengan penghayatan islam. Contoh sebuah rumah yang tidak nampak ciri-ciri islamiknya, tetapi dalam rumah itu yang mengamalkannya”

3) “Kita tidak kisah walaupun royalty minyak kita diambil pihak kerajaan pusat, tetapi sekurang-kurangnya Kelantan boleh mendapat hasil pendaratan minyak di pengkalan.Itu pun dah berjuta-juta Kelantan akan dapat. Dengan hasil itu kita akan mampu membangunkan Kelantan, perhubungan akan bertambah sekaligus lebuhraya mungkin dapat dibina, rakyat Kelantan juga akan menerima hasil royalty tersebut. Tetapi kerajaan telah buat perkara sebaliknya. Hasil minyak didaratkan di Songkhla yang beribu batu jauhnya dari Kelantan, hasilnya Songkhla yang kaya, mereka yang dapat pembangunan, lebuhraya mereka yang dapat. Kelantan dapat apa?? ”

4) “Slogan ‘Membangun Bersama ISLAM ’ bermaksud ISLAM itu boleh membangunkan masyarakat.’ ”

5) “Asas penerapan nilai ISLAM di Kelantan terbahagi kepada 3 iaitu ‘Ubudiyah’ [Kehambaan], ‘Masuliah’ [Ketanggungjawaban] dan ’Itqal’ [Cemerlang]”

6) “Kamu semua bertuah dan mewah, di belakang sana disediakan jamuan untuk kamu. Kami exco selepas bermesyuarat, cuma disediakan nasi bungkus sahaja. ”

Selepas makan, kami berpeluang untuk berjemaah bersama Tok Guru. Alhmdulillah, niat untuk bersemuka bersama Tok Guru akhirnya tercapai. Kami berusaha menunggu dengan masa yang agak lama untuk bergambar bersama beliau memandangkan beliau ada perbincangan sedikit. Teringat selepas solat jemaah tadi, Tok Guru telah menyebutkan:

1) “Sengaja saya pakai songkok orang asli ini semasa solat, tujuannya untuk saya bagitahu semua dalam islam tiada pakaian rasmi. Yang ada cuma tutup aurat sahaja. Kita nak pakai apa pun tak apa. Jubah ka, baju melayu ka, apa pun semua boleh. Saya cuma nak redakan semangat kebangsaan saja. ”

Setelah tunggu beberapa lama, kami akhirnya dapat bergambar bersama beliau. Sempat juga Asyraf melaksanakan tujuan utama yang boleh dikatakan kemuncak tujuan ke sana. Bersemuka bersama Tok Guru dan berada di sisinya adalah penghormatan yang cukup besar bagi Asyraf. Kamera handset penuh di hadapan Tok Guru. Bukan senang nak bersama beliau. Sampai penat Tok Guru bercakap semata-mata untuk kami.

Menurut petugas JKR 10, kami sememangnya bertuah kerana

“Kalau ada 100 rombongan pun, 1 pun cukup payah nak bergambar dengan Tok Guru apatah lagi buat rakaman bersamanya.”

Allahuakbar, memang bersyukur sangat-sangat kerana berpeluang bersama seorang ulama yang sememangnya diiktiraf dunia. Mungkin orang lain berpeluang bersama ulama yang jauh lebih hebat seperti Yusuf Qardhawi, tetapi bagi Asyraf bersama Tok Guru pun dah cukup hebat. Tambahan lagi bersemuka, bercakap secara peribadi, dan duduk di sisinya.

Terima kasih Tok Guru. Akan kami turuti nasihat Tok Guru itu.

Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
YB Dr. Mohd Fadhli Dato’ Hassan

Inilah lokasi kami diberi penerangan. Maaf, gambar ori tiada.

Rostroom inilah tempat Abang Akram jadi tourist guide untuk MPM. Pic ori tiada jugak. Asyraf tiada kamera.



Baca jangan sekadar baca. Komen la sama.......
READ MORE ...

20 Coretan Semasa Jaulah

Friday, February 18, 2011

Assalamualaikum.

Beberapa coretan di sini. Suka-suka.

1. 1Asyraf sebut “Sila” untuk persilakan kawan masuk kedai, tapi ditegur Hanif sebab “Sila” bagi Kelantan ialah “Duduk Bersila”. Kena sebut “Silakan” atau “Lah” ke “ Loh” ntah.

2. 2Mintak teh ais. Tak kena jugak, Teh Beng yang betul. Aiseyman…

3. Pagi-pagi disebut makanan berlauk, walaupun menunya adalah makanan tengah hari.

4. 4Pergi sebagai ATC, buat kerja sebagai Triple T.

5. Akram jadi tourist guide untuk MPM di JKR 10.

6. JKR 10 tu kediaman rasmi MB Kelantan la. Itu pun tak tahu ke??

7. Semasa kami sampai ke JKR 10, Tok Guru ada meeting dengan Orang Asli.

8. Tertib sungguh Tok Guru bersolat.

9. Bas KUIN telah memutuskan wayar telefon di KIAS. Keh3. Habis semua student KIAS jenguk dari tingkap asrama.

10. Keropok losong disebut Keropok lesung oleh presiden. Hehe. Nak kena lesing dia ni.

11 Rumah Tok Guru dengan Tuan Guru tiada pak guard.

12. Masjid Rusila ada hampir 10 saf berjemaah. Nak ke tandas pun kena beratur.

13. Masjid Kristal ada hampir 10 jemaah je, itu pun sebab rombongan kami. Itu pun tak sampai 1 saf.

14. Driver bas suka pasang lagu macam-macam jenis. Dalam 10 minit, beberapa muslimin akan dapat mesej dari penduduk belakang bas “Maher Zain Please….”

15. Bas berat dengan keropok losong

16. Program Jalan-Jalan Makan-Makan disebutkan begitu kerana sebelum dapat makan, kami kena berjalan dulu.

17. Satu program reality telah berlangsung semasa di Terengganu. Ust Saifol tersingkir awal. Hehehe…

18. Imam Masjid Kristal macam tak pernah dengar ja nama Kolej Universiti INSANIAH.

19. Dah, habis dah….

20. Dah la wehhh…….


Cukuplah setakat itu. Penat menulis ni dey. Jumpa lagi.

Ha, jangan lupa komen plak. Tau baca ja.....

Inilah Masjid Rusila. Pertama kali Asyraf tengok. Orang lain dah berkali-kali
READ MORE ...

Penatnya Jaulah MPM ^_^

Thursday, February 17, 2011

Salam

Asyraf is come in back!!

Hehehe…

Alhamdulillah, setelah 3 hari berjaulah ke Kelantan & Terengganu, akhirnya pulanglah sudah si empunya badan nie ke rumah sewa. Perjalanan yang penuh bunyi-bunyian karat bawah pemandu bas INSANIAH itu walaupun menyakitkan, tetapi keriangan bersama-sama sahabat dan keterujaan bersama ulama telah melicinkan kembali karat-karat tersebut secara batiniahnya. Ni faham ke tak ni??

Ada banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama. Bermula dari perjalanan bas di INSANIAH yang memang lewat sehingga memerajukkan Abg Wan & member drivernya, terus kepada kemerajukan dan kebengangan muslimat terhadap muslimin sebab janji pukul 7.30 pgi tapi sampai 9.00 pagi dan akhir sekali selamat kembali ke INSANIAH tanpa mandi! Hehe. Budak-budak asasi tu entah kata apa la kat kami semua nie. Depa pun satu, wangi sangat tu kenapa, kan muslimat tak leh wangi-wangi. Ehmm…tak pa la, wangi sikit-sikit ja, ahli rombongan ja yang tak wangi. ^_^

Mai nak cerita sikit tempat-tempat yang kami lawat. Antaranya ialah kediaman rasmi MB Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kemudian kami terus ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra atau KIAS, kemudian bergerak keluar ke rumah Ustazah Syamimi untuk program Jalan-Jalan Makan-Makan (Keh3. Jangan marah dey), patah balik ke KIAS selepas maghrib untuk perjumpaan pelajar program kerjasama KUIN-KIAS dan akhirnya ke homestay yang disediakan oleh Persatuan Mahasiswa KIAS atau PMKIAS.

Hah, bangun pagi pulak, dah la lewat, lambat plak tu. Lepas bersarapan di sebuah kedai yang agak suram muram dengan kebengangan yang telah disebutkan di atas tadi, kami terus pulak ke Terengganu untuk program Jalan-Jalan Makan-Makan buat kali ke 2. Rumah siapa? Rumah Ustazah Mariyam. Puas tak makan? Alhmdulillah, pergghhh, siap boleh main markah lagi kat umah tu. (Tak tahu, duk diam). Sambung lagi ke rumah Tuan Guru Abdul Hadi Awang, solat di Masjid Rusila, kami ke Masjid Kristal yang sedikit jemaahnya. Nak balik, singgah le kedai Ori Keropok Losong, dia bagi makan free sebab nak promote kedainya.

Memang berpuas hati sangat lah kami ke sana. Tambah-tambah lagi pergi sebagai wakil ATC (mungkin), tapi buat kerja Triple T. Dapat temuramah orang besar plak tu. Cium tangan Tok Guru 3 kali dey. Bukan senang tu. Tak pa, nanti kita cerita lain. Berenti la dulu. Kalo rajin, Asyraf post entry baru. Saja kongsi-kongsi. Okay. Wassalam


Kredit picture to Kak Cik
READ MORE ...

Trip To Kelantan & Terengganu!

Sunday, February 13, 2011
Assalamualaikum semua.

Malam ni, Asyraf InsyaALLAH akan mengikuti jaulah bersama MPM ke Kelantan dan Terangganu yang telah dirancang sekian lama.

Memang menjadi kebiasaan kepada MPM untuk mengadakan jaulah sebegini. Memandangkan sekarang adalah cuti semester, maka waktu cuti beginilah pihak pimpinan ini nak merehatkan minda sambil mendapatkan beberapa ilmu dan kerjasa dengan beberapa pihak di sebelah sana.

Asyraf bukannya MPM pun nak ikut ke sana, tetapi memandangkan Asyraf antara pemegang proksi dalam kampus, jadi Asyraf dijemput sekali untuk bersama-sama mereka. Dapatlah merasa sedikit menjadi MPM. Ahha.

Asyraf adalah sekretariat S/U MPM, ustaz Saifol Fairuz. Kiranya AJK bawahan dia lah. Sebelum ni berada dalam biro sahaja. Sesi lepas Asyraf tak jadi AJK pun kerana berada bersama JAKSA, walaupun hanya beberapa ketika sahaja.

InsyaALLAH dalam 3 jam lagi kami akan bertolak. Pakayt-pakat menyiapkan diri sekarang. Bawak semua kelengkapan. Sekali blazer, kasut hitam, songkok pun kena bawa la pulak. Leceh la depa nie, tapi nak buat macam mana, sebab kami akan bergerak ke beberapa buah kampus untuk mengikuti gerak kerja serta environment di kawasan sana. Asyraf difahamkan anatara kampus yang akan kami ke sana ialah KIAS dan UNISZA. Ntah betul ke tidak, tak tahu la. Asyraf ikut jer.

Tapi setakat yang Asyraf ingat, kami akan ke rumah Tok Guru Nik Aziz jugak. Wah, dalam sebulan Asyraf akan ke sana 2 kali la nampaknya. Sebelum ni biasa sampai dah, tapi dah lewat malam, Tok Guru kita tu dah tido, so tak boleh kacau dia. Biasalah orang tua-tua, kena faham sendiri lah. Pemimpin pun kena tahu jaga kesihatan jugak. Kami dimaklumkan pun sebelum dia tidur tadi, dia dah buat pengajian di surau di sebelah rumahnya.

Errrmmm...nanti Asyraf akan uploadkan pic sepanjang kami ke sana. Pinjam kamera member kot, Asyraf mana ada kamera sendiri. Nantilah dah ada duit sendiri, Asyraf beli kamera, DSLR lagi. Haha.

Doakan semoga jaulah MPM ini mendapat rahmat dari ALLAH SWT. Kita bukan bersuka ria pada asasnya, tetapi kita mahukan sesuatu di sebaliknya. Kita mahukan ilmu, pengalaman serta ukhuwah yang mungkin akan lebih erat lagi bersama pimpinan kampus sana.

Balik nanti, jangan duk macam tu ja ok??

Mahasiswa mahukan perubahan. Pergi dan bawa pulang ilmu, kita bawa perubahan di sini. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

Tata^_^



Adakah Asyraf akan ke sini?? Tunggu je lah.



Tengok peta dulu ok???


READ MORE ...

Memperingati 60 Tahun Syahid Hassan Al-Banna (12 Feb 1949 - 12 Feb 2011)

Thursday, February 10, 2011

Mudah-mudahan Intifadhah yang sedang berlaku di Mesir saat ini membawa kita untuk kembali mengingati tokoh penting gerakan Ikhwan Muslimin yang pernah bergerak dan hidup untuk dakwah tanpa mengenal penat, lelah dan jemu walau dihimpit pelbagai mehnah dan tribulasi. Inilah Imam Hasan Al-Banna (As-Syahid, InsyaAllah)


Lahir pada tahun 1906 dan menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928 dan Ikhwan pernah diharamkan pada tahun 1948 serta semua asetnya disita.
Wajah tenang sang da'ie ilallah.
Kemuncaknya, beliau ditembak mati pada 12 Februari 1949 ketika keluar dari pejabat Syubban Muslimin dalam satu tragedi berdarah yang sengaja dirancang.


Hasan Al-Banna dengan uniform "Unit Amal" (ketenteraan) Ikhwan Muslimin
Bersama sahabat-sahabat seperjuangan dan murid-muridnya
Bersama pendukung perjuangan Islam di Mesir
Hassan Al-Banna memimpin demonstrasi bersama mahasiswa menentang pencerobohan British ke atas Mesir (1946) dengan peperangan sengit sehingga tahun 1948 dan menghantar kader-kader Ikhwan menggempur penjajah Yahudi yang masuk ke Palestin pada tahun 1948.
Sedang menyampaikan pidato
Sentiasa menyeru manusia baik orang awam mahupun pemerintah agar kembali berpegang kepada Islam
Suasana di pejabat beliau
Kezaliman dan penindasan yang begitu dahsyat terhadap Ikhwan Muslimin berlaku antaranya di zaman pemerintahan Pres.Gamal Abdul Naser (atas). Syed Quthb dan beberapa tokoh lain terbunuh di era pemerintahannya.
Raja Farouq antara yang turut menghadapi Ikhwan Muslimin di era pemerintahan Gamal Abdul Naser.
Tokoh gerakan Islam di Indonesia, H.Agus Salim menziarahi Al-Banna bersama H.Rasjidi sebagai wakil kerajaan Indonesia bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan Ikhwan kepada perjuangan Indonesia
Anda boleh membaca senarai nama-nama tokoh Ikhwan Muslimin yang dibunuh, digantung, ditembak, diseksa dan dipenjara dibawah beberapa Pres.Mesir sejak pembunuhan Al-Banna pada artikel saya pada Bulan Mac 2001 diblog ini.


READ MORE ...

Malaysia vs Hong Kong | Gol Amirulhadi Zainal

Salam. Ni gol pertama Malaysia lawan Hong Kong
READ MORE ...

Malaysia vs Hong Kong | Gol Safiq Rahim


Salam. Ni gol pertama Malaysia lawan Hong Kong
READ MORE ...

Coming Soon : Triple T Tv

Wednesday, February 9, 2011

Salam,

Semalam Asyraf dapat panggilan untuk masuk meeting program terbaru bawah Ust Azki, iaitu Triple T Tv. Turut dijemput ialah Asyraf Zainol, Syafik Ishak, dan Khairul Ariffin, tapi tak semua yang hadir.

Memang best perancangan Ust Azki. Dia memang bersungguh-sungguh untuk terbitkan program ni. Bahkan semalam kami semua dah rancang siap gerak kerja pertama kami. Asyraf kena buat logo Triple T Tv, Asyraf Zainol buat iklan dan Fathi akan jadi pengarah program ni.

Konsep yang dibawa adalah Usrah & Tarbiah, buat secara online waulaupun menggunakan Youtube, dan kita mengharapkan ianya mampu meletup dalam masa setahun.

Ada beberapa rancangan yang akan dibuat, tetapi Asyraf tak leh nak ceritakan di sini. Cumanya Asyraf dah dilantik untuk menjadi penerbit bagi program Berita Triple T. Wah, hebat jugak Asyraf nie ek??

Ada beberpa benda lagi nak diceritakan, tetapi cukuplah takat maklumat awal nie. Ha, sebelum terlupa, InsyaALLAH lepas ni ustaz nak buat audition untuk cari pemberita, wartawan, dan pengacara program TV nie. Kita akan cari sungguh-sungguh, bukan main-main dah. Harapnya budak-budak INSANIAH ni boleh ambik peluang yang ada nie.

Siapa berminat, hubungi Fathi Omar atau Asyraf sendiri pun boleh.....


READ MORE ...

Jalan-Jalan PC Fair

Monday, February 7, 2011
Salam.

Petang tadi lepas asar Asyraf ke PC Fair mini di City Plaza bersama-sama Asyraf Zainol dan Syafiq Ishak. Kebetulan ada, Asyraf memang dah lama nk beli external memandangkan bahagian D pada laptop pun dah penuh. Ni la sebab banyak sangat save adobe dengan ulead, semua fail berat-berat belaka.

Dekat RM200 jugak la dihabiskan hari ini. Nak buat macam mana, memang kena guna pun. Tak pa, duit habis untuk harta benda keperluan, mukan habis tang makan. Hehe. Pic bawah adalah jenama yang Asyraf beli.

READ MORE ...

Asyraf at The Muslim Network!


Salam.

Hari ni Asyraf dah sign up laman web sosial terbaru iaitu The Muslim Network. Asyraf tengok pagenya macam FB, cumanya lebih islamik dan berprivacy dari FB. InsyaALLAH, kita cuba kembangkan penggunaan TMN ni ke seluruh mahasiswa INSANIAH melalui pembukaan akaun kelab dan persatuan di INSANIAH supaya semua boleh turut menyertai dunia muslim ini. Harap-harap MPM pun boleh jadi pencetus dalam usaha ini.

Ini link untuk TMN Asyraf. Yang dah ada, boleh add.

READ MORE ...

Hikmah dari Musibah

Saturday, February 5, 2011


Musibah. Pada dasarnya merupakan sesuatu yang begitu akrab dengan kehidupan kita. Adakah orang yang tidak pernah mendapatkan musibah? Tentu tak ada. Musibah adalah salah satu bentuk ujian yang diberikan Allah kepada manusia. la adalah sunnatullah yang berlaku atas para hamba-Nya. la bukan berlaku pada orang-orang yang lalai dan jauh dari nilai-nilai agama saja. Namun ia juga menimpa orang-orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa. Bahkan, semakin tinggi kedudukan seorang hamba di sisi Allah, maka semakin berat ujian dan cobaan yang diberikan Allah I kepadanya. Karena Dia akan menguji keimanan dan ketabahan hamba yang dicintai-Nya.

Sebagai contoh, bangsa kita tercinta sekarang ini sedang dirundung dan didera dengan berbagai musibah, mulai dari gelombang tsunami, lumpur lapindo, flu burung, busung lapar, gizi buruk, harga melonjak ditambah seabreg permasalahan nasional yang tak kunjung teratasi, akan tetapi sayangnya sedikit yang bisa mengambil hikmah dari musibah yang sedang kita derita. Ujian yang semestinya mendongkrak kualitas keimanan dan mengantar pada keberkahan temyata sering membawa kepada murka Allah. Tak lain karena orang yang terkena musibah tak mampu bersikap benar saat menghadapinya.

Sesungguhnya di balik musibah itu terdapat hikmah dan pelajaran yang banyak bagi mereka yang bersabar dan menyerahkan semuanya kepada Allah I yang telah mentakdirkan itu semua untuk hamba-Nya, diantara hikmah yang bisa kita petik antara lain adalah:

1. Musibah akan mendidik jiwa dan menyucikannya dari dosa dan kemaksiatan.

Allah Ta'ala berfirman:

وَمَآأَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا عَن كَثِيرٍ ( الشورى: 30)

artinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS asy Syura: 30)

Dalam ayat ini terdapat kabar gembira sekaligus ancaman jika kita mengetahui bahwa musibah yang kita alami adalah merupakan hukuman atas dosa-dosa kita. Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu bahwa Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: ”Tidak ada penyakit, kesedihan dan bahaya yang menimpa seorang mukmin hinggga duri yang menusuknya melain-kan Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya dengan semua itu.” (HR. Bukhari)

Dalam hadits lain beliau bersabda:“Cobaan senantiasa akan menimpa seorang mukmin, keluarga, harta dan anaknya hingga dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.”
Sebagian ulama salaf berkata, “Kalau bukan karena musibah-musibah yang kita alami di dunia, niscaya kita akan datang di hari kiamat dalam keadaan pailit.”

2. Mendapatkan kebahagiaan (pahala) tak terhingga di akhirat.

Itu merupakan balasan dari musibah yang diderita oleh seorang hamba sewaktu di dunia, sebab kegetiran hidup yang dirasakan seorang hamba ketika di dunia akan berubah menjadi kenikmatan di akhirat dan sebaliknya. Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, ”Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir.”

Dan dalam hadits lain disebutkan, ”Kematian adalah hiburan bagi orang beriman.” (HR .Ibnu Abi ad Dunya dengan sanad hasan).


3. Sebagai parameter kesabaran seorang hamba.

Sebagaimana dituturkan, bahwa seandainya tidak ada ujian maka tidak akan tampak keutamaan sabar. Apabila ada kesabaran maka akan muncul segala macam kebaikan yang menyertainya, namun jika tidak ada kesabaran maka akan lenyap pula kebaikan itu.

Anas Radhiallaahu anhu meriwayatkan sebuah hadits secara marfu’, “Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya cobaan. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cobaan. Barang siapa yang ridha atas cobaan tersebut maka dia mendapat keridhaan Allah dan barang siapa yang berkeluh kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah.”

Apabila seorang hamba bersabar dan imannya tetap tegar maka akan ditulis namanya dalam daftar orang-orang yang sabar. Apabila kesabaran itu memunculkan sikap ridha maka ia akan ditulis dalam daftar orang-orang yang ridha. Dan jikalau memunculkan pujian dan syukur kepada Allah maka dia akan ditulis namanya bersama-sama orang yang bersyukur. Jika Allah mengaruniai sikap sabar dan syukur kepada seorang hamba maka setiap ketetapan Allah yang berlaku padanya akan menjadi baik semuanya.

Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, “Sungguh menakjubkan kondisi seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Jika memperoleh kelapangan lalu ia bersyukur maka itu adalah baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan lalu ia bersabar maka itupun baik baginya (juga).”

4- Dapat memurnikan tauhid dan menautkan hati kepada Allah.

Wahab bin Munabbih berkata, “Allah menurunkan cobaan supaya hamba memanjatkan do’a dengan sebab bala’ itu.”

Dalam surat Fushilat ayat 51 Allah berfirman,

وَإِذَآ أَنْعَمْنَا عَلَى اْلإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَئَا بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَآءٍ عَرِيضٍ (فصلت:51 )

artinya, “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdo’a.”

Musibah dapat menyebabkan seorang hamba berdoa dengan sungguh-sungguh, tawakkal dan ikhlas dalam memohon. Dengan kembali kepada Allah (inabah) seorang hamba akan merasakan manisnya iman, yang lebih nikmat dari lenyapnya penyakit yang diderita. Apabila seseorang ditimpa musibah baik berupa kefakiran, penyakit dan lainnya maka hendaknya hanya berdo’a dan memohon pertolongan kepada Allah saja sebagiamana dilakukan oleh Nabi Ayyub 'Alaihis Salam yang berdoa, “Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Rabbnya, ”(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”. (QS. Al Anbiyaa :83)

5. Memunculkan berbagai macam ibadah yang menyertainya.

Di antara ibadah yang muncul adalah ibadah hati berupa khasyyah (rasa takut) kepada Allah. Berapa banyak musibah yang menyebabkan seorang hamba menjadi istiqamah dalam agamanya, berlari mendekat kepada Allah menjauhkan diri dari kesesatan.

6. Dapat mengikis sikap sombong, ujub dan besar kepala.

Jika seorang hamba kondisinya serba baik dan tak pernah ditimpa musibah maka biasanya ia akan bertindak melampaui batas, lupa awal kejadiannya dan lupa tujuan akhir dari kehidupannya. Akan tetapi ketika ia ditimpa sakit, mengeluarkan berbagai kotoran, bau tak sedap,dahak dan terpaksa harus lapar, kesakitan bahkan mati, maka ia tak mampu memberi manfaat dan menolak bahaya dari dirinya. Dia tak akan mampu menguasai kematian, terkadang ia ingin mengetahui sesuatu tetapi tak kuasa, ingin mengingat sesuatu namun tetap saja lupa. Tak ada yang dapat ia lakukan untuk dirinya, demikian pula orang lain tak mampu berbuat apa-apa untuk menolongnya. Maka apakah pantas baginya menyombongkan diri di hadapan Allah dan sesama manusia?

7. Memperkuat harapan (raja’) kepada Allah.

Harapan atau raja’ merupakan ibadah yang sangat utama, karena menyebabkan seorang hamba hatinya tertambat kepada Allah dengan kuat. Apalagi orang yang terkena musibah besar, maka dalam kondisi seperti ini satu-satunya yang jadi tumpuan harapan hanyalah Allah semata, sehingga ia mengadu: “Ya Allah tak ada lagi harapan untuk keluar dari bencana ini kecuali hanya kepada-Mu.” Dan banyak terbukti ketika seseorang dalam keadaan kritis, ketika para dokter sudah angkat tangan namun dengan permohonan yang sungguh-sungguh kepada Allah ia dapat sembuh dan sehat kembali. Dan ibadah raja’ ini tak akan bisa terwujud dengan utuh dan sempurna jika seseorang tidak dalam keadaan kritis.

8. Merupakan indikasi bahwa Allah menghendaki kebaikan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah secara marfu’ bahwa Rasulullah n bersabda, ”Barang siapa yang dikehen-daki oleh Allah kebaikan maka Allah akan menimpakan musibah kepadanya.” (HR al Bukhari). Seorang mukmin meskipun hidupnya sarat dengan ujian dan musibah namun hati dan jiwanya tetap sehat.

9. Allah tetap menulis pahala kebaikan yang biasa dilakukan oleh orang yang sakit.

Meskipun ia tidak lagi dapat melakukannya atau dapat melakukan namun tidak dengan sem-purna. Hal ini dikarenakan seandainya ia tidak terhalang sakit tentu ia akan tetap melakukan kebajikan tersebut, maka sakinya tidaklah menghalangi pahala meskipun menghalanginya untuk melakukan amalan. Hal ini akan terus berlanjut selagi dia (orang yang sakit) masih dalam niat atau janji untuk terus melakukan kebaikan tersebut. Dari Abdullah bin Amr dari Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam, ”Tidak seorangpun yang ditimpa bala pada jasadnya melainkan Allah memerintah-kan kepada para malaikat untuk menjaganya, Allah berfirman kepada malaikat itu, “Tulislah untuk hamba-Ku siang dan malam amal shaleh yang (biasa) ia kerjakan selama ia masih dalam perjanjian denganKu.” (HR. Imam Ahmad dalam Musnadnya)


12. Dengan adanya musibah seseorang akan mengetahui betapa besarnya nikmat keselamatan dan 'afiyah


Jika seseorang selalu dalam keadaan senang dan sehat maka ia tidak akan mengetahui derita orang yang tertimpa cobaan dan kesusahan, dan ia tidak akan tahu pula besarnya nikmat yang ia peroleh. Maka ketika seorang hamba terkena musibah, diharapkan agar ia bisa betapa mahalnya nikmat yang selama ini ia terima dari Allah I.

Hendaknya seorang hamba bersabar dan memuji Allah ketika tertimpa musibah, sebab walaupun ia sedang terkena musibah sesungguhnya masih ada orang yang lebih susah darinya, dan jika tertimpa kefakiran maka pasti ada yang lebih fakir lagi. Hendaknya ia melihat musibah yang sedang diterimanya dengan keridhaan dan kesabaran serta berserah diri kepada Allah Dzat yang telah mentakdirkan musibah itu untuknya sebagai ujian atas keimanan dan kesabarannya.

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menukil ucapan ‘Ali bin Abu Thalib radhiallahu 'anhu: “Tidaklah turun musibah kecuali dengan sebab dosa dan tidaklah musibah diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kecuali dengan bertobat.” (Al-Jawabul Kafi hal. 118)

Oleh karena itulah marilah kita kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa dan khilaf serta menginstropeksi diri kita masing-masing, apakah kita termasuk orang yang terkena musibah sebagai cobaan dan ujian keimanan kita ataukah termasuk mereka- wal'iyadzubillah- yang sedang disiksa dan dimurkai oleh Allah karena kita tidak mau beribadah dan banyak melanggar larangan-larangan-Nya.

Refrensi:

- Min fawaidil maradh - Darul Wathan


p/s : Baru-baru ni semasa on the way dari jaulah, kami ditimpa musibah yang agak tak terduga nak terjadi. Cukup tenang dirinya. Tenang dengan Al-quran katanya.

READ MORE ...