Followers

Bekerja Kerana Islam

Wednesday, June 30, 2010
Salam.

Khamis minggu lepas Asyraf dgn mak pi ke Alor Star. Mak nak ke Hutan Kampung, anaknya ini nk ke pejabat jap. Ewah2, macam lah ada pejabat sendiri, padahal pejabat MPM jer. Ada urusan skit.

Agak lama la jugak Asyraf ke sana. Pergi sana, dari jauh terus nampak Kak Timah. Ceria ja Asyraf tengok, masih setia dengan koperasi Sepakat Hati tu. Ada jugak Haziq dengan Hafiz Jamaluddin, duk buat apa pun tak tahu la. Bukan mereka saja yang ada, ramai lagi. Yang dah bergelar alumni pun ada, tapi masih setia dengan INSANIAH ni. Ye lah, sini lah tempat pengembelingan tenaga, ilmu, jiwa, dan raga, memang HATI tu dah tak boleh lekang dari INSANIAH.

Apa pun, sebenarnya mereka ini, dan juga Asyraf termasuknya (mungkin), sentiasa ditarbiah untuk sentiasa melaksanakan tugas-tugas agama. Sanggup tidak bercuti, semata2 untuk orang lain, semata2 orang lain juga dapat ditarbiah dalam ISLAM.

Kadang2 orang melihat kami buang masa ja berprogram sana sini, meeting siang malam, pergi KUIN pagi dan balik lewat pagi, padahal mereka tak tahu, apa kami buat ini kerana agama juga.

Kita melaksanakan pelbagai program, bukan lah kerana nama dan publisiti, hakikatnya untuk orang lain juga untuk mendapat manfaatnya. Kita menganjurkan program ilmiah,program sukan, program pencarian bakat, mengasah bakat, dan pelbagai program2 yang lain. Semuanya kerana agama.

Mengapa Asyraf kata kerana agama juga??

Kerana kerana tuntutan agama yang mahukan umat ISLAM ini seharusnya berimu. ISLAM mahukan umatnya berkembang mindanya, berkepimpinan, berwawasan, sihat tubuh badan dan cerdas otak dan pemikirannya. Jika tiada yang hendak mengnjurkan program2 sebegini, siapa nak buat???

Cumanya, bila seseorang itu tidak berada di dunia kami, mereka akan berkata macam2. Gila kuasa, pulun, poyo, buang masa, macam2 lah. Padahal, mereka yang tidak tahu, apa yang kami buat, untuk mereka juga. Kami tak kesah, cumanya harap2 kawan2 yang lain dapatlah manfaat hasil pengembelingan tenaga, ilmu, masa, dan wang kami yang telah dilabur dan di’lebur’kan untuk anda.


p/s : dah la, taip pendek sudah la….
READ MORE ...

Tuah Milik Paraguay

PRETORIA: Paraguay mencipta sejarah melangkah ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas mengecewakan Jepun menerusi sepakan penalti 5-3 apabila kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol selepas 120 minit beraksi.

PUAS...pemain Paraguay meraikan kejayaan  selepas tamat perlawanan.
PUAS...pemain Paraguay meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan.
Pada penentuan sepakan penalti, pemain Paraguay, Edgar Barreto, Lucas Barrios, Cristian Riveros, Nelson Haedo Valdez dan Oscar Cardozo tidak berdepan masalah menyempurnakan tugas mereka manakala pemain pertahanan Jepun, Yuichi Komano menjadi punca kekalahan pasukannya apabila sepakan penaltinya terkena palang gol selepas Yasuhito Endo, kapten Makoto Hasebe dan Keisuke Honda berjaya melaksanakan tugas masing-masing.


Aksi kedua-dua pasukan bermula perlahan pada babak pertama apabila penonton yang membanjiri Stadium Loftus Versfeld terpaksa menunggu selama 20 minit untuk menyaksikan gerakan bahaya pertama.


Paraguay yang tampil buat kali kelapan di pusingan akhir Piala Dunia terlebih dulu menguji kubu Jepun menerusi percubaan Barrios selepas berjaya memperdayakan pemain pertahanan, Komano sebelum melepaskan rembatan yang terkena kaki penjaga gol, Eiji Kawashima.


Dua minit selepas itu, skuad Jepun yang dibimbing Jurulatih Takeshi Okada tidak berdiam diri apabila hampir membuka jaringan namun rembatan deras Daisuke Matsui dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol Paraguay Justo Villar sudah tertewas.


Paraguay yang mengekalkan penguasaan bola sebanyak 64 peratus berbanding Jepun kecewa apabila pemain Manchester City, Roque Santa Cruz mensia-siakan peluang yang terhidang di depan gol. Peluang yang terhidang di sepangjang perlawanan gagal disempurnakan dan kedua-dua pasukan terpaksa berputih mata apabila gagal menghasilkan jaringan pada masa tambahan sekali gus menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang memihak kepada Paraguay dengan keputusan 5-3 selepas Komano yang mengambil sepakan penalti ketiga Jepun gagal menyempurnakan sepakan itu.


Paraguay akan bertemu Sepanyol atau Portugal pada peringkat lapan pasukan terakhir Ahad ini. - Agensi

READ MORE ...

Jalan-Jalan Kampung

Salam.


Hari ni Asyraf kena bawak mak pi 2 tempat.

First, kami pi kedai Yonghin, depan Pasaraya Aneka. Kedai tu dah lama mana dah dalam pekang Kangar tu, sejak Asyraf kecil lagi, ntah2 sebelum Asyraf lahir lagi. Mak duk cari barang nak buat kuih. Aiseyaman, mak ni tak henti2 niat nak buat kuih. Yang masalahnya, sapa yang nak makan?? Ada 2 orang ja kt umah ni mak oi.

Lepas tu, kami CHALOW pi umah ke 2 kami, kampung tanah tumpah darahku la katakan. Kat UTAN AJI. Haa...jangan terkejut, orang utan pun dah dapat aji...hehehe....lama dah tak duk rumah nie. Abah ja duk sorang2 dia. Kesian. Kalo umah tu ada tenet, dah lama Asyraf duk situ.

Seronok duk kamgpung nie. Udara nyaman, tak bising, pemandangan hijau, pokok2 buah pun dah makin banyak abah tanam. Sepanjang duk kampung petang tu, Asyraf tak henti2 jalan tengok kampung. Tak la keliling satu kampung, cuma keliling tanah abah ja.

Tanah abah ni besaq. Memang tanah tu kalo jual, memang kaya la abah. Tapi abah ni pun bukan xcekap nk menguruskan wang, dia beli tanah belakang tu hak milik mak cik tua tu sekali umah RM20k kot. Sekarang ni abah dah ada 2 umah sewa. Umah yang baru tu dhaif skit, tu pun ada orang duk jugak.

Sebut pasal tanah, tanah yang abah beli tu sebenarnya kurang dari plan asal. Bila diukur balik, tanah abah sebenarnya lebih luas. Ya ALLAH, memang rezeki abah laa. tanah dah la luas, makin bertambah aset abah. Makin banyak lah pokok2 abah nak tanam. Lepas ni kalo duk kampung, Asyraf nak bela ayam, kambing dengan lembu lah. Bela ayam telur, hari2 dia bertelur, xyah beli dah telur ayam. Bela kambing lembu, tiap2 tahun buat korban, dapat pahala. Di samping tu, boleh tolong ragut rumput2 kt tanah abah tu. Nanti abah xyah lah duk mesin rumput ja. Hehehe.

Asyraf balik petang dalam 6.30. Ok la, bukan leh duk lama2. Nanti xrindu plak.
















p/s : Abah kata "hangpa jaga tanah ni elok2. Sukat betul2."
READ MORE ...

Adhoc Training Course Dibuka Kembali!

Tuesday, June 29, 2010
Salam.

Kepada semua ahli group ATC dan mahasiswa INSANIAH yang berminat utk mnyertai ATC kali ke 2, boleh dapatkan borang penyertaan di Pejabat MPM.


Tawaran dibuka bermula 4 Julai 2010 dan tamat pada 18 Julai 2010.


Bagi alumni ATC kali pertama, sila dapatkan borang penyertaan dan sertakan salinan fotostat KAD ATC yang telah diberikan pada Majlis Graduasi dahulu. Yuran untuk anda hanyalah RM5 sahaja.

Yuran penyertaan pada kali ini adalah sebanyak RM25. RM5 untuk borang dan RM20 untuk yuran penyertaan.Dapatkan borang penyertaan beserta bayaran.

Sebanyak 7 team yang ditawarkan pada pengambilan kali ini iaitu:

1) Protocol Team
2) Secretary Team
3) Technical Team

4) Design & Publicity Team

5) Catering Team
6) MC Team

7) Journalist & Photography Team

Sebarang masalah boleh dirujuk kepada Unit Pendaftaran.

Ust Mohd Anas Akram : 019-5527681
Ustzh Hazliyani : 013-4712782


Sebarang maklumat lain akan dimaklumkan dari masa ke masa




READ MORE ...

Upload Video...

Monday, June 28, 2010
Salam.

Pagi ni Asyraf buat kerja2 Asyraf yang tak siap2 lagi. Biro Akademik telah minta tolong Asyraf untuk uploadkan video2 Let Discuss anjuran mereka. Asyraf sebenarnya sekali saja sempat lihat let Discuss tu. Bila tengok video2 nie, memang Asyraf agak kagum dengan hujah2 dan idea2 yang dilontarkan, seolah2 mereka memang pakar dalam tajuk mereka itu.


Memang menarik, rupanya ramai pelajar INSANIAH yang berbakat dalam pengucapan ini. Bahkan mungkin lebih hebat dari penceramah2 luar sana. Bukannya kita tiada bakat, cumanya tiada platform yang sesuai untuk diterjemahkan bakat dan kredibiliti mereka itu.

Apa pun, Asyraf harapkan program2 sebegini terus diadakan. Semoga bumi barakah kita ini sentiasa penuh dengan para ilmuan muda yang mampu melontarkan idea2 yang bernas demi menegakkan keadilan.

Lihat : MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA INSANIAH

BIRO AKADEMIK

Antara video yang diuploadkan : Glamourz


p/s: Asyraf sibuk dengan ATC
READ MORE ...

Salam Media!

Isnin. 16 Rejab 1431H. 28 Jun 2010.3.40pg

Salam Dunia.

Alhamdulillah. Hari ni Asyraf dapat mengorak langkah ke alam baru yang lebih mencabar. Dunia blogging yang b ukan sekadar meluahkan perasaan dan menyampaikan maklumat, tetapi ianya juga sebagai medan dakwah serta batu loncatan bagi membuka minda dan pemikiran ke arah yang lebih positif dalam kehidupan.

Asyraf akan cuba berblogging ini. Mungkin Asyraf akan dapat sesuatu sepertimana blogger2 yang lain telah lama terima. Agaknya Asyraf tak terlewat dalam menyertai jutaan blogger2 lain di seluruh dunia.

jumpa lagi!



p/s:bleh maintain ke blog nie??
READ MORE ...